Search This Blog

Sunday, June 27, 2010



Negeri Selangor telah mencatat rekod lagi setelah berjaya mengadakan sambutan hari ilmu dalam program Hari Ilmu, Gerakan Membaca Perdana yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dua hari lepas. Yang menarik disini, suasana ilmu telah berjaya diwujudkan dengan semua acara yang berlangsung seperti berkayak dan sebagainya dijalankan sambil membaca buku. Tahniah dan Syabas penulis rakamkan kepada YB Dr Halimah Ali sebagai exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang telah menganjurkan program membaca terbesar sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia daripada Malaysia Book of Record dengan penyertaan paling ramai mencapai 15 ribu peserta. Harapan penulis sebagai anak jati Selangor ini agar semua lapisan umur rakyat di negeri selangor dapat menjadikan membaca sebagai budaya kita tak kira dimana jua berada. Ini kerana ilmu merupakan aset penting bagi harga diri seseorang. dalam Al-Quran juga berkali-kali Allah menekankan kepentingan ilmu seperti mana dalam Surah al-Taubah aayat 122 "dan tidak sepatutnya orang-orang mu'min semuanya pergi ke medan perang untuk berjihad, hendaklah ada sebahagian kamu pergi untuk mendalami ilmu pengetahuan agama mereka untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga diri". Pada ayat yang lain "dan tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu" menunjukkan darjat kemuliaan yang Allah kurniakan kepada orang yang berilmu. sudah lumrah apabila seseorang mempunyai kelebihan berbanding yang lain, orang tersebut akan disanjung. Disanjung disini bukanlah bermaksud diagung-agungkan sehingga menyimpang daripada batasan makhluk yang hina ini, namun sanjungan sebagai tanda penghormatan dan cinta akan perbuatan orang yang disanjung itu dan berniat untuk menjadi sepertinya. bayangkanlah sekiranya para alim ulama' dijadikan sanjungan dan sumber rujukan , maka masyarakat serta negara kita menjadi "baldatun toyyibatun wa robbun ghofur". sama-samalah kita mengambil intipati daripada program yang mulia ini. semoga program hari ilmu ini menjadi batu loncatan kepada warga Selangor juga seluruh rakyat malaysia untuk keredhaan Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment