Search This Blog

Saturday, August 14, 2010

Friday, August 13, 2010

PUASA BENTENG MAKSIAT


Ahlan wa sahlan ya ramadhan! setahun lama kita berpisah akhirnya sempat juga diri ini mengecapi nikmat ramadhan pada tahun ini,alhamdulillah. nampaknya Allah telah memperkenankan doaku yang mungkin juga para pembaca sekelian memohon doa yang mana nabi telah amalkan.


Masuk hari ni dah 3hari kita berpuasa. Semestinya pelbagai karenah dan ragam yang boleh kita lihat sekitar masyarakat Islam pada hari ini. Telatah anak-anak kecil yang diajar berpuasa setengah hari, malah ada ibubapa yang memberi ganjaran apabila menyuruh anak kecil mereka untuk berpuasa. Keadaan yang sama berlaku pada diri ini seawal 5 hingga 8 tahun. Ibu memberi ganjaran rm1 sehari sekiranya dapat puasa penuh, nenek pula menghadiahkan diri ini jam tangan pada 1 Syawal, kakak pula memberi amaran sekiranya tidak puasa tidak boleh tengok rancangan televisyen, ayah pula tidak mahu membelikan baju raya sekiranya diri ini tidak berpuasa.
Jika diimbau kembali kenangan lama, membuatkan diri ini tersenyum sendirian mengenangkan susah payah melatih nafsu makan. Benarlah apa yang dikatakan guruku bahawa nafsu hanya akan menyerah sekiranya di beri latihan puasa seperti mana kisah nafsu yang tidak mahu mengakui Allah sebagai tuhan.Tidak lut dengan siksaan api neraka, namun apabila ditahan daripada makan minum, akhirnya nafsu tewas dan mengaku bahawa Allah lah tuhan sekelian alam. Dalam hadis lain juga diterangkan mengenai perkaitan puasa dengan menahan nafsu. Antaranya hadis "sesiapa diantara kamu yang berkemampuan untuk berumahtangga, bernikahlah, sekiranya kamu tidak mampu (masalah kewangan dll) hendaklah kamu berpuasa, sesungguhnya puasa iti adalah sebaik-baik pencegahan (perisai maksiat)." Justeru, marilah sama-sama kita mengambil peluang dalam bulan puasa ini untuk mentarbiyah nafsu kita agar taat dan tunduk pada cahaya keimanan dalam hati. Semoga Allah memberi kekuatan kepada daku berserta semua ummat Islam untuk menjalani Madrasah Ramadhan ini dengan sebaiknya.