Search This Blog

Sunday, December 26, 2010

ceruk kalah teruk??

3 hari penulis mengikut 1 kursus. ade pembentangan peta dan tinjauan result pru12.Bila tengok peta tu alahai.. zon kritikal adalah kawasan hujung selangor. yg cerah pula tengah2, kawasn bandar. keliling pula hitam. hmm..terdetik di hatiku, beza nye jurang antara bandar dan luar bandar. Buktinye senang jer.. Kebanyakan kawasan yang dimiliki oleh PR ialah kawasan elite, terpelajar, bangsawan, kawasan yang banyak terdedah dengan zon ilmu yang luas dan tidak terhad kepada "gerbang informasi tertentu sahaja"(jumud sungguh). Kiranye bleh wat inferens bahawa golongan PR adalah dikalangan orang terpelajar, yang bebas menggunakan akal fikiran untuk berfikir baik buruknye sesuatu dibandingkan dengan golongan #### & ## yang tidak matang dalam memberikan buah fikiran, hanya memerah otak dalam perkara keuntungan duniawi sahaja. Slogan didahulukan, diutamakn, segalanya 1, dll hanya menjadi ajinamoto je dlm masakan.Sedap memang sedap, tapi hakikatnye ajinamoto adalah benda yang membawa mudharat w/pun cket pgunaannya.. so samalah dengan cogan2 kata tu. Sedap telinger mendengar, sakit ati bila lihat hasil yg xnmpk aper pon.

So,adakh kita hendak salahkn orang2 yang tinggal dikawasan yang ceruk ni (kebanyakannye dah bersyahadah bhw hidup n matinye hanye utk ####)? memang totok.. kita yg celik akal seharusnya mnjadi pengantara media yg sohih agar memastikan berita yg sepatotnye di dengar dapat brkumandang di media. Camne nk bntu kawasan ceruk ni? tu kne ade bengkel laen plak. so, all student dont be afraid to take part in politic side just because 1 rule (AUKU). kita ade kebenaran bersuara, kebenaran mengundi. lagipun tu adalh ciptaan manusia. pasti akn ade pindaan mgikut kesesuaian zaman. Nmpak tak kekurangn perundangan buatn manusia?

MAIN PERANG-PERANG

Assalamualaikum,
ha.. mesti pembaca heran dengan tajuk ni kan. Main perang-perang? cam kanak-kanak spastik je.. tapi best kalau dapat join. hmm.. nsebenarnya penulis bukanlah bermain polis sentri ke ape ke yg olok-olok. Penulis bermain dengan permainan realiti. Ahad semalam 5hb Disember telah diadakan demonstrasi aman anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan melibatkan semua rakyat selangor khususnya dan Malaysia secara umumnya. Isu yang dibangkitkan oleh kerajaan selangor adalah berkaitan dengan kenaikan kadar tarif air oleh Syabas. Seperti yang kita maklum, Syabas merupakan syarikat pembekal air bersih di negeri Selangor. Ia mula diswastakan ketika zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia semasa zaman kegawatan ekonomi. Dasar penswastaan syarikat telah dilaksanakan menyebabkan kuasa pengguna rakyat menjadi minimum.

penulis tak bercadang untuk mengulas isu ini. para pembaca boleh refer pada laman malaysiakini, harakahdaily dan akhbar pakatan yg boleh di percayai dan lagi soheh.(akhbar BN not trusted brand). so, that why saya sebagai mahasiswa juga turut terpanggil untuk join skali himpunan aman yg brtukar mnjadi pesta mandi manda(FRU fool rushing unit menembak gas pemedih mata dan water canon). xpatot. tp best. macam main polis sentri. gambr bawah ni penulis sempat tangkap cket wat tatapan. moge dapat menaikkan lagi semangat pembaca untuk turun demo lagi yang akan datang ni..

selamber deeek jer budak ni dok atas tiang. bagus! aqidah mantap. xberiman pada watr canon. jom p brguru dgn die.. hehe..
front2 student bersama pemimpin kerajaan selangor memberi kata2 semangat untuk terus bangkit menyuarakan keadilan.
jom mandi beramai-ramai di perkarangan masjid negara. air free je. syabas bagi..
haha.. xdapat tangkap. kitorang nyorok dlm masjid nie.. syh!!! yg laen diam yer..

KESIMPULANNYA: I LOVE MY GOVERMENT STATE NOW MORE THEN 5 YEARS AGO...
HIDUP KETUANAN RAKYAT!!

Tuesday, November 30, 2010

SHH!! EXAM MOOD..


lame dah pengarang tidak mencoret sesuatu di blog ini.. maaf, mungkin disebabkan kesempitan waktu. Sekarang mungkin ramai sahabat-sahabat diluar sana yang sedang naik giler dibuatnya.. masing-masing menampal sticker ubat pening (name sticker xtaw) di kepala. Lucu jugak lihat telatah orang yg dlm tension study. Time tu la aroma minyak kapak menghantui dewan exam. Well, setakat ni semua berjalan dengan lancar. Tiada gangguan untuk menjawab soalan walaupun penulis dapat melihat pelbagai teknik-teknik genius untuk meniru (penulis same gak, tp cket je). Ade yg main isyarat tangan kagi-lagi kalau kertas objektif. A=dahi, B=hidung, C=mulut,  D=dagu. Ade gak yang komunikasi pemadam (tulis kt pemadam), ade isyarat batuk dan sebagainya. Kalau yang kurang bijak tu, main toleh-toleh, terus tanye direct kawan tu, so kantoi la... ade gak yg bawak toyol (nota kecik) simpan kat kocek atau kat taandas.hmmm...

Dalam bahasa pendidikan, peperiksaan besar adalah peperiksaan yang berbentuk penilaian sumatif. menatang ape tu?? hmm, ok2.. Penilaian sumatif ialah suatu bentuk ujian formal yang dibuat untuk menentukan tahap di dalam pembelajaran (untuk bagi gred/kdudukan dlm kelas). contohnye UPSR,PMR,SPM,STAM,STPM, dan exam akhir tahun/semester. Penulis pon sedang menghadapi ujian sumatif untuk gred. harap pointer naik sem ni..hehe..

Penulis mengakui kepentingan ujian sumatif, namun perlu diingat bahawa ilmu itu bukanlah diuji hanya pada sesuatu minggu(exam) sahaja, akhir tahun baru nak uji minda, so, minda ni pon dah jadi exam oriented, dalam otak nak hafal ilmu tok jawab exam. Lepas habis exam, terus lupe segala-galanya. B4 exam berpantang, xleh makan pelik2, tengok pelik2(maksiat), buat pelik2 lagi la.. tapi lepas tu?? hmm.. jadi syaiton kabir..ni semua sebab dah setting minda kite ni ilmu hanya untuk jawab exam. Tu sebab penulis lebih suke dengan cara ujian formatif. Pengujian sepanjang masa tak kira da abes silibus atau baru belajar sedikit je.. itu pun kene di uji. ujian itu juga proses didikan secara tak langsung.

So, kepada semua guru2, bakal2 guru (macam penulis), hendaklah sentiasa melatih anak-ank didik kita xkira masa. Tujuan kita juga bukan lah untuk mendapat pangkat, nama, title "guru terbaek" bukan!!. tapi tujuan kita hanya Allah, cari redho-Nya. Ikhlas kerana Allah. Amalan yang sedikit tapi dibuat kerana Allah, nak bantu agama Allah, nak mendekatkan anak-anak didik kepada kholiq, Insya Allah akan ada tunas-tunas yang membesar dengan baik, akhlak yang mulia, belajar kerana Allah, taat guru-guru. Ini kerana kita sering menyelitkan unsur-unsur tarbiyah dalam pengajaran tak kira subjek tu pendidikan islam ke, matematik ke, sains ke.. semuanya adalah ilmu Allah. Pendidikan yang berterusan itu akan lebih menampakkan kesan daripada pendidikan bermusim.

Berbalik kepada topik ujian sumatif tadi, itu dinamakan pendidikan bermusim. so, ianya bukan pendidikan berkesan. Itu sebab penulis lebih berminat untuk menjalankan ujian formatif, bertujuan melihat perkembangan intelek pelajar dan memperbaiki kelompangan yang ada, bukan hanya memberi markah motivasi semata-mata.. lagipun, manusia ini adalah berasal daripada perkataan nasia "lupa" memang kita akan mudah lupa sekiranya tidak diuji setiap masa. 

Akhir kata dari penulis = " SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN, TAWAKKAL KEPADA ALLAH SELEPAS BERUSAHA, MA'A TAUFIQ WAN NAJAH"

Saturday, November 20, 2010

SALAM EID ADHA 1431 H

Pengorbanan merupakan suatu istilah yang wajib ada dalam kamus kehidupan individu baik yang muslim mahupun non muslim. Tidak kiralah pengorbanan dalam apa jua bentuk sekalipun. Pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak, pengorbanan suami terhadap isteri mahupun sebaliknya, pengorbanan pemimpin terhadap rakyat jelata, bahkan pengorbanan yang utama bagi muslim adalah berkorban dengan harta dan nyawa untuk Islam seperti mafhum firman Allah dalam surah al-Saff ayat 11 dinyatakan " kamu berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan jiwamu,itu adalah lebih baik bagimu sekiranya kamu mengetahui".
Mimbar eid adha tidak akan lengkap sekiranya tidak disertakan dengan tinjauan sirah di zaman nabi Ibrahim a.s serta isterinya Siti Hajar dan anak mereka nabi Ismail a.s. Allah telah merakamkan kisah mereka dalam surah as-Saffat 102-111. "ketika anak itu (Ismail) sampai pada umurnya yg mampu berusaha bersamanya, Ibrahim berkata,wahai anakku! aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. apa pendapatmu!. Ismail menjawab, hai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, Insya Allah engkau akan dapati aku dikalangan orang yang sabar. Ketika keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya diatas pelipisnya, lalu kami (Allah) memanggil dia. wahai Ibrahim, sesungguhnya kau telah membenarkan mimpimu. Demikianlah kami memberi balasan terhadap orang yang berbuat baik. sesungguhnya ini benarbenar satu ujian yang nyata.Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Dan kami abadikan pujian terhadap Ibrahim pada umat yang akan datang. Salam sejahtera ke atas Ibrahim! Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba kami yang beriman."
kita lihat ayat tersebut sebenarnya berkaitan dengan Aqidah dan sejauh mana kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah. Nabi Allah Ibrahim dan Ismail sangat yakin dan berserah diri pada Allah. Tidak mempersoalkan tujuan,hikmah dan alasan lain dalam melaksanankan perintah Allah. Kisah inilah yang harus dijadikan teladan kepada Baitul Muslim dalam membina pewaris yang bakal menegakkan deen Islam. Keberanian disertakan dengan keyakinan akan janji-janji Allah akan menentukan sejauh mana keikhlasan hamba-hambanya dalam menegakkan syiar. Nabi Ibrahim ada berdoa kepada Allah agar dipelihara keturunannya daripada maksiat dan fitnah dalam surah al-Baqarah ayat 128, "ya tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadamu, dan anak cucu kami juga umat yang berserah diri kepadamu..". Amalkanlah doa tersebut dan hayatilah erti pengorbanan orang-orang yang terdahulu. Wallahu a'lam. SELAMAT HARI RAYA EIDIL ADHA 1431 H, KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR..

Saturday, August 14, 2010

Friday, August 13, 2010

PUASA BENTENG MAKSIAT


Ahlan wa sahlan ya ramadhan! setahun lama kita berpisah akhirnya sempat juga diri ini mengecapi nikmat ramadhan pada tahun ini,alhamdulillah. nampaknya Allah telah memperkenankan doaku yang mungkin juga para pembaca sekelian memohon doa yang mana nabi telah amalkan.


Masuk hari ni dah 3hari kita berpuasa. Semestinya pelbagai karenah dan ragam yang boleh kita lihat sekitar masyarakat Islam pada hari ini. Telatah anak-anak kecil yang diajar berpuasa setengah hari, malah ada ibubapa yang memberi ganjaran apabila menyuruh anak kecil mereka untuk berpuasa. Keadaan yang sama berlaku pada diri ini seawal 5 hingga 8 tahun. Ibu memberi ganjaran rm1 sehari sekiranya dapat puasa penuh, nenek pula menghadiahkan diri ini jam tangan pada 1 Syawal, kakak pula memberi amaran sekiranya tidak puasa tidak boleh tengok rancangan televisyen, ayah pula tidak mahu membelikan baju raya sekiranya diri ini tidak berpuasa.
Jika diimbau kembali kenangan lama, membuatkan diri ini tersenyum sendirian mengenangkan susah payah melatih nafsu makan. Benarlah apa yang dikatakan guruku bahawa nafsu hanya akan menyerah sekiranya di beri latihan puasa seperti mana kisah nafsu yang tidak mahu mengakui Allah sebagai tuhan.Tidak lut dengan siksaan api neraka, namun apabila ditahan daripada makan minum, akhirnya nafsu tewas dan mengaku bahawa Allah lah tuhan sekelian alam. Dalam hadis lain juga diterangkan mengenai perkaitan puasa dengan menahan nafsu. Antaranya hadis "sesiapa diantara kamu yang berkemampuan untuk berumahtangga, bernikahlah, sekiranya kamu tidak mampu (masalah kewangan dll) hendaklah kamu berpuasa, sesungguhnya puasa iti adalah sebaik-baik pencegahan (perisai maksiat)." Justeru, marilah sama-sama kita mengambil peluang dalam bulan puasa ini untuk mentarbiyah nafsu kita agar taat dan tunduk pada cahaya keimanan dalam hati. Semoga Allah memberi kekuatan kepada daku berserta semua ummat Islam untuk menjalani Madrasah Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Friday, July 16, 2010

MANUSIA PERTAMA MERENTASI LANGIT


Tafsiran quran diatas menyebutkan tentang kisah pengembaraan nabi kita yang mulia Muhammad S.A.W di alam angkasa yang luas, malah baginda telah mencatat rekod manusia pertama yang merentasi angkasa. Baginda juga telah merentasi beberapa buah negara menaiki buraq dengan sepantas kilat jauh lebih laju daripada jet pejuang, enjin ferari, lamborghini dan lain-lain enjin ciptaan manusia. Maha suci Allah, jauh di lubuk hati ini terfikir sejenak sungguh hebat Allah boleh mencipta kenderaan yang terpantas ini.

Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun 11 kenabian Muhammad. Isra' dan Mi'raj merupakan 1 peristiwa penting umat Islam kerana pada malam tersebut di anugerahkan perintah solat yang pada asalnya 50 waktu, tetapi dikurangkan atas belas Maha Rahimnya Allah terhadap umat Muhammad ini, akhirnya menjadi 5 waktu.
Namun itu pun masih ramai lagi manusia yang malas untuk mengerjakan solat. Sama-sama kita renungkan..

Isra' dan Mi'raj adalah 2 benda yang berbeza, Isra' adalah nabi di perjalankan bertemankan Jibril dengan menaiki tunggangan Buraq dari Masjidil Haram Mekah hingga Masjidil Aqsa di Palestin. Peristiwa mi'raj pula berlaku setelah sampai sahaja di bumi Palestin, nabi di angkat pula ke langit hingga ke Sidratul Muntaha. Disanalah nabi berjumpa dengan Allah S.W.T, para anbiya' yang terdahulu, malah balasan syurga neraka juga telah dipertontonkan kepada nabi. Selepas itu nabi di anugerahkan solat 50 waktu sehari. Namun, atas nasihat nabi Musa, untuk Muhammad
memohon kepada Allah untuk mengurangkan bilangan waktu solat sehinggalah menjadi 5 waktu sahaja.

Setelah kembalinya nabi ke Mekah, orang ramai tidak mempercayai nabi tentang apa yang dilalui baginda. Namun, teman rapatnya sahaja mempercayai dan beriman dengan segala kata-kata nabi Muhammad sehingga beliau digelar Abu Bakar al-Siddiq.

Moral value yang boleh diambil daripada kisah perjalanan nabi ini :
1) Wajib beriman dan meyakini kebenaran ajaran nabi kita Muhammad S.A.W
2) Wajib solat 5 waktu dalam apa jua keadaan (kecuali uzur) sebagai tanda syukur. Jikaa kita bersyukur Allah akan tambah nikmat, tapi kalau kita kufur, akan di azab dengan amat pedih.
3) Wajib mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikan (amr ma'ruf nahi munkar)

Sunday, June 27, 2010

ulama masuk umno


no komen. Sekadar ingin membawakan 1 kisah di zaman Rasulullah S.A.W ketika mana baginda menjalankan tugas dakwah kepada masyarakat arab jahiliyah, para pembesar quraisy sudah tidak dapat berbuat apa-apa gara-gara ajaran Islam yang tulus suci telah masuk dalam hati sanubari penduduk Mekah. Para pembesar quraisy merasakan terancam dengan ajakan dakwah oleh nabi Muhammad yang sentiasa menghalang kehendak mereka berfoya-foya, minum arak, judi, rasuah, riba , zina dan berbagai lagi perbuatan bodoh lagi tidak bertamadun ini. Justeru, mereka lebih-lebih lagi abu Jahal telah berpakat untuk memberi ganjaran kepada Muhammad dengan syarat-syarat tertentu. Ganjaran yang dimaksudkan adalah : tawaran menjadi raja, mendapat pangkat dan kedudukan tinggi, wanita-wanita yang cantik, dan kehidupan yang mewah dan senang. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sangat mudah. Nabi Muhammad boleh mengerjakan ibadat namun, tidak boleh mencampuri urusan-urusan pembesar seperti minum arak, judi dan perbuatan bodoh yang lain. Nabi Muhammad juga dilarang untuk mendakwahkan ajaran Islam kepada masyarakat Arab. Syarat ini sekiranya ditawarkan kepada kita yang sememangnya mempunyai keimanan yang jauh lebih rendah, mungkin akan menerimanya. Namun, seorang hamba allah yang tahu bahawa tugasnya sebagai ibadullah dan khalifah yakni kewajipan berdakwah tidak akan terkesan dengan tawaran penuh fantasi ini. Para pembesar quraisy telah meminta abu Mutalib, bapa saudara nabi untuk menyampaikan hasrat mereka namun, ditolak mentah-mentah oleh Muhammad yang amat cerdik. Lihatlah, betapa kuatnya keimanan Muhammad dan teguhnya pendirian baginda terhadap para pemimpin kaum kafir Quraisy sehingga sedikit pun tidak terdetik untuk menerima ganjaran tersebut. Tidak juga terdetik untuk baginda masuk bersama pemimpin Quraisy dan membersih dari dalam seperti mana yang berlaku sekarang. Ramai ulama yang telah melakukan ujikaji yang tidak cerdik ini dengan berada sebaris dalam kepimpinan kerajaan namun, amat mengecewakan. Tiada sedikit pun gerak kerja pembersihan dari dalam yang diwar-warkan sebelum ini bahkan golongan-golongan yang dikatakan ulama ini sedikit demi sedikit tewas dalam godaan kemewahan dengan mengubah sedikit imej, seterusnya penampilan yang agak terbuka, seterusnya fatwa yang tidak rasional bagi masyarakat islam yang umum dan tiada basic agama. Mana perginya ilmu-ilmu yang dipelajari suatu ketika dulu? bukan sekadar tidak mampu untuk menjadi cleaner barisan kepimpinan negara, malah menjadi racun yang bahaya lagi membawa kematian Islam itu sendiri. Penulis tidaklah mahu memberitahu siapa gerangan ulama yang dimaksudkan. ianya sekadar pencerahan minda agar terbuka sedikit pemikiran kita agar lebih berhati-hati dalam segala tindak-tanduk kita. Ingatlah, sesungguhnya Islam bukanlah agama ritual, sepertimana agama yang lain, bahkan Islam itu adalah cara hidup kita. Tidak boleh sama sekali untuk kita meng-iyakan sahaja perbuatan mungkar atas alasan dakwah beransur-ansur. Innad din inda Allah al-Islam. Takbir!..


Negeri Selangor telah mencatat rekod lagi setelah berjaya mengadakan sambutan hari ilmu dalam program Hari Ilmu, Gerakan Membaca Perdana yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dua hari lepas. Yang menarik disini, suasana ilmu telah berjaya diwujudkan dengan semua acara yang berlangsung seperti berkayak dan sebagainya dijalankan sambil membaca buku. Tahniah dan Syabas penulis rakamkan kepada YB Dr Halimah Ali sebagai exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang telah menganjurkan program membaca terbesar sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia daripada Malaysia Book of Record dengan penyertaan paling ramai mencapai 15 ribu peserta. Harapan penulis sebagai anak jati Selangor ini agar semua lapisan umur rakyat di negeri selangor dapat menjadikan membaca sebagai budaya kita tak kira dimana jua berada. Ini kerana ilmu merupakan aset penting bagi harga diri seseorang. dalam Al-Quran juga berkali-kali Allah menekankan kepentingan ilmu seperti mana dalam Surah al-Taubah aayat 122 "dan tidak sepatutnya orang-orang mu'min semuanya pergi ke medan perang untuk berjihad, hendaklah ada sebahagian kamu pergi untuk mendalami ilmu pengetahuan agama mereka untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga diri". Pada ayat yang lain "dan tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu" menunjukkan darjat kemuliaan yang Allah kurniakan kepada orang yang berilmu. sudah lumrah apabila seseorang mempunyai kelebihan berbanding yang lain, orang tersebut akan disanjung. Disanjung disini bukanlah bermaksud diagung-agungkan sehingga menyimpang daripada batasan makhluk yang hina ini, namun sanjungan sebagai tanda penghormatan dan cinta akan perbuatan orang yang disanjung itu dan berniat untuk menjadi sepertinya. bayangkanlah sekiranya para alim ulama' dijadikan sanjungan dan sumber rujukan , maka masyarakat serta negara kita menjadi "baldatun toyyibatun wa robbun ghofur". sama-samalah kita mengambil intipati daripada program yang mulia ini. semoga program hari ilmu ini menjadi batu loncatan kepada warga Selangor juga seluruh rakyat malaysia untuk keredhaan Yang Maha Esa.

Wednesday, June 23, 2010

warkah pertama


Assalamualaikum dan salam satu Aqidah!..coretan pertama ini hanyalah sebagai test market untuk diri ini bergiat dalam arena bloggers. Diri ini mengharapkan tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat seperjuangan dalam merancakkan lagi agenda dakwah di era siber ini. pesanku terhadap diri ini agar tsabat dalam menyampaikan madah-madah dakwah sebagai penghayatan kepada semua yang bergelar insan.