Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

LA TAI'ASU

ASSALAMUALAIKUM,(GAYE PROF IZI)..

ok, lame x menaip.. di kesempatan ini boley la aku coretkn sdikit luahn hati ini..(amek mood sedey cz result exam ad yg da kuar)..

sedey rasenye ati ini bla dpt result yg mungkin down.. msti korg sume prnah rase kn??
bile pikir balek nape aku xdapat? aku da tolong banyak bende.. aku buat tu, buat ni.. korban untuk agama Allah.. (ade x dlm ati kite cmtu? mungkin ad rase mcm tu siket)

sbenarnye tu lumrah. manusia ni klu da wt sesuatu msti dia nk gnjaran. tapi ganjarannya xdapat2 gak. ha.. disitulahg Allah nk uji kite sbagai hambenye.. sma ade kite sabar x dgn ujian tu, kite brusaha lg x? ataupun da dpt siket kesusahan,kite akn saling menuding jari salah itu,salah ini, dan ade yg putus asa dr rahmat Allah.

na'uzubillah min zalik..

aku pun berlindunng juga drp timbul sifat sdemikian. bisikan syaitan tu ade je dimana2.. sbb tu surah an-nas ":min syarril was wasil khonnas" dr kejahatan was-was (bisikan yg mgelirukn drp syaitan khonnas)..

aku pon belek2 buku La Tahzan karangan Dr.Aidh b. Abdullah Qarni.. sub tajuk ade - jangan berputus asa.. so aku bace n dapat jwpn sbgaai motivasi diri spya xputus asa dlm mncari redho Allah.. antsra ayt quran:

"sesungguhnya tidak brputus asa dr rahmat dn bntuan Allah melainkan kaum yg kafir" (yusuf,87)

tringat juga kisah nabi Yunus A.S yg telah mnjalankan tgungjwb dakwah namun,xde yg nk ikut. maka telah brputus asa, namun Allah maha mgasihi, dn Allah mmberi pringatan direct. firmanNya:

"(org2 yg mndustakn agama Allah itu tlah dberi tempoh yg lnjut sblum ditimpa azab)hingga apbila rasul2 brputus asa dgn kaum2 nya yg ingkar dn mnyangka bhwa mreka telah disiftkan sbg org yg brdusta, maka dtglah bntuan kami trhadap mreka, lalu trselamatlah sesiapa yg kami kehendaki" (Yusuf, 110)

justeru, marilah sama2 kita semua brusaha slagi yg terdaya dan jgnlah menyerah kalah sebelum prgi ke medan pertempuran. janganlah brputus asa drp memohon prtolongan drp Allah.. klu kita sengsara menunggu prtolongan Allah, ingatlah, nabi Muhammad bserta dgn golongan 2 Assabiqun (org2 yg awal masuk islam) lagi banyak penderitaan, lagi lama penantian untuk memenangkan islam. dan akhirnya Allah telah berikan pertolonganNya. insya Allah. :)

Monday, January 23, 2012

Tamrin Nuqaba' SAMER





Firman Allah dlm surah Al-Hujrat ayat 13: wahai manusia, sesungguhnya kami telah jadikan kamu lelaki dan perempuan drp plbagai bangsa dan kaum agar kamu saling mengenal. sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah mereka yang paling bertaqwa. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti..

semoga ukhwah kita trjalin hingga akhir hayat.. :)

MODUL/AKTIVITI USRAH

Motivasi | Anda Diuji? (Kemas Kini)

Objektif:
Memberi kefahaman bagi setiap ujian atau halangan jika dilihat secara positif akan menjadikan diri kita lebih baik.

... Material:
Kerusi, Meja, tali dan terjemahan Al-Qur’an

Perlaksanaan:
1. Susun atur kerusi, meja dan tali supaya menjadi tempat untuk latihan merentas halangan.
Sesuai untuk peserta merangkak, melompat, berlari dan pergerakan yang dikira sesuai.
2. Lepaskan peserta dan catat masa yang diperlukan untuk mereka merentasi halangan
tersebut.
3. Selepas semua peserta sampai ke garisan penamat. Catat masa yang diambil.
4. Rehat 5 minit. Minta peserta berkumpul semula dan ulang merentasi halangan tadi. Dan
catat masa yang diambil untuk sampai ke garisan penamat.
5. Ulangi ujian ini sebanyak 1 kali lagi.

Perbincangan:
a. Apakah perubahan masa yang diambil dapat dilihat?
b. Adakah masa itu semakin baik atau sebaliknya?
c. Kaitkan aktiviti yang mereka lalui dengan ujian hidup.

Nota Fasilitator:
Apabila kali pertama kita mendapat sesuatu ujian mungkin kita akan berasa
sukar dan tidak mampu.
Tetapi jika kita diuji lagi dengan perkara yang lebih kurang sama atau lebih
buruk. Sekurang-kurangnya kita akan dapat menghadapinya kerana kita
telah mempunyai pengalaman untuk mengatasinya.
Jika masalah itu timbul berulang-ulang kali kita tidak akan mudah cemas
malah tenang dalam menghadapinya berbekal pengamalan ujian yang kita
lalui sebelum-sebelum ini.

Kesimpulan:
Surah Al-baqarah,2:135See More

Akhlak | Nama Aktiviti: Namakan Nilai Ini

Objektif:
Menyenaraikan nilai baik dan bagaimana menunjukkannya.

... Bahan:
Kad yang telah dicatatkan nilai-nilai seperti; pemurah, penyayang, bersopan, berani
dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai.
Perlaksanaan:
1. Terangkan kepada peserta yang mereka akan diagihkan kad-kad yang mana
mereka tidak boleh menunjukkan kad tersebut kepada sesiapapun.
2. Setiap orang perlu berlakon tentang nilai yang di tunjukkan dalam kad
mereka.
3. Setiap seorang diberi peluang selama 30 saat untuk melakonkan nilai yang
mereka bawa.
4. Ahli kumpulan lain perlu meneka nilai tersebut.
5. Selepas semua ahli kumpulan telah selelsai menjalankan aktiviti tersebut.

Perbincangan:
1. Bagaimana kita dapat mengesan sesuatu nilai yang baik?
2. Adakah susah kita hendak menonjolkan nilai-nilai yang baik? Apakah
kesan menunjukkan nilai-nilai yang baik?
3. Apakah yang dianjurkan Islam tentang nilai-nilai yang baik?

Kesimpulan:
Nilai yang baik yang kita tunjukkan akan memberi kesan kepada orang lain.

Kreativiti | Nama Aktiviti: TV dan Radio Islam

Objektif:
Merealisasikan pemikiran kreatif remaja belia tentang Islam yang sesuai dengan diri mereka.

... Material:
Handphone yang boleh membuat rakaman video atau kemera video.

Perlaksanaan:
1. Minta peserta pendapat tentang rancangan TV atau Radio Islam yang ada pada masa sekarang. Adakah mereka berpuas hati dengan rancangan yang ada sekarang?
2. Para peserta akan diberikan tugasan individu atau berkumpulan yang mana mereka perlu membuat rakaman video atau audio yang paling kreatif untuk tajuk yang berkaitan Islam. Tempoh rancangan ialah selama 5 minit.
3. Peserta akan dipecahkan kepada beberapa slot yang berlainan:

a. Dokumentari
b. Gameshow
c. Rancangan Temubual
d. Lawak
e. Rancangan memasak
f. Iklan

4. Peserta perlu memikirkan bagaimana elemen islam boleh dimasukkan dalam rancangan berkenaan.
5. Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan rakaman.
6. Semasa hari penyiaran, kesemua rakaman akan dicantumkan menjadi satu rancangan TV Islam.

Variasi:
Fasilitator juga boleh membuat rancangan Radio Islam dengan menggunakan perakam suara.

Kesimpulan:
Seiring dengan zaman maka Islam perlu ditampilkan dengan cara yang kreatif asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Kreativiti | Nama Aktiviti: Iklan Warung Mak Limah

Bahan: Kamera Video atau Handphone Berkamera

Perlaksanaan:
...
Fasilitator memberikan arahan, ”Warung Mak Limah memerlukan bantuan anda untuk membuat iklan di YouTube bagi menambahkan lagi jualan goreng pisangnya ke 10,000 keping sehari. Kumpulan anda dilantik sebagai Kumpulan Kreatif Pengiklanan yang akan membuat iklan untuk Mak Limah selama 1 minit.”

Fasilitator, ” Anda perlu membuat iklan yang menarik ini sekreatif mungkin. Penggunaan rakaman dibenarkan menggunakan kamera video atau handphone berkamera.”

Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan iklan ini.

Lebih menarik jika sebanyak mungkin kumpulan yang terlibat dalam persembahan ini yang mana kepelbagaian iklan akan dapat dilihat.

Akhlak Muslim | Nama Aktiviti: Gosip… shh… shh…

Objektif:
Mengajar peserta betapa pentingnya memeriksa terlebih dahulu sesuatu khabar angin yang didengar.

... Material:
Keratan Akhbar ruangan Gosip dan terjemahan Al-Qur’an

Perlaksanaan:
Para peserta ditunjukkan ruangan gosip berkaitan artis dalam ruangan hiburan dalam akhbar. Setiap mereka perlu menceritakan apa yang mereka dengar tentang individu yang diperkatakan dalam gosip tersebut.

Tanya mereka, ” Adakah gosip ini boleh dipercayai?” kemudian ”Jika percaya bagaimana anda mengesahkannya?”

Tahukah anda ayat al-Qur’an telah memberi garis panduan bagaimana kita hendak menerima sesuatu berita?

Surah Al-Hujurat : 6, Surah Al-Hujurat : 12

Kesimpulan:
Jangan mempercayai sesuatu perkara secara membabi buta. Jangan terus menyampaikan sesuatu khabar angin kepada orang lain. Setiap kata-kata kita akan dipertanggungjawabkan.

Ta'aruf | Nama Aktiviti: Kotak Puaka

Bahan: Kotak dan gulungan-gulungan kertas yang mempunyai soalan-soalan tentang diri.

Perlaksanaan:
... Fasilitator menyediakan kotak yang berisi pelbagai soalan seperti makanan yang disukai, ciri-ciri kawan idaman, kelakuan dibenci, perbuatan luar biasa yang biasa dilakukan, dan soalan-soalan lucu atau aneh yang difikirkan sesuai.

Para peserta dikehendaki menjawab soalan seikhlas mungkin.

Soalan diri yang lucu akan menggamatkan suasana!

Ukhuwwah | Nama Permainan: Berpindah Pulau

Bahan: Kapur

Perlaksanaan:
... Aktiviti ini dimainkan di atas simen. Fasilitator akan membuat empat segiempat bermula dari yang paling besar sehinggalah ke yang paling kecil.

Jarak di antara segiempat mestilah boleh dilangkah oleh kumpulan tersebut.

Peserta perlu berusaha untuk memastikan mereka dapat muat didalam segiempat tanpa seorang pun ahli kumpulan mereka yang terkeluar.

Lebih sempit segiempat permainan akan menjadi lebih menarik

~SELAMAT BERUSRAH~ UNTUK SEMUA RASA ALLAH HEBAT! :)

Wednesday, January 18, 2012

ALASAN DAN JAWAPAN PADA ALASAN

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

... 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Tuesday, November 29, 2011

ADAB TIDUR

Aku :HUAAARGH!.. HMMM... (-,-).. letih nk tido..

Iman :oit!! xkan nk tido gitu je.. rugi...

Setan : mende rugi lak? bukan niage pon.. dah.. tido je.. sian ko ngantuk, kene ckup tido.. esok nk kuliah!..

Aku :tido je la..

Iman : nanti!, buatla adab tido dulu.. baru dapat pahale.. tido pon dikira ibadah..

Setan : ape yg ko repek ni rrr? dia da solat isyak dah la.. mane ade tido tu ibadah.. tido tu xbuat pape pon,xkan la ibadah kot.

Iman : memang la xibadah kalau ko terus tidor tanpe bacaan pape contoh doa.. kalu ko bace doa,ko da kira bribadah.. ko wudhu b4 tidor dah kire ibadah..

Aku : ooo.. ye ke.. jap aku amek wudhu'..

Setan :cis 100x (++")

Iman : ok..da amek wudhu', pastu bntang tmpat tidor, kibaskn tmpat tido tu.. takot2 ade bendasing yg brbahaya.. lgpon tu adlah sunnah nabi..

Setan :lecehnyer.. ko tido je la.. banyak cekadak la..

Aku : isy.. satgi kalu ade kace ke..semut api ke xnaye aku.. baek aku kibeh2kn tilam ni.. pastu bagi alas cadar. ad gak pekdahnye n dpt phale gak..

Setan : aduu budak ni awat dengar kate Iman tu!!..

Iman : ok, lepas tu lagi molek klau ko bace surah al-Mulk.. sbb nabi xpernah tgal pon bace al-Mulk b4 tido.. kalau kite beramal ni msti nabi brbangge dgn kite padahal xpernah on jumpe nabi kan..

Aku : ala.. malasnyer nk bace.. kne bukak quran lg.. ayatnyer pnjang plak tu..

Setan : ntah.. xyahla.. ko kn nk bgun thajud.. satgi xtrbangon plak sbb melewatkan tdo..

Iman : kalu dah niat tahajud tu Insya Allah akan dibangunkan juga sbb niat kita ikhlas. lgpon ade 30 ayat je surah nie.. xkan la ko mesej kt awek pnjang bjela b4 tdo boley je tp mesej ngan Allah xley plak..

Aku : ye la2.. aku bace..

Setan : AAARRRGGGHHH! PANAS!!..run 4 yr life...

Aku : sodaqallahul azim.. ok.. da abes.. aku nk tido..

Iman : kejap.. ko bace la doa tido dulu.. Bismikallahumma ahya wa amut.. pendek je doa nie.. sblum tu ko kne amalkan 3qul= surah Qul huallahu ahad, Qul a'uzubirobbil falaq dengan qul a'uzubirobbinnas.. bace ayat qursi gak.. pastu hembus kt sluruh badan..

Setan : oit..maen hembus2 ni.. da salah aqidah ape..

Aku : betul gak.. macam bomoh pulak nk jmapi2 nie n then hembus2 pulak..

Iman : tu sbgai syarat je.. nabi da ajar cara2 nk mengelakkan gangguan tidor, terkena sihir dll.. lgpon ayat2 tu adalah ayat basic yg budak 5 taun pon da apal.. xkan ko ayat pendek pon xley nk bace kot..

Aku : yela2...

Setan : AAAARRRRGGGGHHH.. terkena lagi aku!!! panasnyeeeer..

Aku : ok..slamat malam..

Iman : sabar.. care ko tu maen telengkup je.. xelok dari segi kesihatan.. tadi pon ko da bntai canai kt warong mamak td.. pastu tros tido.. memang xelok.. tu yg nabi ajar agar mlm xmkn mkanan berat.. klu ad mkan pon kene brjalan dulu banyak langkah yg mungkin. bg perut hadam dulu.. pastu kalu nk tido tu badan kene mengiring ke lambung kanan(bahu kiri di atas, bahu kanan di bawah) untuk memudahkan pghadaman.. baru la xgemok, hidop sehat, pncernaan baik.. ni idak.. mude2 lg da kne obesiti la, kencing manis la, darah tgi la.. senang lg nk pegi batu 2..

Aku : o yeke.. isy takot lak.. ok2..aku mengiring nie..

Iman : ha.. cmni la.. ok.. gud nite.. jgn lupe niat dlm hati nk brtahajud.. n then, maafkan kesalahan org laen. takot2 ajal ko smpai da sok.. ok.. Assalamualaikum..

Aku :oraite.. wkmsalam.. (^;^)v zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Setan : aku gagal lagi hari nie.. aaaarrrggghhh!!! \(#O#)/

Monday, October 31, 2011

senyum corner

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini ker...ana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan…. Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan..

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Tuesday, October 18, 2011

ISTINBAT HUKUM ANTARA SYAFIE DAN HANAFI

Manhaj [method] istinbat hanafi dan syafie tidak sama. Antara method yang tidak sama itu adalah tentang dalam membandingkan perkara yang ada nas [mansus] dengan perkara yang tiada nas [maskut].

Ia dinamakan juga sebagai qias. Tetapi, dalam beberapa keadaan, ia tidak dinamakan sebagai qias, iaitu apabila perkara yang tiada nas [maskut] itu melebihi berbanding perkara yang ada nas [mansus]. Ia dikenali dengan berbagai gelaran fiqh. Ada menamakannya sebagai fahw al-Khitab, mafhum muwafaqat, qias awla, dalalah al-dalalah, dalalah al-nas dan seumpamanya.

Dalam mazhab syafie, bentuk ini dikenali sebagai qias awla. Ekoran itu, dalam mazhab beliau, tidak boleh digunakan kaedah ini dalam perkara al-sawabit [perkara yang tidak boleh diijtihadkan kerana ia tidak menerima pertukaran]. Antara perkara sawabit ini adalah perkara ibadat, hukum jinayah syariah, faraid dan seumpamanya. Ini kerana, kaedah umum menyatakan bahawa “tiada qias dalam perkara ibadat”. [Walaupun kaedah ini menyebut tentang perkara ibadat, tetapi perkara selain ibadat yang mempunyai sifat sawabit juga termasuk dalam maksud kaedah ini]

Keadaan ini berbeda dengan mazhab hanafi. Dalam aliran mazhab mereka, bentuk ini dikenali sebagai dalalah al-dilalah. Atau nama yang biasa digunakan adalah dalalah al-nas.

Kaedah ini seiras-iras dengan qias awla dalam mazhab syafie, tetapi dari beberapa sudut, ia ada perbedaan. Dalam qias awla, illat [punca hukum] memerlukan kepada pengkajian yang mendalam, sedangkan dalam dalalah al-nas, memadai diketahui dengan pengertian bahasa.

Bagi contoh perkara ini adalah seperti nas mengatakan larangan berkata “oh” sahaja kepada ibu bapa. Sedangkan memukul ibu bapa tidak termaktub dalam al-Quran. Dalam mazhab syafie, pengharaman memukul ibu bapa dengan dengan merujuk kepada memukul dan mengatakan ‘oh’ itu mengandungi maksud ‘aza’, iaitu mengakiti. Ia terhasil dari kajian yang mendalam. Sedangkan dalam mazhab hanafi, larangan memukul dengan membandingkan dengan nas yang melarang mengatakan ‘oh’ itu difahami sekadar penggunaan bahasa sahaja.

Dari sudut penerimaan dalam penggunaan antara qias awla dan dalalah al-nas pula, ia agak berbeda sedikit. Ini kerana, dengan istilah qias awla, ia tidak boleh dibandingkan dalam perkara sawabit, sedangkan ia boleh berlaku dalam dalalah al-nas.

[2]

Dalam isu rogol, ada sebilangan ulama menyatakan ia dibawah hukum hudud. Dan sebilangan yang lain menyatakan ia dibawah hukum ta’zir. Perkara ini dikhilafi oleh ulama, kerana jenayah rogol ini tidak termaktub dalam nas [maskut], sedangkan yang termaktub dalam nas adalah zina [mansus].

Golongan yang mengatakan rogol dibawah hudud, sebenarnya mereka menggunakan teori mazhab hanafi yang menggunakan kaedah dalalah an-nas. Ini kerana, rogol dibandingkan dengan hudud dengan sama-sama mengandungi maksud melakukan persetubuhan haram. Ia difahami melalui uruf bahasa sahaja.

Sedangkan dalam mazhab syafie, ia tidak semudah untuk mengadaptasikan hukum rogol dengan merujuk kepada hukum zina dengan semata-mata mengatakan ia adalah persetubuhan haram. Ini kerana, antara zina dan rogol, ia mengandungi banyak perbedaan. Antaranya adalah, zina dilakukan dalam keadaan suka sama suka, sedangkan rogol dalam keadaan paksaan; zina tidak melibatkan kepada mangsa, sedangkan rogol wujud mangsa yang tidak bersalah dan sebagainya.

Disamping itu juga, hudud itu dikatakan wujud melalui nas yang muhkam, sedangkan rogol tidak termaktub dalam nas. Dan lagi, hudud adalah perkara sawabit; yang ia tidak boleh terhasil dari kaedah qias dan seumpama dengannya.

Ekoran itu, dalam manhaj mazhab syafie, ia tidak boleh diletakkan dibawah hudud, tetapi diletak dibawah takzir.

[3]

Di Malaysia, berlaku polemic dalam menentukan status hukum rogol, apakah ia dibawah hudud atau dibawah ta’zir. Perkara ini, perlu diselesaikan di meja rundingan ilmuan.

Disamping itu juga, mengadaptasikan hukum itu hendaklah berasaskan kepada kemaslahatan rakyat setempat, sepertimana umum menggunakan syarat geran kepada tanah yang diteroka dengan merujuk kepada mazhab hanafi, sedangkan dalam mazhab syafie [umum rakyat Malaysia bermazhab syafie] tidak mensyaratkan geran bagi tanah yang diteroka. Mengambil cara mazhab hanafi dalam menentukan hak milik tanah dengan geran mempunyai kemaslahatan masyarakat Malaysia berbanding mengambil cara mazhab syafie.

Jika dalam kes tanah diteroka pun, dijadikan mazhab hanafi sebagai cara yang diguna pakai kerana ia lebih memberi maslahah kepada rakyat setempat, maka begitujuga dalam isu penentuan hukum rogol di Malaysia.

Secara peribadi, aku lebih bersetuju mengatakan hukum rogol ini tidak diletakkan dibawah hukum hudud, tetapi diletakkan dibawah hukum ta’zir, kerana ia banyak memberi kemaslahatan kepada rakyat Malaysia. Jika diletakkan dibawah hudud, ia memberi polemic yang kedua, iaitu dalam menentukan pembuktian dengan merujuk kepada empat orang saksi, yang sudah pasti mangsa rogol sukar mendapat hak pembelaan.

Namun begitu, ia bukan bermakna mangsa rogol boleh menuduh orang sesuka hati sehingga boleh tersebar kezaliman. Penentuan takzir itu pun, hendaklah dibawah kerangka maqasid ammah, iaitu mencapai keadilan dan menolak dari berlaku kezaliman di atas muka bumi Allah SWT.
Sumber : Ustaz Wan ji