Search This Blog

Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN


Tanggal 17 Ramadhan membuka lembaran sejarah bagi nabi kita Muhammad S.A.W yang secara rasminya dinobatkan sebagai nabi. Ketika nabi berkhalwat di Gua Hira' , baginda didatangi malaikat Jibril lantas 5 ayat daripada surah al-Alaq diturunkan. Oleh kerana takut yang amat sangat,nabi pulang kerumah dalam keadaan menggigil lantas meminta isteri tersayang Saidatina Khadijah menyelimuti beliau. Turunlah pula surah al-Mudathir sebagai simbolik kepada kerasulan baginda.

"Nuzul Quran" penurunan al-Quran bermakna al-Quran itu tempat asalnya adalah dari tempat yang tinggi. Firman Allah "(sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir) bahkan al-Quran yang tertinggi kemuliaannya (terpelihara dengan sebaiknya) di luh mahfuz" (alburuj,21-22) lantas diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada nabi Muhammad S.A.W khususnya di bulan Ramadhan kareem seperti mana termaktub dalam kitab "“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Fungsi Quran sebagai buku panduan tatatertib kelakuan yang perlu manusia patuh dan lakukan di atas muka bumi ini(kerana bumi milik Allah). Tak boleh buat sesuka hati je. Sama juga ciptaan manusia seperti telefon, ada buku panduan yang wajib dibaca dan dipraktikkan, jika tidak telefon mudah rosak. Analogi yang sama pada ciptaan manusia yang bersandarkan kitab panduan (Quran).

Hikmah Penurunan Wahyu secara beransur-ansur:

1)menunjukkan bahawa al-Quran memang wahyu dari Allah, suci daripada rekaan, membuang tohmahan daripada orientalis yang mengatakan Muhammad yang mencipta syair al-Quran.

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2)memudahkan manusia mengingat dan memahami ayat-ayat yang diturunkan satu persatu.

3)turun dengan kesesuaian peristiwa (sabab Nuzul) yang berlaku.

4)sebagai penguat jiwa Rasulullah dengan ada sahaja ayat-ayat tasyjik, basyir(ayat ganjaran/khabar gembira) dan ayat tanzir (peringatan/amaran.balaasan) untuk berhadapan dengan kafir Quraisy.

Friday, August 12, 2011

JARI JEMARI

Assalamualaikum,

Cuba anda lihat pada kedua belah tapak tangan. Adakah anda melihat sesuatu yang hebat? Cuba anda genggam kedua belah tangan kemudian membukanya, adakah anda melihat sesuatu yang hebat?Cuba anda menggerakkan setiap jari jemari kemudian membuat apa sahaja isyarat yang hanya menggunakan jari, namun orang lain boleh memahaminya. Adakah anda melihat sesuatu yang hebat?

"sebenarnya kami berkuasa menyusun kembali jari jemari dengan sempurna" (al-Qiyamah,4)



lihat susunan jari yang begitu rapi, setiap daripadanya ada tugasan masing-masing. ibu jari sebagai tanda bagus, jari telunjuk sebagai tanda menunjuk arah, jari hantu untuk mencapai benda yang jauh, jari manis sebagai perhiasan(cincin), jari kelingking untuk ruang yang sempit dan sebagainya. Manusia juga dapat dibezakan hanya melalui cap jari, mudah bagi pihak polis mengesan penjenayah. Anda cuba lihat pada telapak tangan sebelah kanan dan sebelah kiri? lihat pada perbezaan alur garisan dan didapati tangan sebelah kanan tertulis dalam nombor arab 18 manakala sebelah kiri bernombor 81. sekiranya dicampur menjadi 99 seolah-olah lengkap nama Allah 99 yang ternyata dalam al-Quran. sekiranya anda lihat dari jauh jari anda, didapati seolah-olah bentuk perkataan alif,lam,lam,ha (Allah). Adakah anda dapat merasakan kehebatanNya?




sekiranya anda dapat melihat kehebatanNYA, insya Allah akan diberikan kemudahan dalam urusan seharian. Namun, apabila kamu langsung tak menyedari kehebatanNy, kamu perlu jawab soalan dibawah.

Bayangkan sekiranya anda mengalami kecacatan/kecederaan pada jari,:

1)ketika bangun pagi, kebiasaan manusia akan mengesat matanya bagi menghilangkan tahi mata dan memudahkan mata untuk celik serta menghilangkan ngantuk. Dengan apakah anda mengesat mata? sekiranya menggunakan tuala kecil, apakah yang anda guna untuk mencapai tuala kecil tu?

2)lepas bangun pagi biasanya akan terus ke bilik air untuk bersihkan diri, menggosok gigi dan sebagainya. Dengan apakah anda gunakan untuk memutar kepala paip, dengan apakah anda gunakan untuk menadah air, dengan apakah anda guna untuk memegang berus gigi dan memberus gigi, dengan apakah anda guna untuk bersabun, bersyampu,meratakan air ke seluruh badan?

3)dengan apakah anda guna untuk mengelap badan selepas mandi?dengan apakah anda guna untuk memetik punat pengering rambut, dengan apakah anda guna untuk bersikat, bermekap, memakai pakaian,membetulkan tali leher, mencapai beg, memakai stokin dan kasut?menekan remote kereta, menghidupkan enjin moto/kereta,menggerakkan gear, mengawal stereng/handle, menekan punat signal kanan/kiri, membrek?

4)pergaulan dengan rakan (tempat kerja/sekolah), dengan apakah anda berjabat salam? dengan apakah anda gunakan untuk memberitahu bilangan? dengan apakah anda guna untuk memberi warning kepada rakan agar diam?dengan apakah anda guna untuk membuat pembentangan kertas kerja,menyelak fail, memegang pensil dan menulis nota, menutup mulut sekiranya bersin, menggaru kepala sekiranya pening atau membuat isyarat anda tak faham, menaip kerja,? waktu rehat, dengan apakah anda guna untuk mengambil wang dalam poket/dompet? dengan apakah anda memberi wang kepada cashier? dengan apakah anda guna untuk memasukkan makanan/minuman kedalam mulut? untuk mengetahui tahap kepanasan teh tarik menggunakan apa? untuk mengesat sisa roti canai yang terlekat dimulut/misai menggunakan apa?

5)bersantai bersama keluarga- biasanya pada waktu petang atau hujung minggu anda akan bersiar-siar,beriadah bersama keluarga. dengan apakah anda guna untuk memastikan anak kecil anda sentiasa disisi? dengan apakah anda guna untuk mendukung bayi/menolak kerusi roda,memberi botol susu,? dengan apakah anda guna untuk bermain badminton,tenis,bping pong, atau aktiviti lain seperti memancing,bermain game, bermain piano dan sebagainya? Di rumah, dengan apakah anda mengajar anak anda sekiranya mereka kurang beradab? dengan apakah anda guna untuk sekiranya menguap sebagai tanda sudah ngantuk? dengan apakah anda guna untuk menceraikan ubat nyamuk/pasang kelambu/tekan suiz anti nyamuk dan suiz lampu?

Mesti anda terfikir,sekiranya aku insan normal nescaya aku dapat gunakan JARI DAN TANGAN dengan sebaiknya. Justeru, anda lihat lagi sekali kedua belah tangan anda serta jari jemari anda. Adakah anda merasa kehebatanNYA?

Allah S.W.T telah banyak memberikan contoh penggunaan jari ke arah kebaikan serta juga ke arah kejahatan.




KEBAIKAN:
1)Bangun tidur smbil mengesat mata, tangan dirafakkan tanda berdoa atas kurniaan umur yang masih ada.
2)membersihkan diri dengan diniatkan kerana Allah kerana Allah sangat suka kepada orang yang menjaga kebersihan disamping mengelakkan pembaziran kerana ianya merupakan sahabat karib kepada syaitan.
3)mengenakan pakaian yang kemas dan MENUTUP AURAT, bukan semata-mata sedap mata manusia memandang, namun langsung tidak dapat pandangan baik dari Allah. Berpada dalam penampilan, bukan menampakkan kemegahan diri.
4)Ibadah wajib xmiss walau satu, memperbanyakkan amalan sunat, jari sekiranya di jalankan untuk perkara ibadah seperti berzikir dan mengiranya mengguanakan ruas jari, jari telunjuk diangkat ketika tasyahud sambil membaca persaksian Ilah.jari yang digunakan untuk mencapai alquran,dan menyemak menunjuk ayat demi ayat, jari yang dikenakan rotan oleh mursyid apabila salah membaca Quran, jari yang digunakan untuk memberi sedeqah, berjabat tangan sambil mengucapkan lafaz zakat, jari yang digunakan untuk memberi lambaian haji, mencium hajarul aswad.
5)aktiviti seharian- jarijemari yang menaip warkah dakwah untuk penyebaran fikrah Islam,jari yang digunakan untuk memimpin si buta melintas jalan, mengalihkan sesuatu yang berada di tengah jalan menggunakan jemari juga merupakan sunnah, jari yang digunakan untuk menunjukkan isyarat jalan, berkomunikasi dengan sahabat tanpa mencederakan mereka, jari yang diletakkan di atas dada tanda menahan kemarahan, jari yang diguna untuk menutup mata atas perkara maksiat, menutup telinga atas perbualan lagho/fitnah, jari yang diguna untuk klik pada laman web tsaqafah dan semua aktiviti jari yang dipandu ke arah kebaikan.

MENJADI SAKSI ITU PASTI: (YASIIN,65)"pada hari dimana kami tutup mulut mereka dan berkatalah tangan mereka kepada kami akan persaksian apa yang telah dikerjakan"




KEBURUKAN:
1)bangun tidur,tanpa kata pujian pada Ilahi,membuat amalan rutin harian tanpa sebarang pujian sedikitpun kepada Ilahi.
2)menggunakan jari dan tangan untuk menampar anak/isteri tanpa tujuan ta'dib, jari yang mencapai pakaian yang tidak menutup aurat, jari yang digunakan untuk bermekap yang berlebihan (tajarrud) lebih-lebih lagi wanita yang mana merupakan panahan syaitan, jari jari yang digunakan untuk menunjuk isyarat lucah, menaip/menulis warkah fitnah/ keburukan orang lain, jari yang digunakan untuk sebarang pengambilan rasuah, pembaziran,pengambilan dadah dan benda terlarang, jari yang menari-nari ke atas tubuh yang bukan muhrim (berzina), jari yang digunakan untuk memuji dan melebihkan material, bukan pujian kepada tuhan.
3) jemari yang digunakan untuk menutup pintu dakwah, menolak islam, mencerca ajaran islam seperti kaum munafik "seperti hujan lebat/petir yang menimpa mereka, mereka memasukkan jari kedalam teling seperti mendengan petir" (al-Baqarah,19) perumpamaan yang Allah beri menunjukkan sikap orang munafiq kuraisy yang langsung tak nak dengar wahyu yang disampaikan dengan memberi isyarat jari dimasukkan kedalam telinga.

"sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah akan menjadi bahan bakaran yang dilemparkan kedalam neraka jahannam" (Al-Anbiya',98)




ADAKAH JARI KITA MENJALAR KE ARAH KEBAIKAN? ATAUPUN MENYELUSUP KE ARAH KEBURUKAN?

Saturday, August 6, 2011

DOA KAMILIN..


MAKSUD BAGI DOA TERSEBUT IALAH : "Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajipan terhadap-Mu, yang memelihara solat, yang mengeluarkan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunan-Mu, yang berpegang pada pe...tunjuk, yang berpaling dari kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akhirat , yang redha dengan ketentuan, yang ber¬syukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas segala musibah, yang berada di bawah panji-panji junjungan kami, Nabi Muhammad, pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi Muhammad) yang masuk ke dalam syurga, yang duduk di atas dipan kemuliaan, yang menikah de¬ngan para bidadari, yang mengenakan berbagai sutera ,yang makan makanan syurga, yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat dari para nabi, org yg benar, syuhada dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang terbaik. Itulah keutamaan (anugerah) dari Allah, dan cukuplah bahwa Allah Maha Mengetahui".

"Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkati ini tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya,
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya atas penghulu kita Muhammad, keluarga beliau dan sahabat beliau semuanya, berkat rahmat-Mu, oh Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

teringat ketika dibangku sekolah rendah seringkali berbangga kerana menyangka semua orang mendoakan diri ini dengan menyebut namaku "KAMILIN" walhal ia adalah bersifat umum.. kira SS jugak la aku ni..hehe.. tapi semakin usia meningkat makin mengerti akan maksud doa "kamilin" namun mampukah aku untuk menjadi seperti mana yang dihajatkan didalam doa tersebut??

wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
ampunkan dosaku terimalah taubatku..
sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

dosa-dosaku bagaikan pepsir dipantai..
dengan rahmatmu ampunkan daku oh tuhanku..
wahai tuhan selamatkan kami ini.
dari segala kejahatan dan kecelakaan..
kami takut,kami harap kepadamu..
suburkanlah cinta kami kepadamu..

kami hamba yang mengharap belas dari-MU

-IKTIRAF, DOA TAUBAT OLEH RAIHAN

Saturday, July 30, 2011

PERINTAH TAHAJJUD

Assalamualaikum,

Insya Allah dalam sehari saje lagi kita akan menyambut ramadhan kareem. Jadi perbanyakkan amalan. Yang WAJIB JANGAN TINGGAL, yang SUNAT DIBANYAKKAN.. barulah keluar daripada bulan ramadhan ni seperti bayi yang baru dilahirkan, suci tanpa setitis dosa.

Apa yang saya nak tekankan disini ialah berkenaan dengan tahajjud. Allah mewajibkan ke atas nabi Muhammad S.A.W untuk bertahajjud pada setiap malam. surah al-Muzzammil (orang yang berselimut) ditujukan kepada nabi Muhammad S.A.W selepas sahaja perlantikan baginda sebagai utusan Allah. antara maksud ayat 1-6:
1)wahai orang yang berselimut (Baginda Muhammad S.A.W)
2)bangunlah bertahajjud pada waktu malam selain dari sedikit masa (untuk berehat)
3)iaitu separuh daripada malam atau kurang daripadanya
4)atau lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah Quran dengan tartil
5)sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat
6)sesungguhnya sembahyang malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih betul bacaannya

jelas di sini bahawa Allah mewajibkan baginda untuk bertahajjud. Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan selepas bangun dari tidur pada malam hari. ia dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan disunatkan tidur sunat (Qailullah) pada tengahari untuk mendapat tenaga ketika bertahajjud. Namun, untuk ummat Baginda tidak diwajibkan seperti mana sepotong hadis: jika tak memberi keberatan kepada ummatku, akan ku suruh mengerjakan solat tahajjud serta bersugi gigi sebelum solat fardhu. Namun begitu, apa rahsia dalam tahajjud sehingga ianya sangat dituntut dalam islam lebih-lebih lagi kepada orang yang memperjuangkan Islam?

lihat saja nabi kita Muhammad S.A.W yang mana baginda sebagai pejuang Islam pertama dalam memperkenalkan Islam kepada ummat. Dakwah adalah kerja tetap Bagindauntuk menyampaikan wahyu yang sangat beratuntuk diterima hinggakan ada yang menutup telinga dengan jari, juga ada yang mencaci dan mencederakan nabi semata-mata ajaran Baginda yang pada mereka adalah asing.Sebab itu Allah telah memerintahkan baginda untuk bertahajjud sebagai makanan rohaninya untuk menghadapi karenah ummatnya pada siang hari kerana kerja dakwah (menyampaikan wahyu) sangat berat dan hanya boleh diringankan dengan makana rohani pada malam hari.

keadaan malam yang hening, dingin dan sangat sunyi amat sesuai bagi jiwa untuk bersujud mengakui kelemahan jiwa serta mengagungkan kekuasaan Allah serta mengharapkan pertolongan kerana Allah sahaja tempat pergantungan , yang memegang hati-hati manusia disamping menanti saat dimana doa akan segera dimakbulkan pada waktu malam.




banyak lagi ayat Quran yang menyebut tahajjud seperti al-Isra' ayat 79  : hendaklah engkau menggunakan sebahagian waktu malam untuk bertahajjud sebagai sembahyang sunnat untuk dirimu, mudah-mudahan Allah akan  membangkitkan engkau dalam keadaan baik"

marilah kita sama2 berazam untuk bangun malam agar kehidupan siang hari dapat kita tempuhi dengan kekuatan rohani dan Iman kita. Amiin.. :)

Wednesday, July 27, 2011

penantian Ramadhan..

ramadhan bulan Ummmat Muhammad S.A.W melipatgandakan amalan untuk menyaingi ummat yang terdahulu.. disebabkan Ummat akhir zaman ini tidaklah panjang umur, hanya limited dlm 70 tahun, jika dibandingkan dengan umur ummat terdahulu menjangkau ratusan tahun, mustahil bagi kita menandingi mereka. namun, special untuk kita, Allah telah memberi bulan ramadhan sebagai batu loncatan untuk kita setaraf bahkan lebih baik lagi daripada ummat terdahulu..

perbanyakkan sedeqah dengan ikhlas walaupun sebiji kurma.. insya Allah ganjaran dilipatgandakan.. berbukalah dahulu dengan kurma kerana ia mengembalikan tenaga yang hilang.. ia juga sunnah nabi..

 Perbanyakkan amalan Qiamullail, menghidupkan malam seperti solat sunat tarawikh, solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, dan sebagainya serta diakhiri dengan solat sunat witir. semoga kita mendapat malam lailatul Qadr yang mana amalan dilipatgandakan sebulan amalan.


perbanyakkan bacaan al-Quran serta merenung maksud secara zahir dan yang tersebunyi agar dapat merasai mukjizat dan kebesaran ayat al-Quran, Kalam Allah.

hindarkan daripada mengulangi maksiat , pastikan diri sentiasa di jalan siratal Mustaqim..

SELAMAT MENEMPUH MADRASAH RAMADHAN.. MOGA KITA SEMUA MENDAPAT MALAM LAILATUL QADR JUGA MARDHATILLAH.. :)

sya'ban

Peristiwa Bulan Sya`ban :
1) terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qamar ayat 1,
2)Turunnya Ayat Perintah untuk berselawat sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56
3) Perintah ALLAH تعالى untuk menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, hal ini diterangkan dalam al-Quran di surah al-Baqarah ayat 144

Wednesday, June 8, 2011

Konsep Adil: Islam dan Akal

Assalamualaikum,
mm..lame tak update.. sory bebanyak. Busy memanjang.. seringkali terfikir dlm benak otak ni.. sering juga terdengar suara keramat..semuanya memperkatakan tentang perjuangan menuntut keadilan. Pihak sini kate lain,sane kate lain..hmm..kene faham balek kata dasar adil dari "adala. Kalau menurut Islam, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan sesuai. Aku pelik sangat. Kalau ape yang kita faham la dari subjek2 sekular ni, adil ialah samarata. 10/5=2, namun dalam Islam,adil = 10/5=x. Uniknya Islam kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya itu adalah salah satu prinsip dalam keistimewaan Islam.