Search This Blog

Sunday, August 21, 2011

IKHLAS

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu" (kitab hadis 40-Imam Nawawi)

Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN


Tanggal 17 Ramadhan membuka lembaran sejarah bagi nabi kita Muhammad S.A.W yang secara rasminya dinobatkan sebagai nabi. Ketika nabi berkhalwat di Gua Hira' , baginda didatangi malaikat Jibril lantas 5 ayat daripada surah al-Alaq diturunkan. Oleh kerana takut yang amat sangat,nabi pulang kerumah dalam keadaan menggigil lantas meminta isteri tersayang Saidatina Khadijah menyelimuti beliau. Turunlah pula surah al-Mudathir sebagai simbolik kepada kerasulan baginda.

"Nuzul Quran" penurunan al-Quran bermakna al-Quran itu tempat asalnya adalah dari tempat yang tinggi. Firman Allah "(sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir) bahkan al-Quran yang tertinggi kemuliaannya (terpelihara dengan sebaiknya) di luh mahfuz" (alburuj,21-22) lantas diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada nabi Muhammad S.A.W khususnya di bulan Ramadhan kareem seperti mana termaktub dalam kitab "“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Fungsi Quran sebagai buku panduan tatatertib kelakuan yang perlu manusia patuh dan lakukan di atas muka bumi ini(kerana bumi milik Allah). Tak boleh buat sesuka hati je. Sama juga ciptaan manusia seperti telefon, ada buku panduan yang wajib dibaca dan dipraktikkan, jika tidak telefon mudah rosak. Analogi yang sama pada ciptaan manusia yang bersandarkan kitab panduan (Quran).

Hikmah Penurunan Wahyu secara beransur-ansur:

1)menunjukkan bahawa al-Quran memang wahyu dari Allah, suci daripada rekaan, membuang tohmahan daripada orientalis yang mengatakan Muhammad yang mencipta syair al-Quran.

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2)memudahkan manusia mengingat dan memahami ayat-ayat yang diturunkan satu persatu.

3)turun dengan kesesuaian peristiwa (sabab Nuzul) yang berlaku.

4)sebagai penguat jiwa Rasulullah dengan ada sahaja ayat-ayat tasyjik, basyir(ayat ganjaran/khabar gembira) dan ayat tanzir (peringatan/amaran.balaasan) untuk berhadapan dengan kafir Quraisy.

Friday, August 12, 2011

JARI JEMARI

Assalamualaikum,

Cuba anda lihat pada kedua belah tapak tangan. Adakah anda melihat sesuatu yang hebat? Cuba anda genggam kedua belah tangan kemudian membukanya, adakah anda melihat sesuatu yang hebat?Cuba anda menggerakkan setiap jari jemari kemudian membuat apa sahaja isyarat yang hanya menggunakan jari, namun orang lain boleh memahaminya. Adakah anda melihat sesuatu yang hebat?

"sebenarnya kami berkuasa menyusun kembali jari jemari dengan sempurna" (al-Qiyamah,4)



lihat susunan jari yang begitu rapi, setiap daripadanya ada tugasan masing-masing. ibu jari sebagai tanda bagus, jari telunjuk sebagai tanda menunjuk arah, jari hantu untuk mencapai benda yang jauh, jari manis sebagai perhiasan(cincin), jari kelingking untuk ruang yang sempit dan sebagainya. Manusia juga dapat dibezakan hanya melalui cap jari, mudah bagi pihak polis mengesan penjenayah. Anda cuba lihat pada telapak tangan sebelah kanan dan sebelah kiri? lihat pada perbezaan alur garisan dan didapati tangan sebelah kanan tertulis dalam nombor arab 18 manakala sebelah kiri bernombor 81. sekiranya dicampur menjadi 99 seolah-olah lengkap nama Allah 99 yang ternyata dalam al-Quran. sekiranya anda lihat dari jauh jari anda, didapati seolah-olah bentuk perkataan alif,lam,lam,ha (Allah). Adakah anda dapat merasakan kehebatanNya?




sekiranya anda dapat melihat kehebatanNYA, insya Allah akan diberikan kemudahan dalam urusan seharian. Namun, apabila kamu langsung tak menyedari kehebatanNy, kamu perlu jawab soalan dibawah.

Bayangkan sekiranya anda mengalami kecacatan/kecederaan pada jari,:

1)ketika bangun pagi, kebiasaan manusia akan mengesat matanya bagi menghilangkan tahi mata dan memudahkan mata untuk celik serta menghilangkan ngantuk. Dengan apakah anda mengesat mata? sekiranya menggunakan tuala kecil, apakah yang anda guna untuk mencapai tuala kecil tu?

2)lepas bangun pagi biasanya akan terus ke bilik air untuk bersihkan diri, menggosok gigi dan sebagainya. Dengan apakah anda gunakan untuk memutar kepala paip, dengan apakah anda gunakan untuk menadah air, dengan apakah anda guna untuk memegang berus gigi dan memberus gigi, dengan apakah anda guna untuk bersabun, bersyampu,meratakan air ke seluruh badan?

3)dengan apakah anda guna untuk mengelap badan selepas mandi?dengan apakah anda guna untuk memetik punat pengering rambut, dengan apakah anda guna untuk bersikat, bermekap, memakai pakaian,membetulkan tali leher, mencapai beg, memakai stokin dan kasut?menekan remote kereta, menghidupkan enjin moto/kereta,menggerakkan gear, mengawal stereng/handle, menekan punat signal kanan/kiri, membrek?

4)pergaulan dengan rakan (tempat kerja/sekolah), dengan apakah anda berjabat salam? dengan apakah anda gunakan untuk memberitahu bilangan? dengan apakah anda guna untuk memberi warning kepada rakan agar diam?dengan apakah anda guna untuk membuat pembentangan kertas kerja,menyelak fail, memegang pensil dan menulis nota, menutup mulut sekiranya bersin, menggaru kepala sekiranya pening atau membuat isyarat anda tak faham, menaip kerja,? waktu rehat, dengan apakah anda guna untuk mengambil wang dalam poket/dompet? dengan apakah anda memberi wang kepada cashier? dengan apakah anda guna untuk memasukkan makanan/minuman kedalam mulut? untuk mengetahui tahap kepanasan teh tarik menggunakan apa? untuk mengesat sisa roti canai yang terlekat dimulut/misai menggunakan apa?

5)bersantai bersama keluarga- biasanya pada waktu petang atau hujung minggu anda akan bersiar-siar,beriadah bersama keluarga. dengan apakah anda guna untuk memastikan anak kecil anda sentiasa disisi? dengan apakah anda guna untuk mendukung bayi/menolak kerusi roda,memberi botol susu,? dengan apakah anda guna untuk bermain badminton,tenis,bping pong, atau aktiviti lain seperti memancing,bermain game, bermain piano dan sebagainya? Di rumah, dengan apakah anda mengajar anak anda sekiranya mereka kurang beradab? dengan apakah anda guna untuk sekiranya menguap sebagai tanda sudah ngantuk? dengan apakah anda guna untuk menceraikan ubat nyamuk/pasang kelambu/tekan suiz anti nyamuk dan suiz lampu?

Mesti anda terfikir,sekiranya aku insan normal nescaya aku dapat gunakan JARI DAN TANGAN dengan sebaiknya. Justeru, anda lihat lagi sekali kedua belah tangan anda serta jari jemari anda. Adakah anda merasa kehebatanNYA?

Allah S.W.T telah banyak memberikan contoh penggunaan jari ke arah kebaikan serta juga ke arah kejahatan.




KEBAIKAN:
1)Bangun tidur smbil mengesat mata, tangan dirafakkan tanda berdoa atas kurniaan umur yang masih ada.
2)membersihkan diri dengan diniatkan kerana Allah kerana Allah sangat suka kepada orang yang menjaga kebersihan disamping mengelakkan pembaziran kerana ianya merupakan sahabat karib kepada syaitan.
3)mengenakan pakaian yang kemas dan MENUTUP AURAT, bukan semata-mata sedap mata manusia memandang, namun langsung tidak dapat pandangan baik dari Allah. Berpada dalam penampilan, bukan menampakkan kemegahan diri.
4)Ibadah wajib xmiss walau satu, memperbanyakkan amalan sunat, jari sekiranya di jalankan untuk perkara ibadah seperti berzikir dan mengiranya mengguanakan ruas jari, jari telunjuk diangkat ketika tasyahud sambil membaca persaksian Ilah.jari yang digunakan untuk mencapai alquran,dan menyemak menunjuk ayat demi ayat, jari yang dikenakan rotan oleh mursyid apabila salah membaca Quran, jari yang digunakan untuk memberi sedeqah, berjabat tangan sambil mengucapkan lafaz zakat, jari yang digunakan untuk memberi lambaian haji, mencium hajarul aswad.
5)aktiviti seharian- jarijemari yang menaip warkah dakwah untuk penyebaran fikrah Islam,jari yang digunakan untuk memimpin si buta melintas jalan, mengalihkan sesuatu yang berada di tengah jalan menggunakan jemari juga merupakan sunnah, jari yang digunakan untuk menunjukkan isyarat jalan, berkomunikasi dengan sahabat tanpa mencederakan mereka, jari yang diletakkan di atas dada tanda menahan kemarahan, jari yang diguna untuk menutup mata atas perkara maksiat, menutup telinga atas perbualan lagho/fitnah, jari yang diguna untuk klik pada laman web tsaqafah dan semua aktiviti jari yang dipandu ke arah kebaikan.

MENJADI SAKSI ITU PASTI: (YASIIN,65)"pada hari dimana kami tutup mulut mereka dan berkatalah tangan mereka kepada kami akan persaksian apa yang telah dikerjakan"




KEBURUKAN:
1)bangun tidur,tanpa kata pujian pada Ilahi,membuat amalan rutin harian tanpa sebarang pujian sedikitpun kepada Ilahi.
2)menggunakan jari dan tangan untuk menampar anak/isteri tanpa tujuan ta'dib, jari yang mencapai pakaian yang tidak menutup aurat, jari yang digunakan untuk bermekap yang berlebihan (tajarrud) lebih-lebih lagi wanita yang mana merupakan panahan syaitan, jari jari yang digunakan untuk menunjuk isyarat lucah, menaip/menulis warkah fitnah/ keburukan orang lain, jari yang digunakan untuk sebarang pengambilan rasuah, pembaziran,pengambilan dadah dan benda terlarang, jari yang menari-nari ke atas tubuh yang bukan muhrim (berzina), jari yang digunakan untuk memuji dan melebihkan material, bukan pujian kepada tuhan.
3) jemari yang digunakan untuk menutup pintu dakwah, menolak islam, mencerca ajaran islam seperti kaum munafik "seperti hujan lebat/petir yang menimpa mereka, mereka memasukkan jari kedalam teling seperti mendengan petir" (al-Baqarah,19) perumpamaan yang Allah beri menunjukkan sikap orang munafiq kuraisy yang langsung tak nak dengar wahyu yang disampaikan dengan memberi isyarat jari dimasukkan kedalam telinga.

"sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah akan menjadi bahan bakaran yang dilemparkan kedalam neraka jahannam" (Al-Anbiya',98)




ADAKAH JARI KITA MENJALAR KE ARAH KEBAIKAN? ATAUPUN MENYELUSUP KE ARAH KEBURUKAN?

Saturday, August 6, 2011

DOA KAMILIN..


MAKSUD BAGI DOA TERSEBUT IALAH : "Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajipan terhadap-Mu, yang memelihara solat, yang mengeluarkan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunan-Mu, yang berpegang pada pe...tunjuk, yang berpaling dari kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akhirat , yang redha dengan ketentuan, yang ber¬syukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas segala musibah, yang berada di bawah panji-panji junjungan kami, Nabi Muhammad, pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi Muhammad) yang masuk ke dalam syurga, yang duduk di atas dipan kemuliaan, yang menikah de¬ngan para bidadari, yang mengenakan berbagai sutera ,yang makan makanan syurga, yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat dari para nabi, org yg benar, syuhada dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang terbaik. Itulah keutamaan (anugerah) dari Allah, dan cukuplah bahwa Allah Maha Mengetahui".

"Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya,
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya atas penghulu kita Muhammad, keluarga beliau dan sahabat beliau semuanya, berkat rahmat-Mu, oh Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

teringat ketika dibangku sekolah rendah seringkali berbangga kerana menyangka semua orang mendoakan diri ini dengan menyebut namaku "KAMILIN" walhal ia adalah bersifat umum.. kira SS jugak la aku ni..hehe.. tapi semakin usia meningkat makin mengerti akan maksud doa "kamilin" namun mampukah aku untuk menjadi seperti mana yang dihajatkan didalam doa tersebut??

wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
ampunkan dosaku terimalah taubatku..
sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

dosa-dosaku bagaikan pepsir dipantai..
dengan rahmatmu ampunkan daku oh tuhanku..
wahai tuhan selamatkan kami ini.
dari segala kejahatan dan kecelakaan..
kami takut,kami harap kepadamu..
suburkanlah cinta kami kepadamu..

kami hamba yang mengharap belas dari-MU

-IKTIRAF, DOA TAUBAT OLEH RAIHAN