Search This Blog

Friday, July 16, 2010

MANUSIA PERTAMA MERENTASI LANGIT


Tafsiran quran diatas menyebutkan tentang kisah pengembaraan nabi kita yang mulia Muhammad S.A.W di alam angkasa yang luas, malah baginda telah mencatat rekod manusia pertama yang merentasi angkasa. Baginda juga telah merentasi beberapa buah negara menaiki buraq dengan sepantas kilat jauh lebih laju daripada jet pejuang, enjin ferari, lamborghini dan lain-lain enjin ciptaan manusia. Maha suci Allah, jauh di lubuk hati ini terfikir sejenak sungguh hebat Allah boleh mencipta kenderaan yang terpantas ini.

Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun 11 kenabian Muhammad. Isra' dan Mi'raj merupakan 1 peristiwa penting umat Islam kerana pada malam tersebut di anugerahkan perintah solat yang pada asalnya 50 waktu, tetapi dikurangkan atas belas Maha Rahimnya Allah terhadap umat Muhammad ini, akhirnya menjadi 5 waktu.
Namun itu pun masih ramai lagi manusia yang malas untuk mengerjakan solat. Sama-sama kita renungkan..

Isra' dan Mi'raj adalah 2 benda yang berbeza, Isra' adalah nabi di perjalankan bertemankan Jibril dengan menaiki tunggangan Buraq dari Masjidil Haram Mekah hingga Masjidil Aqsa di Palestin. Peristiwa mi'raj pula berlaku setelah sampai sahaja di bumi Palestin, nabi di angkat pula ke langit hingga ke Sidratul Muntaha. Disanalah nabi berjumpa dengan Allah S.W.T, para anbiya' yang terdahulu, malah balasan syurga neraka juga telah dipertontonkan kepada nabi. Selepas itu nabi di anugerahkan solat 50 waktu sehari. Namun, atas nasihat nabi Musa, untuk Muhammad
memohon kepada Allah untuk mengurangkan bilangan waktu solat sehinggalah menjadi 5 waktu sahaja.

Setelah kembalinya nabi ke Mekah, orang ramai tidak mempercayai nabi tentang apa yang dilalui baginda. Namun, teman rapatnya sahaja mempercayai dan beriman dengan segala kata-kata nabi Muhammad sehingga beliau digelar Abu Bakar al-Siddiq.

Moral value yang boleh diambil daripada kisah perjalanan nabi ini :
1) Wajib beriman dan meyakini kebenaran ajaran nabi kita Muhammad S.A.W
2) Wajib solat 5 waktu dalam apa jua keadaan (kecuali uzur) sebagai tanda syukur. Jikaa kita bersyukur Allah akan tambah nikmat, tapi kalau kita kufur, akan di azab dengan amat pedih.
3) Wajib mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikan (amr ma'ruf nahi munkar)