Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

ADAB TIDUR

Aku :HUAAARGH!.. HMMM... (-,-).. letih nk tido..

Iman :oit!! xkan nk tido gitu je.. rugi...

Setan : mende rugi lak? bukan niage pon.. dah.. tido je.. sian ko ngantuk, kene ckup tido.. esok nk kuliah!..

Aku :tido je la..

Iman : nanti!, buatla adab tido dulu.. baru dapat pahale.. tido pon dikira ibadah..

Setan : ape yg ko repek ni rrr? dia da solat isyak dah la.. mane ade tido tu ibadah.. tido tu xbuat pape pon,xkan la ibadah kot.

Iman : memang la xibadah kalau ko terus tidor tanpe bacaan pape contoh doa.. kalu ko bace doa,ko da kira bribadah.. ko wudhu b4 tidor dah kire ibadah..

Aku : ooo.. ye ke.. jap aku amek wudhu'..

Setan :cis 100x (++")

Iman : ok..da amek wudhu', pastu bntang tmpat tidor, kibaskn tmpat tido tu.. takot2 ade bendasing yg brbahaya.. lgpon tu adlah sunnah nabi..

Setan :lecehnyer.. ko tido je la.. banyak cekadak la..

Aku : isy.. satgi kalu ade kace ke..semut api ke xnaye aku.. baek aku kibeh2kn tilam ni.. pastu bagi alas cadar. ad gak pekdahnye n dpt phale gak..

Setan : aduu budak ni awat dengar kate Iman tu!!..

Iman : ok, lepas tu lagi molek klau ko bace surah al-Mulk.. sbb nabi xpernah tgal pon bace al-Mulk b4 tido.. kalau kite beramal ni msti nabi brbangge dgn kite padahal xpernah on jumpe nabi kan..

Aku : ala.. malasnyer nk bace.. kne bukak quran lg.. ayatnyer pnjang plak tu..

Setan : ntah.. xyahla.. ko kn nk bgun thajud.. satgi xtrbangon plak sbb melewatkan tdo..

Iman : kalu dah niat tahajud tu Insya Allah akan dibangunkan juga sbb niat kita ikhlas. lgpon ade 30 ayat je surah nie.. xkan la ko mesej kt awek pnjang bjela b4 tdo boley je tp mesej ngan Allah xley plak..

Aku : ye la2.. aku bace..

Setan : AAARRRGGGHHH! PANAS!!..run 4 yr life...

Aku : sodaqallahul azim.. ok.. da abes.. aku nk tido..

Iman : kejap.. ko bace la doa tido dulu.. Bismikallahumma ahya wa amut.. pendek je doa nie.. sblum tu ko kne amalkan 3qul= surah Qul huallahu ahad, Qul a'uzubirobbil falaq dengan qul a'uzubirobbinnas.. bace ayat qursi gak.. pastu hembus kt sluruh badan..

Setan : oit..maen hembus2 ni.. da salah aqidah ape..

Aku : betul gak.. macam bomoh pulak nk jmapi2 nie n then hembus2 pulak..

Iman : tu sbgai syarat je.. nabi da ajar cara2 nk mengelakkan gangguan tidor, terkena sihir dll.. lgpon ayat2 tu adalah ayat basic yg budak 5 taun pon da apal.. xkan ko ayat pendek pon xley nk bace kot..

Aku : yela2...

Setan : AAAARRRRGGGGHHH.. terkena lagi aku!!! panasnyeeeer..

Aku : ok..slamat malam..

Iman : sabar.. care ko tu maen telengkup je.. xelok dari segi kesihatan.. tadi pon ko da bntai canai kt warong mamak td.. pastu tros tido.. memang xelok.. tu yg nabi ajar agar mlm xmkn mkanan berat.. klu ad mkan pon kene brjalan dulu banyak langkah yg mungkin. bg perut hadam dulu.. pastu kalu nk tido tu badan kene mengiring ke lambung kanan(bahu kiri di atas, bahu kanan di bawah) untuk memudahkan pghadaman.. baru la xgemok, hidop sehat, pncernaan baik.. ni idak.. mude2 lg da kne obesiti la, kencing manis la, darah tgi la.. senang lg nk pegi batu 2..

Aku : o yeke.. isy takot lak.. ok2..aku mengiring nie..

Iman : ha.. cmni la.. ok.. gud nite.. jgn lupe niat dlm hati nk brtahajud.. n then, maafkan kesalahan org laen. takot2 ajal ko smpai da sok.. ok.. Assalamualaikum..

Aku :oraite.. wkmsalam.. (^;^)v zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Setan : aku gagal lagi hari nie.. aaaarrrggghhh!!! \(#O#)/

Monday, October 31, 2011

senyum corner

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini ker...ana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan…. Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan..

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Tuesday, October 18, 2011

ISTINBAT HUKUM ANTARA SYAFIE DAN HANAFI

Manhaj [method] istinbat hanafi dan syafie tidak sama. Antara method yang tidak sama itu adalah tentang dalam membandingkan perkara yang ada nas [mansus] dengan perkara yang tiada nas [maskut].

Ia dinamakan juga sebagai qias. Tetapi, dalam beberapa keadaan, ia tidak dinamakan sebagai qias, iaitu apabila perkara yang tiada nas [maskut] itu melebihi berbanding perkara yang ada nas [mansus]. Ia dikenali dengan berbagai gelaran fiqh. Ada menamakannya sebagai fahw al-Khitab, mafhum muwafaqat, qias awla, dalalah al-dalalah, dalalah al-nas dan seumpamanya.

Dalam mazhab syafie, bentuk ini dikenali sebagai qias awla. Ekoran itu, dalam mazhab beliau, tidak boleh digunakan kaedah ini dalam perkara al-sawabit [perkara yang tidak boleh diijtihadkan kerana ia tidak menerima pertukaran]. Antara perkara sawabit ini adalah perkara ibadat, hukum jinayah syariah, faraid dan seumpamanya. Ini kerana, kaedah umum menyatakan bahawa “tiada qias dalam perkara ibadat”. [Walaupun kaedah ini menyebut tentang perkara ibadat, tetapi perkara selain ibadat yang mempunyai sifat sawabit juga termasuk dalam maksud kaedah ini]

Keadaan ini berbeda dengan mazhab hanafi. Dalam aliran mazhab mereka, bentuk ini dikenali sebagai dalalah al-dilalah. Atau nama yang biasa digunakan adalah dalalah al-nas.

Kaedah ini seiras-iras dengan qias awla dalam mazhab syafie, tetapi dari beberapa sudut, ia ada perbedaan. Dalam qias awla, illat [punca hukum] memerlukan kepada pengkajian yang mendalam, sedangkan dalam dalalah al-nas, memadai diketahui dengan pengertian bahasa.

Bagi contoh perkara ini adalah seperti nas mengatakan larangan berkata “oh” sahaja kepada ibu bapa. Sedangkan memukul ibu bapa tidak termaktub dalam al-Quran. Dalam mazhab syafie, pengharaman memukul ibu bapa dengan dengan merujuk kepada memukul dan mengatakan ‘oh’ itu mengandungi maksud ‘aza’, iaitu mengakiti. Ia terhasil dari kajian yang mendalam. Sedangkan dalam mazhab hanafi, larangan memukul dengan membandingkan dengan nas yang melarang mengatakan ‘oh’ itu difahami sekadar penggunaan bahasa sahaja.

Dari sudut penerimaan dalam penggunaan antara qias awla dan dalalah al-nas pula, ia agak berbeda sedikit. Ini kerana, dengan istilah qias awla, ia tidak boleh dibandingkan dalam perkara sawabit, sedangkan ia boleh berlaku dalam dalalah al-nas.

[2]

Dalam isu rogol, ada sebilangan ulama menyatakan ia dibawah hukum hudud. Dan sebilangan yang lain menyatakan ia dibawah hukum ta’zir. Perkara ini dikhilafi oleh ulama, kerana jenayah rogol ini tidak termaktub dalam nas [maskut], sedangkan yang termaktub dalam nas adalah zina [mansus].

Golongan yang mengatakan rogol dibawah hudud, sebenarnya mereka menggunakan teori mazhab hanafi yang menggunakan kaedah dalalah an-nas. Ini kerana, rogol dibandingkan dengan hudud dengan sama-sama mengandungi maksud melakukan persetubuhan haram. Ia difahami melalui uruf bahasa sahaja.

Sedangkan dalam mazhab syafie, ia tidak semudah untuk mengadaptasikan hukum rogol dengan merujuk kepada hukum zina dengan semata-mata mengatakan ia adalah persetubuhan haram. Ini kerana, antara zina dan rogol, ia mengandungi banyak perbedaan. Antaranya adalah, zina dilakukan dalam keadaan suka sama suka, sedangkan rogol dalam keadaan paksaan; zina tidak melibatkan kepada mangsa, sedangkan rogol wujud mangsa yang tidak bersalah dan sebagainya.

Disamping itu juga, hudud itu dikatakan wujud melalui nas yang muhkam, sedangkan rogol tidak termaktub dalam nas. Dan lagi, hudud adalah perkara sawabit; yang ia tidak boleh terhasil dari kaedah qias dan seumpama dengannya.

Ekoran itu, dalam manhaj mazhab syafie, ia tidak boleh diletakkan dibawah hudud, tetapi diletak dibawah takzir.

[3]

Di Malaysia, berlaku polemic dalam menentukan status hukum rogol, apakah ia dibawah hudud atau dibawah ta’zir. Perkara ini, perlu diselesaikan di meja rundingan ilmuan.

Disamping itu juga, mengadaptasikan hukum itu hendaklah berasaskan kepada kemaslahatan rakyat setempat, sepertimana umum menggunakan syarat geran kepada tanah yang diteroka dengan merujuk kepada mazhab hanafi, sedangkan dalam mazhab syafie [umum rakyat Malaysia bermazhab syafie] tidak mensyaratkan geran bagi tanah yang diteroka. Mengambil cara mazhab hanafi dalam menentukan hak milik tanah dengan geran mempunyai kemaslahatan masyarakat Malaysia berbanding mengambil cara mazhab syafie.

Jika dalam kes tanah diteroka pun, dijadikan mazhab hanafi sebagai cara yang diguna pakai kerana ia lebih memberi maslahah kepada rakyat setempat, maka begitujuga dalam isu penentuan hukum rogol di Malaysia.

Secara peribadi, aku lebih bersetuju mengatakan hukum rogol ini tidak diletakkan dibawah hukum hudud, tetapi diletakkan dibawah hukum ta’zir, kerana ia banyak memberi kemaslahatan kepada rakyat Malaysia. Jika diletakkan dibawah hudud, ia memberi polemic yang kedua, iaitu dalam menentukan pembuktian dengan merujuk kepada empat orang saksi, yang sudah pasti mangsa rogol sukar mendapat hak pembelaan.

Namun begitu, ia bukan bermakna mangsa rogol boleh menuduh orang sesuka hati sehingga boleh tersebar kezaliman. Penentuan takzir itu pun, hendaklah dibawah kerangka maqasid ammah, iaitu mencapai keadilan dan menolak dari berlaku kezaliman di atas muka bumi Allah SWT.
Sumber : Ustaz Wan ji

SI PELAKU TERLEPAS, SI MANGSA KENE HUKUM

usrah aritu ada timbulkn persoalan psl hudud, klau seorang perempuan yg dizina itu x mampu utk mendatangkn 4 org saksi, bagaimana utk menghukum penzina t.. n apatah lg, yg dizina itu akan dikenakan qazaf krn menfitnah penzina tersebut.. kan nmpk x adil undang2 islam t krn yg menjadi mangsa pulak dihukum, sedangkn pemangsa terlepas dr hukuman.. ad sape2 yg nak share pndangan??

PEREMPUAN KENE ROGOL, XDAPAT NK BAWAK 4 SAKSI, AKAN DIKENEKAN HUKUMAN QAZAF.. DIMANA KEADILANNYA??- nie adalah ringkasan soalan tersebut.

jawapannya=

Thabit had zina disebabkan 3 perkara: 1) Ikrar إقرار 2) Bayyinah بينة

1) Ikrar adalah pengakuan yg jelas dari penzina sendiri bahawa dia telah melakukan zina.

2) Bayyinah adalah dgn datangnya 4 orang saksi lelaki yg adil terhadap kes zina tersebut.

Jika seseorang perempuan yg dirogol itu membuat pendakwaan terhadap perogol@penzina maka dia perlu mendatangkan 4 orang saksi lelaki yg adil bagi mendokong pendakwaannya. Jika dia tidak mampu mendatangkan 4 org saksi, maka si perempuan akan dikenakan hukum Qazaf (sebatan 80 kali)

Maka masalah yg wujud di sini. Tidakkah menjadi kezaliman ke atas p’puan itu. Dah lah jadi mangsa rogol, akan dikenakan hukuman qazaf pula jika dia membawa pertuduhan tersebut tanpa 4 org saksi?.

Bagi menyelesaikan masalah ni, kita perlu rujuk dalam masalah QAZAF. Di dalam Kitab Fiqh al-Manhaji, Jilid 2, m/s 428, dinyatakan syarat bagi sesuatu hukuman Qazaf dijatuhkan kepada penuduh yg x membawa 4 org saksi ada 10 syarat. Jika tidak cukup semua 10 syarat maka hukuman Qazaf tidak boleh dilakukan.

5 SYARAT ditetapkan keatas penuduh (( القاذف
1- Baligh
2- Berakal 3-
3- Bukan bapa @ datuk dan bukan juga ibu @nenek
4- Tuduhan atas kerelaan dan bukan dipaksa 5-
5- Tahu pengharaman penuduh zina terhadap org.

5 SYARAT ditetapkan ke atas org yg dituduh ( المقذوف )
1- Muslim
2- Baligh
3- Berakal
4- ‘Afif ( عفيف ) bermaksud tidak pernah dithabit zina sebelum ini
5- Tidak yg dituduh memaafkan yg menuduh..

Perbincangan yg menarik disini adalah sifat ‘Afif ( عفيف ) pada orang yg dituduh Zina ( المقذوف ).

Para Fuqaha’ meletakkan syarat ‘Afif berdasarkan kalimah ‘al- Muhsonaat’ dr dalil dari Surah al-Nur : 4 iaitu:

والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأبعة شهداء فجلدوهم ثمانين جلدة

Maksudnya: Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan (juga lelaki) yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat...

Kalimah al-Muhsonaat ini bermaksud orang2 yg terpelihara kehormatannya (dari perbuatan zina). Fuqaha membahaskan perkataan ini termasuklah membawa erti tidak pernah melakukan @dithabit zina (Fiqh al-Manhaji). Ibn Hazm juga menyatakan bahawa maksud kalimat tersebut ialah orang2 yg tidak pernah melakukan persetubuhan (yg haram).

Dari perbincangan kalimah al-Muhsonaat ini, dirungkai di dalam Kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab karangan Imam al-Subki Jilid ke 20, m/s 52 menyatakan “ Jika seorang penuduh menuduh orang yg BENAR-BENAR BERZINA dan dpt dibuktikan (dalam pembuktian atau pengadilan) yg org itu BENAR-BENAR BERZINA, maka si penuduh tidak akan dikenakan Hukum Qazaf ”.

**Bagi permasalahan yg ditanye oleh Abu Khalil, maka di sini tiada masalah jika seorang perempuan yg dirogol utk membuat pendakwaan terhadap org yg merogolnya kerana pd hakikatnya mmg lelaki tersebut telah benar2 melakukan persetubuhan haram.

Mungkin kita terfikir maka perempuan tersebut akan dikenakan Qazaf kerana tidak mendatangkn 4 org saksi. Jawapannya penghukuman qazaf dijatuhkan perlu melalui perbicaraan. Maka disini aka nada peluang dalam pembuktian bahawa mmg benar lelaki tu melakukan persetubuhan haram melalui Qarinah (Pembuktian).

Melalui penelitian ana, jika ditanya adakah si perempuan yg menuduh org merogolnya akan dikenakan Qazaf?. Jawapan ana dia tidak dikenakan Qazaf kerana timbul keraguan dlm perbicaraan kerana tidak menepati 10 syarat yg ditetapkan.

Adakah Perogol dikenakan Hukuman sebatan?. Maka pendapat ana juga perogol tidak boleh dikenakan hudud kerana penuduh tidak dapat membawa 4 org saksi.

So, terlepas lah perogol dari hukuman Hudud?.. Ya mungkin perogol tersebut terlepas dari hukuman hudud namun harus diingat dalam hukuman Jenayah Islam terdapat peruntukan Hukuman Ta’zir. Maka tertakluk kpd Hakim utk menjatuhkan pesalah lelaki tersebut dgn Hukuman Ta’zir jika dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa memang si lelaki melakukan jenayah rogol ke atas perempuan tersebut..

Wallahualam.

~Sgt mengharapkan ada yg menegur dan dapat memberi pembetulan @ pandangan yg lain jika apa yg ana utarakan ini tidak menepati Perbahasan Fuqaha~

Monday, October 17, 2011

GUNE KABEL UNTUK KERJA?


Isu kabel mengkabel ni pernah dibahaskn dulu. Boleh x gne kabel utk mencapai sesuatu hajat..

tp sblum tu, taw x kabel tu ape? hm.. bukan kabel komputer.. dia seakan akan la..tp ini adalah berkisar tentang manusia yang bergelar "orang dalam/orang tengah". especially dalam syarikat yang mana akan ada individu yang mohon kerja menggunakan cara yang palling cepat. Guna orang tengah(org yg dikenali dan bekerja dlm syarikat tersebut mahupun menggunakan prioriti kekeluargaan,persahabatan dan sebagainya) untuk mendapat kerja tanpa perlu mengikut proses2 saringan yang lengkap. contoh" ali mohon kerja, dan meminta kepada abangnya yang kebetulan bekerja disitu untuk menyegerakan dan menerima beliau sebagai pekerja.

Perbncgn ni panjang, tp mudah cerita dlm isu guna kabel ni memandangkan ia adalah berkaitan muama...lah sesama insan, hukum asalnye diharuskan selagi tidak melanggar batas spt:

1) Berlaku Rasuah
2) Mencantas @ menjatuhkan org
3) Melakukan penipuan

1)berlaku rasuah di sini contohnya memberi upah kepada orang tengah dengan syarat orang tengah akan mendahului permohonan si pemberi upah dibandingkan dengan permohonan orang lain. berbeza dengan penghargaan sekiranya melalui orang tengah,kita sudah mendapat pekerjaan dan sebagai penghargaan kita memberi hadiah kepada beliau,ia diharuskan kerana kita langsung tidak meletakkan syarat hadiah apabila beliau membantu kita.

2)mencantas bermaksud mengabaikan hak orang lain , berkomplot dengan orang tengah agar pemohonan orang lain tidak diterima dan mendedahkan keburukan dengan niat menjatuhkan permohonan orang lain.

3)penipuan dari sudut maklumat diri seperti kelayakan yang tidak memenuhi syarat namun diselewengkan. wujud unsur penipuan dan ketidakjujuran orang tengah.

wallahu a'lam~ sebarang pembetulan boleylah di buat pada komen di bawah..

Saturday, October 15, 2011

ADAB "MELABUR"

Setiap perlakuan lita sebagai umat akhir zaman ini adalah dikira ibadah sekiranya dilakukan mengikut protokol yang nabi ajar kepada kita secara tak langsung. Barulah kita menuju kejayaan. Walaupun perbuatan nak kucil or beyak, ianya tetap ibadah umum sekiranya dilakukan dengan aturan nabi kita. so, aku nk share cket adab2 "melabur"- bukan melabur saham, tapi buang air..

1. sebelum masuk tndas kene bace doa (pastikan bace doa di luar tandas):
maksudnyer:Ya Allah , aku berlindung kepadamu dari syaitan laki dan syaitan perempuan.. (setan pon ade jantina la wei.. tu sebab kene buat adab no.2..)

2. DILARANG BERBOGEL!! kene tutup kepala dan tubuh cket.. kaki tu pon kene alas (selipar/terompah dll)..

3. eh,jgn masuk lg..cer check kt poket ke kt beg ke anything ayat quran,hadis hatta kitab sekalipun xboley bawak masuk..

4. masuk kaki kiri dulu la .. baru kaki kanan

4. xyahla nk makan minum dlm tu.. selera ke??..

6. make sure tndas korang
- tu tak tuju arah kiblat dan tak membelakangkn kiblat..
- pastu make sure gak tndas yg xsempurna (yg korg buat sndri klu camping dlm hutan or pdg pasir dll) boley menutup dri pndgn org,
- trsembunyi dr arah lawan angin-takut terpercik,
-jauhi lubang yg xdiketahui ape di dalamnyer(kalau boye,abes di ngap nyer..)
-air yang tak mengalir
-kat jalan tmpat lalu lalang- ni klu aku jumpe, aku akn panggil lembu..sbb lembu tabiatnye berak kt mane2 je dia suke..
-kt bawah pokok yg brbuah- ni lagi hangen..nk kne cepuk gak.. xbnafsu aku nk mkn buah tu..

7. tandas dah ok ke? klu dah boley la duduk mencangkung dgn bertinggung ke kiri sambil menekan perut kanan dan buanglah(Disunatkan supaya berat anggota badan di bebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan)..... cer tengok anatomi perut manusia.. ade hikmah tak dgn care nie?.. oi!.. sape soh brdiri time kencing?? rasulullah xajar pon..hish..xyahle gune tndas brdiri tu.. bukan care nabi!!kecuali ade uzur syar'ie..knape? cer tgok no.9

8. ha..ape lg, melepas la.. eh, yg ko p tgok *** ko tu nape? makruh la.. habes ilang ilmu ko.. xyh la nk tengok tinja tu.. kn najis.. same gak,boley menghilangkn ilmu-susah nk ingat ilmu..

9. BERHATI-HATI KETIKA BERISTINJAK!!.. sebab kebanyakan siksa kubur adalh daripada org yg cuai dlm istinjak (terpercik)

10. kalau dah susah sgt nk kuar, sunat berdehem 3x.. ehm..ehm.. biasenye korg gune untuk cubaan ngorat aweks or balaks kn..hmm.. penyalahgunaan berdehem..

11. Makruh melengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan dalam TANDAS)

12. tau la nk cepat tp jgnla gosok gigi time buang..jgn ludah gak kt mgkuk tndas tu..

13. Amaran!! jangan sergah individu yg sdang mmbuang cer tengok no.7.. sprti kisah 1 org yg beristinjak dlm masjid nabi, sahabat2 marah lantas pergi ke indivdu trsebut untuk mghentikannya namun rasulullah mghalang sampailah org tersebut habes beristinjak. barulah rasulullah menegur.. terkesima dgn prbuatan rasulullah,lantas org trsebut masuk Islam.. hikmahnye: org yg sdang membuang tak boley diberhentikan scra tiba2.. kerana boley mndatangkan kesakitan / penyakit. lg 1, takut najis trsebut lagi brsepah disana sini klu kite kejar org tu.. ha..sape yg nak basuh? aku gak..

14. dah? nak basuh dah? yg ko gune tgn kanan tu wt pe?makroh la.. kn tangan kanan tu untuk makan.. gune la tangan kiri tu..sunat ape..pastu gune jari tengah tu..

15. Sunat memulakan membasuh kemaluan (hadapan) kemudian barulah dubur jika beristinjak dengan air

16. Sunat dibasuh tangan yang digunakan untuk beristinjak dengan tanah dan seumpamanya (sabun) kemudian dengan air.

17. nak kuar tandas kaki ape? kiri kan.. ha..buatlah.. bace ape?? :


SELAMAT BERAMAL!! :)

Friday, October 14, 2011

MASJID vs CHURCH

Masjid adalah rumah ibadah bagi orang Islam yang khusus dan fungsi utamanya adalah untuk melaksanakan ibadah terutamanya solat sebagaimana yang disarankan oleh junjungan besar Muhammad SAW. Apa yang disarankan?

1)solat berjemaah
2)ditempat azan berkumandang
3) pada awal waktu.

Apa hikmmahnye?

solat berjemaah iaitu solat yg dilaksanakan scra beramai-ramai.Secara logik aqalnye, banyak faedah yang diperoleh daripada jemaah. ikatan ukhuwwah islamiyyah yang menjadi titik pemula kepada wujudnya negara Islam pertama di dunia (Madinah al-Munawwarah) bukti kepada pentingnya kesatuan. Caranya adalah melalui ibadah harian kita iaitu solat yang mana secara tak langsung 5 kali pertemuan antara sesama muslim menjadikan Muslim saling kenal mengenal, tahu baik buruk, sanggup mempertahankan maruah saudaranya, bantu membantu sekiranya berlaku kekurangan sesama muslim(kemiskinan,kecelakaan dan sebagainya..)hadis nabi s.a.w

"org muslim itu apabila ia memberi kesejahteraan kepada saudara seagamanya dari segi tangan(perbuatan - khianat dll) mahupun lisan (percakapan-mengumpat dll)..

dalam ayat quran juga disebutkan

"sesungguhnya orang 2 mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kamu"

sekiranya orang Islam sendiri menjaga ibadah tanpa meninggalkan sunnah yang berjemaah yang dipandang enteng, takkan timbul permasaalaahn berpecah belah, hasad dengki dan sebagainya. Tak payah nak susah2 memikirkan perpaduan antara kaum, bersatu dalam aspek ibadah sudah mencukupi. Adakah kita sanggup berubah mentaliti? Islam itulah penyelesaian bagi segala masalah yang timbul dan jangan sekali-kali meraguinye.
dalam aspek sains ibadat , solat yang didirikan secara berjemaah juga membenatu dari segi emosi, kadar peredaran darah yang lancar dan stabil. kerana apa? solat jemaah didirikan dengan meluruskan barisan antara tumit kita selari dengan tumit orang lain- hikmahnya menunjukkan kesatuan secara tak langsung , masing-masing bertoleransi untuk sama lurus dengan orang lain tak kira apa jua jawatan. jarak antara tubuh individu dengan individu lain mestilah rapat. sentuhan kulit samaada kaki mahupun siku akan mewujudkan cas yang positif (aliran tenaga yang dikongsi antara individu) wujudlah ketenangan disitu.. boley pergi ke laman web sains ibadat untuk maklumat lebey detail.
dari segi kehidupan harian, solat berjemaahh mengajar kita untuk menjadi orang yang berdisiplin, patuh kepada pemimpin(soleh),-kerana perbuatan dalam solat makmum dilarang mendahului Imam, sekiranya tidak maka solatnya adalah batal. selain itu, solat juga menjadikan kita sentiasa mengingati Allah, berhti-hati dalam melakukan sesuatu-sama juga seperti dalam solat yang tidak boleh melakukan lebih dari 3 pergerakan secara berturut turut. solat juga mengajar kita untuk mengikut tertib / protokol. apabila solat yang didirikan tidak mengikut tertib maka batallah solatnya.




2) ditempat azan berkumandang
apa yang dapat difahami disini ialah berkenaan seruan dakwah menyeru kepada Allah, menyeru beribadat kepada Allah,meninggalkan apa jua pekerjaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, pengorbanan masa untuk pergi ke tempat seruan azaan, itu semua ada hikmahnya bagi membentuk keperibadian Muslim.

3)awal waktu
"demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian" surah al-Asr - menjadi dalil wajibnya Muslim menjaga masa. sekiranya azan Zuhur tepat jam 1, digalakkan untuk pergi lebih awal kerana larangan berlari tergesa-gesa menuju kemasjid kecuali hari Jumaat. Aspek pengurusan masa secara tak langsung sudahpun di terapkan kepada ummat Islam untuk mereka menguruskan masa dalam amalan seharian.

Masjid juga tak terlepas dari urusan-urusan keduniaan dimana pada zaman rasulullah serta khulafa rasyidin dan zaman khilafah 3 , peranan masjid adalah sangat penting sebagai pusat pentadbiran kerajaan islam. Pada masa itulah masjid dijadikan tempat bersosial, tempat ,engadakan pengajian dan menuntut ilmu (IPT), aktiviti kemasyarakatan, mesyuarat, dan sebagainya. Sebab itulah pembangunan masjid adalah atas dasar taqwa, ikhlas untuk penyebaran islam serta menunjukkan syiar islam. Namun pada masa ini, lebih banyak masjid telah dibina namun persoalannya, mengapa langsung tak ada orang yang memakmurkan masjid walaupun dari segi rekaan dan seni bina masjid sangat cantik dan unik? adakah ianya hanya sekadar syarat untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam namun dari segi keizzahannya telah takde (xde roh). benarlah hadis yang mengatakan antara tanda-tanda kecil berlakunya hari kiamat ialah ramai yang berlumba-lumba mendirikan masjid namun dari segi pengimarahannya tiada.

akan tetapi,situasi yang sebaliknya pula telah berlaku apabila gereja-gereja besar di negara Eropah telah bertukar wajah menjadi masjid ,bukab sahaja di Eropah namun di China dan beberapa negara Afrika telah berlaku peningkatan saudara baru Muslim. Apa yg telah berlaku? adakah hidayah telah bertukar dari turun ke Mlaysia kpd ngara Eropah? adakah allah tidak lagi menerima malaysia? teringat firman allah " sekiranya kita tak mahu (jalan dakwah), allah akan ganti dan beri kepada kaum lain."
Ya Allah, kau kekalkan lah aku dalam jalan hidayahmu"...

berkenaan dengan isu gereja terbesar yang sedang dalam pembinaan di bukit jalil, aku telah meminta pendapat salah seorang yang makruf dgn dunia dakwah non muslim. beliau menjawab "biarkan mereka bina gereja, kerana masjid yang sudah sedia ada pon belum tentu penuh,mengapa mahu sekat org agama lain untuk membina rumah ibadat mereka?" menunjukkan bertapa kita semua sangat berdosa kerana selama ini mendiamkan diri tanpa melaksanakan dakwah menyeru non muslim kepada islam malah menutup pintu2 kefahaman tentang islam dengan alasan untuk menjaga perpaduan kaum,bangsa dan negara. Adakah mereka lupa untuk menjaga hubungan mereka dengan Allah?


apabila timbul isu begini, sibuklah mereka untuk menghalang dan memberhentikan projek tanpa memikirkan kesalahan kita sebagai umat islam selama ini yang diam seribu bahasa dan tidak memperkenalkan islam kepada non muslim. siapa yang bersalah? janganlah menuding jari kepihak lain kerana 1 jari saja yg menunkuk ke arah yg dituju, selebihnya adalah menghala ke arah diri kita sendiri. :)

Monday, October 10, 2011

SEMPURNAKAH AKU?

Jika kamu memancing ikan……

Setelah ikan itu terlekat di mata kail……

Hendaklah kamu mengambil ikan itu……

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya Ketajaman mata kail kamu &

mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……



Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……





Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……

Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……



Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang….

TERIMALAH dia seadanya……

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……

Anggaplah dia manusia biasa……

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….

tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan

MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja

kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……





Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……

Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……

Kamu akan MENYESAL ……



Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……

MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….

Mengapa kamu berlengah lagi?

Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……?

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……







Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !



“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti,

namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

~nukilan sahabatku, dan aku terasa..seolah-olah ditujukan pada jiwa yang kerdil ini..

nak disayang kene la menyayang

hadis nabi s.a.w "man la yarham, la yurham= maksudnye=sape yang dirinye mahu disayangi, dia hendaklah menyayang orang lain terlebih dahulu..

ha.. sape yg dlm hati ni kite sgt sayang??? kene ikut turutan adab bersayang-sayangan.. firstly of course la Rasulullah dan para sahabat, kerana tanpa mereka mungkin kita suda jauuuh tersasar dari landasan Islam Sebagai Adden.. lepas tu kene sentiasa berdampingan dengan Ulama' dan org yg lebih tinggi ilmunya lebih2 lagi dalam bidang agama.. sebagai pemberi ingatan dikala hati terleka. almaklum sajalah.. hidup di dunia yang penuhh dengan permainan dan senda gurau (pondok bas sementara tunggu bas datang)..

seterusnye ibu bapa kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita. sebab itu ada dalam satu hadis apabila baginda ditanya "mana satu amalan yang terbaik baginya, maka jawapan rasulullah selepas Allah dan Rasulnya hendaklah berbakti kepada kedua org tua.. bertepatan dengan keadaan sahabat tersebut yang masih mempunyai kedua orang tua yang telah pun uzur. Lagipun dalam quran termaktub kepentingan menghormati orang tua dan jaga kedua ibu bapa dalam surah Luqman, juga ali "imran tentang mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

seterusnya pula, kepada anak-anak kecil. pada usia ini memerlukan lebih perhatian untuk proses pendidikan dalam mematangkan usia. sekiranya ditahap usia yang mentah sudah di hidangkan dengan pelbagai gaya hidup negatif maka rosaklah generasi akan datang.. Dari segi psikologi kanak-kanak , mereka akan lebih memberontak untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya.

lepas tu lantak kome le nak sayang sape.. tapi ingat.. ini sayang antara sesama manusia.. namun cinta yang hakiki adalah hanya untuk NYA..

Sunday, August 21, 2011

IKHLAS

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu" (kitab hadis 40-Imam Nawawi)

Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN


Tanggal 17 Ramadhan membuka lembaran sejarah bagi nabi kita Muhammad S.A.W yang secara rasminya dinobatkan sebagai nabi. Ketika nabi berkhalwat di Gua Hira' , baginda didatangi malaikat Jibril lantas 5 ayat daripada surah al-Alaq diturunkan. Oleh kerana takut yang amat sangat,nabi pulang kerumah dalam keadaan menggigil lantas meminta isteri tersayang Saidatina Khadijah menyelimuti beliau. Turunlah pula surah al-Mudathir sebagai simbolik kepada kerasulan baginda.

"Nuzul Quran" penurunan al-Quran bermakna al-Quran itu tempat asalnya adalah dari tempat yang tinggi. Firman Allah "(sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir) bahkan al-Quran yang tertinggi kemuliaannya (terpelihara dengan sebaiknya) di luh mahfuz" (alburuj,21-22) lantas diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada nabi Muhammad S.A.W khususnya di bulan Ramadhan kareem seperti mana termaktub dalam kitab "“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Fungsi Quran sebagai buku panduan tatatertib kelakuan yang perlu manusia patuh dan lakukan di atas muka bumi ini(kerana bumi milik Allah). Tak boleh buat sesuka hati je. Sama juga ciptaan manusia seperti telefon, ada buku panduan yang wajib dibaca dan dipraktikkan, jika tidak telefon mudah rosak. Analogi yang sama pada ciptaan manusia yang bersandarkan kitab panduan (Quran).

Hikmah Penurunan Wahyu secara beransur-ansur:

1)menunjukkan bahawa al-Quran memang wahyu dari Allah, suci daripada rekaan, membuang tohmahan daripada orientalis yang mengatakan Muhammad yang mencipta syair al-Quran.

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2)memudahkan manusia mengingat dan memahami ayat-ayat yang diturunkan satu persatu.

3)turun dengan kesesuaian peristiwa (sabab Nuzul) yang berlaku.

4)sebagai penguat jiwa Rasulullah dengan ada sahaja ayat-ayat tasyjik, basyir(ayat ganjaran/khabar gembira) dan ayat tanzir (peringatan/amaran.balaasan) untuk berhadapan dengan kafir Quraisy.

Friday, August 12, 2011

JARI JEMARI

Assalamualaikum,

Cuba anda lihat pada kedua belah tapak tangan. Adakah anda melihat sesuatu yang hebat? Cuba anda genggam kedua belah tangan kemudian membukanya, adakah anda melihat sesuatu yang hebat?Cuba anda menggerakkan setiap jari jemari kemudian membuat apa sahaja isyarat yang hanya menggunakan jari, namun orang lain boleh memahaminya. Adakah anda melihat sesuatu yang hebat?

"sebenarnya kami berkuasa menyusun kembali jari jemari dengan sempurna" (al-Qiyamah,4)



lihat susunan jari yang begitu rapi, setiap daripadanya ada tugasan masing-masing. ibu jari sebagai tanda bagus, jari telunjuk sebagai tanda menunjuk arah, jari hantu untuk mencapai benda yang jauh, jari manis sebagai perhiasan(cincin), jari kelingking untuk ruang yang sempit dan sebagainya. Manusia juga dapat dibezakan hanya melalui cap jari, mudah bagi pihak polis mengesan penjenayah. Anda cuba lihat pada telapak tangan sebelah kanan dan sebelah kiri? lihat pada perbezaan alur garisan dan didapati tangan sebelah kanan tertulis dalam nombor arab 18 manakala sebelah kiri bernombor 81. sekiranya dicampur menjadi 99 seolah-olah lengkap nama Allah 99 yang ternyata dalam al-Quran. sekiranya anda lihat dari jauh jari anda, didapati seolah-olah bentuk perkataan alif,lam,lam,ha (Allah). Adakah anda dapat merasakan kehebatanNya?




sekiranya anda dapat melihat kehebatanNYA, insya Allah akan diberikan kemudahan dalam urusan seharian. Namun, apabila kamu langsung tak menyedari kehebatanNy, kamu perlu jawab soalan dibawah.

Bayangkan sekiranya anda mengalami kecacatan/kecederaan pada jari,:

1)ketika bangun pagi, kebiasaan manusia akan mengesat matanya bagi menghilangkan tahi mata dan memudahkan mata untuk celik serta menghilangkan ngantuk. Dengan apakah anda mengesat mata? sekiranya menggunakan tuala kecil, apakah yang anda guna untuk mencapai tuala kecil tu?

2)lepas bangun pagi biasanya akan terus ke bilik air untuk bersihkan diri, menggosok gigi dan sebagainya. Dengan apakah anda gunakan untuk memutar kepala paip, dengan apakah anda gunakan untuk menadah air, dengan apakah anda guna untuk memegang berus gigi dan memberus gigi, dengan apakah anda guna untuk bersabun, bersyampu,meratakan air ke seluruh badan?

3)dengan apakah anda guna untuk mengelap badan selepas mandi?dengan apakah anda guna untuk memetik punat pengering rambut, dengan apakah anda guna untuk bersikat, bermekap, memakai pakaian,membetulkan tali leher, mencapai beg, memakai stokin dan kasut?menekan remote kereta, menghidupkan enjin moto/kereta,menggerakkan gear, mengawal stereng/handle, menekan punat signal kanan/kiri, membrek?

4)pergaulan dengan rakan (tempat kerja/sekolah), dengan apakah anda berjabat salam? dengan apakah anda gunakan untuk memberitahu bilangan? dengan apakah anda guna untuk memberi warning kepada rakan agar diam?dengan apakah anda guna untuk membuat pembentangan kertas kerja,menyelak fail, memegang pensil dan menulis nota, menutup mulut sekiranya bersin, menggaru kepala sekiranya pening atau membuat isyarat anda tak faham, menaip kerja,? waktu rehat, dengan apakah anda guna untuk mengambil wang dalam poket/dompet? dengan apakah anda memberi wang kepada cashier? dengan apakah anda guna untuk memasukkan makanan/minuman kedalam mulut? untuk mengetahui tahap kepanasan teh tarik menggunakan apa? untuk mengesat sisa roti canai yang terlekat dimulut/misai menggunakan apa?

5)bersantai bersama keluarga- biasanya pada waktu petang atau hujung minggu anda akan bersiar-siar,beriadah bersama keluarga. dengan apakah anda guna untuk memastikan anak kecil anda sentiasa disisi? dengan apakah anda guna untuk mendukung bayi/menolak kerusi roda,memberi botol susu,? dengan apakah anda guna untuk bermain badminton,tenis,bping pong, atau aktiviti lain seperti memancing,bermain game, bermain piano dan sebagainya? Di rumah, dengan apakah anda mengajar anak anda sekiranya mereka kurang beradab? dengan apakah anda guna untuk sekiranya menguap sebagai tanda sudah ngantuk? dengan apakah anda guna untuk menceraikan ubat nyamuk/pasang kelambu/tekan suiz anti nyamuk dan suiz lampu?

Mesti anda terfikir,sekiranya aku insan normal nescaya aku dapat gunakan JARI DAN TANGAN dengan sebaiknya. Justeru, anda lihat lagi sekali kedua belah tangan anda serta jari jemari anda. Adakah anda merasa kehebatanNYA?

Allah S.W.T telah banyak memberikan contoh penggunaan jari ke arah kebaikan serta juga ke arah kejahatan.




KEBAIKAN:
1)Bangun tidur smbil mengesat mata, tangan dirafakkan tanda berdoa atas kurniaan umur yang masih ada.
2)membersihkan diri dengan diniatkan kerana Allah kerana Allah sangat suka kepada orang yang menjaga kebersihan disamping mengelakkan pembaziran kerana ianya merupakan sahabat karib kepada syaitan.
3)mengenakan pakaian yang kemas dan MENUTUP AURAT, bukan semata-mata sedap mata manusia memandang, namun langsung tidak dapat pandangan baik dari Allah. Berpada dalam penampilan, bukan menampakkan kemegahan diri.
4)Ibadah wajib xmiss walau satu, memperbanyakkan amalan sunat, jari sekiranya di jalankan untuk perkara ibadah seperti berzikir dan mengiranya mengguanakan ruas jari, jari telunjuk diangkat ketika tasyahud sambil membaca persaksian Ilah.jari yang digunakan untuk mencapai alquran,dan menyemak menunjuk ayat demi ayat, jari yang dikenakan rotan oleh mursyid apabila salah membaca Quran, jari yang digunakan untuk memberi sedeqah, berjabat tangan sambil mengucapkan lafaz zakat, jari yang digunakan untuk memberi lambaian haji, mencium hajarul aswad.
5)aktiviti seharian- jarijemari yang menaip warkah dakwah untuk penyebaran fikrah Islam,jari yang digunakan untuk memimpin si buta melintas jalan, mengalihkan sesuatu yang berada di tengah jalan menggunakan jemari juga merupakan sunnah, jari yang digunakan untuk menunjukkan isyarat jalan, berkomunikasi dengan sahabat tanpa mencederakan mereka, jari yang diletakkan di atas dada tanda menahan kemarahan, jari yang diguna untuk menutup mata atas perkara maksiat, menutup telinga atas perbualan lagho/fitnah, jari yang diguna untuk klik pada laman web tsaqafah dan semua aktiviti jari yang dipandu ke arah kebaikan.

MENJADI SAKSI ITU PASTI: (YASIIN,65)"pada hari dimana kami tutup mulut mereka dan berkatalah tangan mereka kepada kami akan persaksian apa yang telah dikerjakan"




KEBURUKAN:
1)bangun tidur,tanpa kata pujian pada Ilahi,membuat amalan rutin harian tanpa sebarang pujian sedikitpun kepada Ilahi.
2)menggunakan jari dan tangan untuk menampar anak/isteri tanpa tujuan ta'dib, jari yang mencapai pakaian yang tidak menutup aurat, jari yang digunakan untuk bermekap yang berlebihan (tajarrud) lebih-lebih lagi wanita yang mana merupakan panahan syaitan, jari jari yang digunakan untuk menunjuk isyarat lucah, menaip/menulis warkah fitnah/ keburukan orang lain, jari yang digunakan untuk sebarang pengambilan rasuah, pembaziran,pengambilan dadah dan benda terlarang, jari yang menari-nari ke atas tubuh yang bukan muhrim (berzina), jari yang digunakan untuk memuji dan melebihkan material, bukan pujian kepada tuhan.
3) jemari yang digunakan untuk menutup pintu dakwah, menolak islam, mencerca ajaran islam seperti kaum munafik "seperti hujan lebat/petir yang menimpa mereka, mereka memasukkan jari kedalam teling seperti mendengan petir" (al-Baqarah,19) perumpamaan yang Allah beri menunjukkan sikap orang munafiq kuraisy yang langsung tak nak dengar wahyu yang disampaikan dengan memberi isyarat jari dimasukkan kedalam telinga.

"sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah akan menjadi bahan bakaran yang dilemparkan kedalam neraka jahannam" (Al-Anbiya',98)




ADAKAH JARI KITA MENJALAR KE ARAH KEBAIKAN? ATAUPUN MENYELUSUP KE ARAH KEBURUKAN?

Saturday, August 6, 2011

DOA KAMILIN..


MAKSUD BAGI DOA TERSEBUT IALAH : "Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajipan terhadap-Mu, yang memelihara solat, yang mengeluarkan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunan-Mu, yang berpegang pada pe...tunjuk, yang berpaling dari kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akhirat , yang redha dengan ketentuan, yang ber¬syukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas segala musibah, yang berada di bawah panji-panji junjungan kami, Nabi Muhammad, pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi Muhammad) yang masuk ke dalam syurga, yang duduk di atas dipan kemuliaan, yang menikah de¬ngan para bidadari, yang mengenakan berbagai sutera ,yang makan makanan syurga, yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat dari para nabi, org yg benar, syuhada dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang terbaik. Itulah keutamaan (anugerah) dari Allah, dan cukuplah bahwa Allah Maha Mengetahui".

"Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya,
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya atas penghulu kita Muhammad, keluarga beliau dan sahabat beliau semuanya, berkat rahmat-Mu, oh Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

teringat ketika dibangku sekolah rendah seringkali berbangga kerana menyangka semua orang mendoakan diri ini dengan menyebut namaku "KAMILIN" walhal ia adalah bersifat umum.. kira SS jugak la aku ni..hehe.. tapi semakin usia meningkat makin mengerti akan maksud doa "kamilin" namun mampukah aku untuk menjadi seperti mana yang dihajatkan didalam doa tersebut??

wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
ampunkan dosaku terimalah taubatku..
sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

dosa-dosaku bagaikan pepsir dipantai..
dengan rahmatmu ampunkan daku oh tuhanku..
wahai tuhan selamatkan kami ini.
dari segala kejahatan dan kecelakaan..
kami takut,kami harap kepadamu..
suburkanlah cinta kami kepadamu..

kami hamba yang mengharap belas dari-MU

-IKTIRAF, DOA TAUBAT OLEH RAIHAN

Saturday, July 30, 2011

PERINTAH TAHAJJUD

Assalamualaikum,

Insya Allah dalam sehari saje lagi kita akan menyambut ramadhan kareem. Jadi perbanyakkan amalan. Yang WAJIB JANGAN TINGGAL, yang SUNAT DIBANYAKKAN.. barulah keluar daripada bulan ramadhan ni seperti bayi yang baru dilahirkan, suci tanpa setitis dosa.

Apa yang saya nak tekankan disini ialah berkenaan dengan tahajjud. Allah mewajibkan ke atas nabi Muhammad S.A.W untuk bertahajjud pada setiap malam. surah al-Muzzammil (orang yang berselimut) ditujukan kepada nabi Muhammad S.A.W selepas sahaja perlantikan baginda sebagai utusan Allah. antara maksud ayat 1-6:
1)wahai orang yang berselimut (Baginda Muhammad S.A.W)
2)bangunlah bertahajjud pada waktu malam selain dari sedikit masa (untuk berehat)
3)iaitu separuh daripada malam atau kurang daripadanya
4)atau lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah Quran dengan tartil
5)sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat
6)sesungguhnya sembahyang malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih betul bacaannya

jelas di sini bahawa Allah mewajibkan baginda untuk bertahajjud. Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan selepas bangun dari tidur pada malam hari. ia dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan disunatkan tidur sunat (Qailullah) pada tengahari untuk mendapat tenaga ketika bertahajjud. Namun, untuk ummat Baginda tidak diwajibkan seperti mana sepotong hadis: jika tak memberi keberatan kepada ummatku, akan ku suruh mengerjakan solat tahajjud serta bersugi gigi sebelum solat fardhu. Namun begitu, apa rahsia dalam tahajjud sehingga ianya sangat dituntut dalam islam lebih-lebih lagi kepada orang yang memperjuangkan Islam?

lihat saja nabi kita Muhammad S.A.W yang mana baginda sebagai pejuang Islam pertama dalam memperkenalkan Islam kepada ummat. Dakwah adalah kerja tetap Bagindauntuk menyampaikan wahyu yang sangat beratuntuk diterima hinggakan ada yang menutup telinga dengan jari, juga ada yang mencaci dan mencederakan nabi semata-mata ajaran Baginda yang pada mereka adalah asing.Sebab itu Allah telah memerintahkan baginda untuk bertahajjud sebagai makanan rohaninya untuk menghadapi karenah ummatnya pada siang hari kerana kerja dakwah (menyampaikan wahyu) sangat berat dan hanya boleh diringankan dengan makana rohani pada malam hari.

keadaan malam yang hening, dingin dan sangat sunyi amat sesuai bagi jiwa untuk bersujud mengakui kelemahan jiwa serta mengagungkan kekuasaan Allah serta mengharapkan pertolongan kerana Allah sahaja tempat pergantungan , yang memegang hati-hati manusia disamping menanti saat dimana doa akan segera dimakbulkan pada waktu malam.




banyak lagi ayat Quran yang menyebut tahajjud seperti al-Isra' ayat 79  : hendaklah engkau menggunakan sebahagian waktu malam untuk bertahajjud sebagai sembahyang sunnat untuk dirimu, mudah-mudahan Allah akan  membangkitkan engkau dalam keadaan baik"

marilah kita sama2 berazam untuk bangun malam agar kehidupan siang hari dapat kita tempuhi dengan kekuatan rohani dan Iman kita. Amiin.. :)

Wednesday, July 27, 2011

penantian Ramadhan..

ramadhan bulan Ummmat Muhammad S.A.W melipatgandakan amalan untuk menyaingi ummat yang terdahulu.. disebabkan Ummat akhir zaman ini tidaklah panjang umur, hanya limited dlm 70 tahun, jika dibandingkan dengan umur ummat terdahulu menjangkau ratusan tahun, mustahil bagi kita menandingi mereka. namun, special untuk kita, Allah telah memberi bulan ramadhan sebagai batu loncatan untuk kita setaraf bahkan lebih baik lagi daripada ummat terdahulu..

perbanyakkan sedeqah dengan ikhlas walaupun sebiji kurma.. insya Allah ganjaran dilipatgandakan.. berbukalah dahulu dengan kurma kerana ia mengembalikan tenaga yang hilang.. ia juga sunnah nabi..

 Perbanyakkan amalan Qiamullail, menghidupkan malam seperti solat sunat tarawikh, solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, dan sebagainya serta diakhiri dengan solat sunat witir. semoga kita mendapat malam lailatul Qadr yang mana amalan dilipatgandakan sebulan amalan.


perbanyakkan bacaan al-Quran serta merenung maksud secara zahir dan yang tersebunyi agar dapat merasai mukjizat dan kebesaran ayat al-Quran, Kalam Allah.

hindarkan daripada mengulangi maksiat , pastikan diri sentiasa di jalan siratal Mustaqim..

SELAMAT MENEMPUH MADRASAH RAMADHAN.. MOGA KITA SEMUA MENDAPAT MALAM LAILATUL QADR JUGA MARDHATILLAH.. :)

sya'ban

Peristiwa Bulan Sya`ban :
1) terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qamar ayat 1,
2)Turunnya Ayat Perintah untuk berselawat sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56
3) Perintah ALLAH تعالى untuk menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, hal ini diterangkan dalam al-Quran di surah al-Baqarah ayat 144

Wednesday, June 8, 2011

Konsep Adil: Islam dan Akal

Assalamualaikum,
mm..lame tak update.. sory bebanyak. Busy memanjang.. seringkali terfikir dlm benak otak ni.. sering juga terdengar suara keramat..semuanya memperkatakan tentang perjuangan menuntut keadilan. Pihak sini kate lain,sane kate lain..hmm..kene faham balek kata dasar adil dari "adala. Kalau menurut Islam, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan sesuai. Aku pelik sangat. Kalau ape yang kita faham la dari subjek2 sekular ni, adil ialah samarata. 10/5=2, namun dalam Islam,adil = 10/5=x. Uniknya Islam kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya itu adalah salah satu prinsip dalam keistimewaan Islam.

Wednesday, April 20, 2011

PERKAITAN ASSUNNAH

Taarif assunnah

Assunnah merupakan sumber kedua dalam syariat Islam. Ia banyak pengertian dalam beberapa bidang

ž  Menurut usul fiqh sebagai sumber ke-2 hukum syara’,
ž  Menurut ulama’ fuqaha ,perbuatan nabi yang sekiranya dilakukan mendapat lebih ganjaran dan jika tidak buat maka tiada mendapat dosa,namun sangat rugi untuk meninggalkan ganjaran.
ž  Menurut ulama’ hadis pula dianggap serupa dengan makna hadis iaitu semua yang disandarkan melalui percakapan, perbuatan atau pengakuan , sifat fizikal dan perwatakan nabi
ž  Menurut ulama usuluddin, bukan semuanya menjadi syariah kerana ada yang datang kepada kita dengan menjadi hukum dan ada yang tidak menjadi hukum,
ž  Menurut istilah ahli kalam pula sunnah ialah apa-apa yang berlawan dengan bid’ah, itulah sunnah, ahl sunnah wal jamaah

                                
Sunnah dalam bidang dakwah

Definisi umum dakwah
Dakwah adalah berasal daripada fi’il madhi da’a, dan masdarnya adalah dakwah yang bererti menyeru, memanggil, mengajak[1]. Secara umumnya, dakwah adalah seruan untuk mengajak manusia kepada Allah setelah kita mendapat bergelar seorang mukallaf (yang dipertanggungjawabkan) kerana apabila seseorang itu bergelar Muslim, maka dirinya sudah mukallaf dan wajib bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas seorang Muslim iaitu dakwah. Allah telah berfirman:[2]
4 ä
67. dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau adalah berada di atas jalan Yang lurus.

Jabatan Dakwah dalam Akademi Pengajian Islam
Akademi Pengajian Islam juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini lebih-lebih lagi ianya merupakan tempat pengajian dan perkembangan ilmu agama. Dengan itu, Jabatan Dakwah ditubuhkan bagi memberi kesedaran berkenaan tanggungjawab menyeru manusia kepada Islam disamping mengajar metodologi dan cara-cara penyampaian dakwah serta memberi penerangan tentang apa yang terkandung dalam Islam agar para pendakwah tidak kosong dalam menyampaikan mesej-mesej Islam.[3] Isi kandungan yang dipelajari juga hendaklah yang selari dengan dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah sebagai petunjuk agar manusia tidak terpesong dalam mencari tuhan juga tidak menyesatkan dalam menyampaikan mesej Islam seperti mana hadis[4] :
تركت فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي ابدا كتاب الله وسنتي
telah aku (Muhammad) tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepadanya nescaya tidak akan sesat selamanya, ianya ialah al-Quran dan as-sunnah.
Selain itu, dakwah juga ditujukan kepada orang yang bersedia menerima Islam sebagai agamanya,memurnikan keyakinannya, membersihkan jiwanya dari penyakit nifak dan selalu menjaga amal perbuatannya agar tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sasaran lain juga kepada seluruh penduduk bumi ini agar mengubah system pemerintahan zalim yang dipimpin oleh orang zalim dan menukar kepada system pemerintahan Islam serta beramal dengan hukum-hukum Islam agar hidup dengan aman dan sejahtera.[5]

Hubung kait as-Sunnah dengan pengajian dakwah

As-Sunnah sangat berhubung kait dengan bidang dakwah serta pembangunan modal insan. Seperti yang diterangkan dalam perenggan di atas, dakwah Islam ini tidak dapat tidak wajiblah mengikuti garis landasan yang ditetapkan Allah kerana kita lihat para nabi dan rasul menyampaikan risalah dan mesej Islam bukan atas diri sendiri bahkan setiap apa yang keluar daripada mulut nabi itu sendiri adalah wahyu daripada Allah.
     
2. Dan Turutlah akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); 
Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

As-Sunnah sebagaimana yang diketahui fungsinya adalah sebagai menjelaskan serta mentafsirkan apa yang terkandung dalam al-Quran yang mujmal dan mutasyabih dari sudut hukum sehinggalah aspek yang lain. Oleh itu al-Sunnah ialah penyempurnaan al-Quran. Pengajian dakwah hendaklah merangkumi penghayatan sunnah, hukum-hukum yang terdapat dalam as-sunnah, Ulum Hadith agar para pelajar dapat membezakan serta mengetahui yang mana hadis sahih, dhaif, dan maudhu’ agar tidak menjadi fitnah kepada masyarakat umum dalam menyampaikan mesej Islam.[6]“Berkata Imam Al-Hanid rahimullah: Kesemua jalan itu adalah tertutup(untuk seseorang itu berkata-kata)melainkan barangsiapa yang berkata-kata dengan Atsar(As-sunnah) rasulullah s.a.w.” [7]

Selain itu, pengajian dakwah juga hendaklah menitikberatkan keteladanan rasulullah sebagai role model, kaedah-kaedah hikmah yang ditunjukkan oleh nabi. Bukan semua perkara yang nabi sampaikan adalah sama sahaja kepada setiap orang tanpa mengambil kira perbezaan individu dari segi karakter dan sebagainya. Contoh yang di berikan adalah hadis berkenaan dengan amalan yang lebih afdhal selepas beriman dengan Allah dan rasulnya. Jawapan yang baginda berikan adalah tertakluk kepada keadaan dan kemampuan sahabat yang bertanya. Ada yang nabi menjawab berjihad di jalan Allah, ada juga yang menjawab berbakti kepada kedua orang tua dan sebagainya. Di sini jelaslah kepada kita bahawa pendakwah hendaklah ada ciri-ciri karismatik, mampu mengambil hati mad’u, memahami keadaan mad’u juga sangat perlu sebelum kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
”Berkata Imam Ahmad bin Abi Hawawi:Barangsiapa yang membuat sesuatu amalan tanpa mengikuti sunnah,maka batallah amalanya”[8]

Sunnah dalam quran
ž 
Sunnah menurut perspektif islam difahami menurut roh al-Quran yang telah diyakini kebenarannya dan keadilan hukumannya
ž  Meyaqini kebenaran utusan Allah- sebarang yang keluar daripada mulut nabi itu bersandarkan wahyu daripada Allah.
ž  Menjelaskan ayat quran yang mutasyabih, mengkhususkan yang umum. Contoh hak pewarisan nenek- al-Mughirah b syu’bah pernah melihat rasulullah memberi 1/6 kepada nenek.
ž  Memperincikan cara penyempurnaan solat
ž  Assunnah sebagai rujukan ke2 dalam masalah iman-kepercayaan kepada Allah yang kita tidak dapat melihat,perkara ghaib dan sebagainya yang tidak boleh difikir secara ghaib.
ž  “Abi Amr Sofian b Abdullah telah bertanya kepada rasulullah,khabarkan kepadaku tentang Islam yang aku tak perlu lagi bertanya kepada orang lain,jawab baginda,katakanlah aku beriman dengan Allah dan hendaklah engkau tetap di atas keadaan demikian”
ž  كان الله ولم يكن شيء غيره
ž  Hadis yang diriwayatkan Bukhary dan Baihaqi ini telah dijelaskan lagi oleh al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani bahawa maksud kana dalam lafaz pertama ialah azali, dan lafaz ke2 ialah pembaharuan.
ž   
Sunnah  dengan  sejarah
ž 
Sabab wurud hadis
ž  Ittisol al-sanad-sjarah hidup perawi
ž  Waqi’ tempat dan zaman
ž  Berkaitan dengan kisah peradaban dan kehidupan nabi lebih-lebih lagi dizaman kegemilangan islam
ž  Sebelum kedatangan islam,keadaan masyarakat arab jahiliyah sangat tidak bertamaddun dari segi cara hidup
ž  Nabi diutuskan (turun perintah dakwah) dengan sunnah yang menjamin kehidupan yang menaikkan peradaban dimata dunia
ž  Faktor penguasaan ilmu-Iqra’,aisyah-sebagai rujukan
ž  Faktor penguasaan bahasa-gabenor,duta ke negara lain,al-Fateh


[2] Al-Haj,67
[3] Buku Panduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sesi 2008/2009, m/s 215
[4] Hadis sahih dalam buku Pendakwah Masa kini karangan Ahmad Mahmud Abu Zaid
[5] Petunjuk juru da’wah oleh Abul A’la al-Maududi m/s 1
[6] Pendakwah Masa kini karangan Ahmad Mahmud Abu Zaid m/s 24
[7] Bagaimana berinteraksi dengan sunnah oleh Yusuf Qardhawi
[8] Bagaimana berinteraksi dengan sunnah oleh Yusuf Qardha