Search This Blog

Thursday, April 5, 2012

Salahuddin Pembebas Rumah Suci???

Zaman global ini mungkin anak2 muda dah lupa tentang pahlawan2 Islam yang gagah dan disegani di seluruh pelusuk dunia. so, aku nak share sket pasal sorg tokoh Islam ni agr aku dapat manfaat, pembaca pon dpt manfaat brsama. Citernye brkenaan dgn Pembebasan Baitul Maqdis.. siape? Umar alkhatab? ya.. tapi dia org pertama yg membebaskan BM. yg aku nk share ni org ke-2 yg mmbebaskn smula BM stelah diramps dn dijajah bratus thun. beliau adalah.............. "SALAHUDDIN AL-AYUBI"

Nama beliau Salahuddin Yusuf B. Najmuddin Ayyub , lahir di Takrit Iraq tahun 532H brsamaan 1138M. dilahirkn slps 40 thun perampasan kaum salib trhadp BM drp kerajaan Islam Seljuk tahun 1099M. mendapat pendidikn sjk kecil dr ayahnya sndiri , juga bapa saudara Asasuddin Syirkuh , seorg pglima perang Syria. Salahuddin sjak kecil biasa mgikuti bapa saudaranya berperang drp askar biase hingga beliau mnjadi panglima, seterusnya menjadi Wazir kerana kepintaran beliau dalam mengatur strategi peperangan. beliau juga seorang yang berhati lembut, tadak menipu , amanah pada kuasanya, tiada rampasan kuasa kerana beliau berjuang adalah untuk membebaskan bumi BM drp tntera salib.



Antara sumbangan beliau adalah dengan menyatupadukan wilayah2 Islam Syria, Mesir dan menubuhkan Emiriat al-Ayyubiah dan beliau sendiri menjadi Amir. kemudian, sultan Salahuddin telah menyatukn negeri Nubah, Sudan, YAman dan Hijaz juga negara Afrika yang dirampasnya drp askar salib. setelah yakin dengan kekuatan yg ada, sultan salahuddin memberi prhatian pada tentera salib untuk diusir drp BM. pada awalnya, salahuddin masih berlembut dengan membuat perjanjian damai antara orang Islam dan tentera sali,. namun mereka telah mengkhianati pjanjian tersebut.

peristiwanya ialah seorang panglima tntera salib (Coint Rainald de Chatillon) ingin enyerang Makkah dan Madinah namun telah dihancurkan oleh tentera Islam di Laut Merah. sisa tyentera salib telah balik semula ke BM, dalam perjalanna pulang telah trserempak dgn kafilah muslimin lalu menawan mereka. Sultan Salahuddin sangat marah maka terjadilah perang Hittin yang mana tentera Islam telah menang besar dalam peperangan ini.



setelah melalui beberapa siri peperangan dan penaklukan kota musuh, maka Salahuddin telah bersedia mencapai matlamat asalnya iaitu membebaskan Baitul Maqdis dari tentera salib. Beliau telah mengepung BM menyebabkn penduduk kota tak dpt brbuat apa2 malah bekalan mknn asasi mereka juga brkurang. waktu itu, BM atau Jerussalem dipenuhi kaum pelarian dan sisa baki Hittin dan tentera pertahanan dlm 60 ribu. Pada mulanya sultan meminta agar kota suci BM diserahkan secara aman namun pihak kristian menolak dengan angkuh bahkan melantik komanden untuk mmprtahnkan BM. justeru,brmulalah prtempuran sengit tntera islam dn kafir. Ada antara pglima salib yg bjumpa dgn Salahuddin dan menyerahkan BM kpd Umat Islam. maka berlangsunglah penyerahan BM kpd kaum muslimin scr aman dgn syarat stiap pnduduk kota msti mmbayr wang tebusan.

Maka pada hari jumaat 27 Rejab 583H tarikh yg sama dgn pristiwa Isra' Mi'raj, pasukan Salahuddin memasuki BM dgn laungan takbir Allhu Akbar!! serta menangis kgembiraan tnda syukur kpd Allah. dgn jatuhnya Baitul Maqdis ke tgn Muslimin, menandakan peperangan salib yg ke3 dan terbesar yg mengorbankan ramai nyawa, maka BM telah kembali ke pihak muslimin.



brdasarkn citer ni,, aku kmbalikn prsoalan kpd diri ini dn diri pmbaca skelian.. Bilakah kota suci Palestin yg dirampas semula oleh Zionis Israel laknatullah akn kembali semula ke tangan kita sebagai orang Islam? dlm ayat suci Quran jelas mengatakan bahawa Bumi Palestin adalah untuk orang Islam, dan yahudi Israel memang takkan ada negara selama-lamanya.. namun bilakah ayat tersebut akan tercapai? ayuh bangkit semua masyarakat Islam tak kira bangsa dan kaum, kita sama2 tentang yahudi Israel drp pendudukan haram di tanah suci Baitul Maqdis.. Allahu Akbar!!..


No comments:

Post a Comment