Search This Blog

Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN


Tanggal 17 Ramadhan membuka lembaran sejarah bagi nabi kita Muhammad S.A.W yang secara rasminya dinobatkan sebagai nabi. Ketika nabi berkhalwat di Gua Hira' , baginda didatangi malaikat Jibril lantas 5 ayat daripada surah al-Alaq diturunkan. Oleh kerana takut yang amat sangat,nabi pulang kerumah dalam keadaan menggigil lantas meminta isteri tersayang Saidatina Khadijah menyelimuti beliau. Turunlah pula surah al-Mudathir sebagai simbolik kepada kerasulan baginda.

"Nuzul Quran" penurunan al-Quran bermakna al-Quran itu tempat asalnya adalah dari tempat yang tinggi. Firman Allah "(sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir) bahkan al-Quran yang tertinggi kemuliaannya (terpelihara dengan sebaiknya) di luh mahfuz" (alburuj,21-22) lantas diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada nabi Muhammad S.A.W khususnya di bulan Ramadhan kareem seperti mana termaktub dalam kitab "“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Fungsi Quran sebagai buku panduan tatatertib kelakuan yang perlu manusia patuh dan lakukan di atas muka bumi ini(kerana bumi milik Allah). Tak boleh buat sesuka hati je. Sama juga ciptaan manusia seperti telefon, ada buku panduan yang wajib dibaca dan dipraktikkan, jika tidak telefon mudah rosak. Analogi yang sama pada ciptaan manusia yang bersandarkan kitab panduan (Quran).

Hikmah Penurunan Wahyu secara beransur-ansur:

1)menunjukkan bahawa al-Quran memang wahyu dari Allah, suci daripada rekaan, membuang tohmahan daripada orientalis yang mengatakan Muhammad yang mencipta syair al-Quran.

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2)memudahkan manusia mengingat dan memahami ayat-ayat yang diturunkan satu persatu.

3)turun dengan kesesuaian peristiwa (sabab Nuzul) yang berlaku.

4)sebagai penguat jiwa Rasulullah dengan ada sahaja ayat-ayat tasyjik, basyir(ayat ganjaran/khabar gembira) dan ayat tanzir (peringatan/amaran.balaasan) untuk berhadapan dengan kafir Quraisy.

No comments:

Post a Comment