Search This Blog

Monday, January 23, 2012

MODUL/AKTIVITI USRAH

Motivasi | Anda Diuji? (Kemas Kini)

Objektif:
Memberi kefahaman bagi setiap ujian atau halangan jika dilihat secara positif akan menjadikan diri kita lebih baik.

... Material:
Kerusi, Meja, tali dan terjemahan Al-Qur’an

Perlaksanaan:
1. Susun atur kerusi, meja dan tali supaya menjadi tempat untuk latihan merentas halangan.
Sesuai untuk peserta merangkak, melompat, berlari dan pergerakan yang dikira sesuai.
2. Lepaskan peserta dan catat masa yang diperlukan untuk mereka merentasi halangan
tersebut.
3. Selepas semua peserta sampai ke garisan penamat. Catat masa yang diambil.
4. Rehat 5 minit. Minta peserta berkumpul semula dan ulang merentasi halangan tadi. Dan
catat masa yang diambil untuk sampai ke garisan penamat.
5. Ulangi ujian ini sebanyak 1 kali lagi.

Perbincangan:
a. Apakah perubahan masa yang diambil dapat dilihat?
b. Adakah masa itu semakin baik atau sebaliknya?
c. Kaitkan aktiviti yang mereka lalui dengan ujian hidup.

Nota Fasilitator:
Apabila kali pertama kita mendapat sesuatu ujian mungkin kita akan berasa
sukar dan tidak mampu.
Tetapi jika kita diuji lagi dengan perkara yang lebih kurang sama atau lebih
buruk. Sekurang-kurangnya kita akan dapat menghadapinya kerana kita
telah mempunyai pengalaman untuk mengatasinya.
Jika masalah itu timbul berulang-ulang kali kita tidak akan mudah cemas
malah tenang dalam menghadapinya berbekal pengamalan ujian yang kita
lalui sebelum-sebelum ini.

Kesimpulan:
Surah Al-baqarah,2:135See More

Akhlak | Nama Aktiviti: Namakan Nilai Ini

Objektif:
Menyenaraikan nilai baik dan bagaimana menunjukkannya.

... Bahan:
Kad yang telah dicatatkan nilai-nilai seperti; pemurah, penyayang, bersopan, berani
dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai.
Perlaksanaan:
1. Terangkan kepada peserta yang mereka akan diagihkan kad-kad yang mana
mereka tidak boleh menunjukkan kad tersebut kepada sesiapapun.
2. Setiap orang perlu berlakon tentang nilai yang di tunjukkan dalam kad
mereka.
3. Setiap seorang diberi peluang selama 30 saat untuk melakonkan nilai yang
mereka bawa.
4. Ahli kumpulan lain perlu meneka nilai tersebut.
5. Selepas semua ahli kumpulan telah selelsai menjalankan aktiviti tersebut.

Perbincangan:
1. Bagaimana kita dapat mengesan sesuatu nilai yang baik?
2. Adakah susah kita hendak menonjolkan nilai-nilai yang baik? Apakah
kesan menunjukkan nilai-nilai yang baik?
3. Apakah yang dianjurkan Islam tentang nilai-nilai yang baik?

Kesimpulan:
Nilai yang baik yang kita tunjukkan akan memberi kesan kepada orang lain.

Kreativiti | Nama Aktiviti: TV dan Radio Islam

Objektif:
Merealisasikan pemikiran kreatif remaja belia tentang Islam yang sesuai dengan diri mereka.

... Material:
Handphone yang boleh membuat rakaman video atau kemera video.

Perlaksanaan:
1. Minta peserta pendapat tentang rancangan TV atau Radio Islam yang ada pada masa sekarang. Adakah mereka berpuas hati dengan rancangan yang ada sekarang?
2. Para peserta akan diberikan tugasan individu atau berkumpulan yang mana mereka perlu membuat rakaman video atau audio yang paling kreatif untuk tajuk yang berkaitan Islam. Tempoh rancangan ialah selama 5 minit.
3. Peserta akan dipecahkan kepada beberapa slot yang berlainan:

a. Dokumentari
b. Gameshow
c. Rancangan Temubual
d. Lawak
e. Rancangan memasak
f. Iklan

4. Peserta perlu memikirkan bagaimana elemen islam boleh dimasukkan dalam rancangan berkenaan.
5. Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan rakaman.
6. Semasa hari penyiaran, kesemua rakaman akan dicantumkan menjadi satu rancangan TV Islam.

Variasi:
Fasilitator juga boleh membuat rancangan Radio Islam dengan menggunakan perakam suara.

Kesimpulan:
Seiring dengan zaman maka Islam perlu ditampilkan dengan cara yang kreatif asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Kreativiti | Nama Aktiviti: Iklan Warung Mak Limah

Bahan: Kamera Video atau Handphone Berkamera

Perlaksanaan:
...
Fasilitator memberikan arahan, ”Warung Mak Limah memerlukan bantuan anda untuk membuat iklan di YouTube bagi menambahkan lagi jualan goreng pisangnya ke 10,000 keping sehari. Kumpulan anda dilantik sebagai Kumpulan Kreatif Pengiklanan yang akan membuat iklan untuk Mak Limah selama 1 minit.”

Fasilitator, ” Anda perlu membuat iklan yang menarik ini sekreatif mungkin. Penggunaan rakaman dibenarkan menggunakan kamera video atau handphone berkamera.”

Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan iklan ini.

Lebih menarik jika sebanyak mungkin kumpulan yang terlibat dalam persembahan ini yang mana kepelbagaian iklan akan dapat dilihat.

Akhlak Muslim | Nama Aktiviti: Gosip… shh… shh…

Objektif:
Mengajar peserta betapa pentingnya memeriksa terlebih dahulu sesuatu khabar angin yang didengar.

... Material:
Keratan Akhbar ruangan Gosip dan terjemahan Al-Qur’an

Perlaksanaan:
Para peserta ditunjukkan ruangan gosip berkaitan artis dalam ruangan hiburan dalam akhbar. Setiap mereka perlu menceritakan apa yang mereka dengar tentang individu yang diperkatakan dalam gosip tersebut.

Tanya mereka, ” Adakah gosip ini boleh dipercayai?” kemudian ”Jika percaya bagaimana anda mengesahkannya?”

Tahukah anda ayat al-Qur’an telah memberi garis panduan bagaimana kita hendak menerima sesuatu berita?

Surah Al-Hujurat : 6, Surah Al-Hujurat : 12

Kesimpulan:
Jangan mempercayai sesuatu perkara secara membabi buta. Jangan terus menyampaikan sesuatu khabar angin kepada orang lain. Setiap kata-kata kita akan dipertanggungjawabkan.

Ta'aruf | Nama Aktiviti: Kotak Puaka

Bahan: Kotak dan gulungan-gulungan kertas yang mempunyai soalan-soalan tentang diri.

Perlaksanaan:
... Fasilitator menyediakan kotak yang berisi pelbagai soalan seperti makanan yang disukai, ciri-ciri kawan idaman, kelakuan dibenci, perbuatan luar biasa yang biasa dilakukan, dan soalan-soalan lucu atau aneh yang difikirkan sesuai.

Para peserta dikehendaki menjawab soalan seikhlas mungkin.

Soalan diri yang lucu akan menggamatkan suasana!

Ukhuwwah | Nama Permainan: Berpindah Pulau

Bahan: Kapur

Perlaksanaan:
... Aktiviti ini dimainkan di atas simen. Fasilitator akan membuat empat segiempat bermula dari yang paling besar sehinggalah ke yang paling kecil.

Jarak di antara segiempat mestilah boleh dilangkah oleh kumpulan tersebut.

Peserta perlu berusaha untuk memastikan mereka dapat muat didalam segiempat tanpa seorang pun ahli kumpulan mereka yang terkeluar.

Lebih sempit segiempat permainan akan menjadi lebih menarik

~SELAMAT BERUSRAH~ UNTUK SEMUA RASA ALLAH HEBAT! :)

9 comments: