Search This Blog

Sunday, June 27, 2010

ulama masuk umno


no komen. Sekadar ingin membawakan 1 kisah di zaman Rasulullah S.A.W ketika mana baginda menjalankan tugas dakwah kepada masyarakat arab jahiliyah, para pembesar quraisy sudah tidak dapat berbuat apa-apa gara-gara ajaran Islam yang tulus suci telah masuk dalam hati sanubari penduduk Mekah. Para pembesar quraisy merasakan terancam dengan ajakan dakwah oleh nabi Muhammad yang sentiasa menghalang kehendak mereka berfoya-foya, minum arak, judi, rasuah, riba , zina dan berbagai lagi perbuatan bodoh lagi tidak bertamadun ini. Justeru, mereka lebih-lebih lagi abu Jahal telah berpakat untuk memberi ganjaran kepada Muhammad dengan syarat-syarat tertentu. Ganjaran yang dimaksudkan adalah : tawaran menjadi raja, mendapat pangkat dan kedudukan tinggi, wanita-wanita yang cantik, dan kehidupan yang mewah dan senang. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sangat mudah. Nabi Muhammad boleh mengerjakan ibadat namun, tidak boleh mencampuri urusan-urusan pembesar seperti minum arak, judi dan perbuatan bodoh yang lain. Nabi Muhammad juga dilarang untuk mendakwahkan ajaran Islam kepada masyarakat Arab. Syarat ini sekiranya ditawarkan kepada kita yang sememangnya mempunyai keimanan yang jauh lebih rendah, mungkin akan menerimanya. Namun, seorang hamba allah yang tahu bahawa tugasnya sebagai ibadullah dan khalifah yakni kewajipan berdakwah tidak akan terkesan dengan tawaran penuh fantasi ini. Para pembesar quraisy telah meminta abu Mutalib, bapa saudara nabi untuk menyampaikan hasrat mereka namun, ditolak mentah-mentah oleh Muhammad yang amat cerdik. Lihatlah, betapa kuatnya keimanan Muhammad dan teguhnya pendirian baginda terhadap para pemimpin kaum kafir Quraisy sehingga sedikit pun tidak terdetik untuk menerima ganjaran tersebut. Tidak juga terdetik untuk baginda masuk bersama pemimpin Quraisy dan membersih dari dalam seperti mana yang berlaku sekarang. Ramai ulama yang telah melakukan ujikaji yang tidak cerdik ini dengan berada sebaris dalam kepimpinan kerajaan namun, amat mengecewakan. Tiada sedikit pun gerak kerja pembersihan dari dalam yang diwar-warkan sebelum ini bahkan golongan-golongan yang dikatakan ulama ini sedikit demi sedikit tewas dalam godaan kemewahan dengan mengubah sedikit imej, seterusnya penampilan yang agak terbuka, seterusnya fatwa yang tidak rasional bagi masyarakat islam yang umum dan tiada basic agama. Mana perginya ilmu-ilmu yang dipelajari suatu ketika dulu? bukan sekadar tidak mampu untuk menjadi cleaner barisan kepimpinan negara, malah menjadi racun yang bahaya lagi membawa kematian Islam itu sendiri. Penulis tidaklah mahu memberitahu siapa gerangan ulama yang dimaksudkan. ianya sekadar pencerahan minda agar terbuka sedikit pemikiran kita agar lebih berhati-hati dalam segala tindak-tanduk kita. Ingatlah, sesungguhnya Islam bukanlah agama ritual, sepertimana agama yang lain, bahkan Islam itu adalah cara hidup kita. Tidak boleh sama sekali untuk kita meng-iyakan sahaja perbuatan mungkar atas alasan dakwah beransur-ansur. Innad din inda Allah al-Islam. Takbir!..

No comments:

Post a Comment