Search This Blog

Monday, April 4, 2011

KAEDAH NGAJOR MANE YG BERKENAN?


Tak dinafikan bahawa tiada kaedah sempurna yang boleh memastikan ianya adalah yang paling berkesan namun, di zaman globalisasi ini, cabaran makin meningkat untuk memartabatkan generasi muda agar menjadi insan yang berguna. Anak muda kini bukan lagi seperti dahulu yang  seringkali perasaan ingin cuba itu tidak terdorong kearah kebaikan. Mereka lebih berpengalaman dalam apa jua informasi kerana segalanya ada dihujung jari mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada berita yang mengatakan tingkahlaku yang tidak elok didengar terhadap murid  sekolah rendah.Apa yang difahami bahawa guru sekarang hendaklah  mencuba untuk pengajaran yang lain dari yang lain. Think out of the box hendaklah seiring dan menjadi realiti pemikiran guru yang dinamik. Sekiranya pelajar sudah mengetahui selok belok komputer, guru hendaklah lebih dari itu agar tidak mengurangi sedikit pun kepercayaan pelajar terhadap guru.

Antara kaedah yang sesuai digunakan ialah  kaedah perbincangan yang  bermaksud guru serta pelajar mengambil bahagian untuk sama-sama berbincang mengenai sesuatu dan ianya boleh disertakan sekali dengan teknik penyelesaian masalah. Kaedah perbincangan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Kaedah perbincangan secara formal melibatkan sesi perbahasan, program formal seperti pembentangan kertas kerja, seminar, forum diskusi, perdebatan ilmiah dan sebagainya. Manakala kaedah perbincangan yang bukan formal pula boleh berlaku dalam bilik darjah sahaja dimana guru sendiri akan menguruskan perbincangan dua hala tersebut. Guru boleh menggunakan kreativiti untuk menarik minat pelajar disamping memastikan keadaan kelas dalam keadaan terkawal.
Pembelajaran yang membabitkan dua hala antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan guru sangat memberi kesan yang positif kearah pemfokusan isi pelajaran. Komunikasi dua hala ini akan mengimbangkan ilmu yang ingin disampaikan guru agar pembawaan mereka menjadi  lebih tersusun dan mudah difahami disamping pelajar pula bersedia untuk menerima ilmu tersebut. Namun, ianya akan lebih lagi berkesan sekiranya pelajar  bukan sahaja setakat menerima bahkan pelajar selesa untuk memberi respon dengan bertanya, dan berkongsi pendapat dan mungkin ada pendapat atau pengetahuan sedia ada pelajar yang boleh sama-sama dipelajari oleh rakan-rakan yang lain serta guru tersebut.
Teknik perbincangan ini memerlukan kerjasama dan keterlibatan daripada semua pelajar dalam kelas tersebut. Guru boleh memastikan semua pelajar terlibat dalam perbincangan mengikut kretiviti guru tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti membentuk kumpulan dengan pelbagai cara, melantik ketua setiap kumpulan dan sebagainya yang sedikit sebanyak dapat menarik semua pelajar supaya terlibat sama dalam aktiviti kumpulan sekaligus membanteras perbuatan ponteng kelas.
Apabila aktiviti dalam kumpulan berlaku, akan ada perbincangan yang membabitkan kerjasama setiap ahli kumpulan. Dari situ para pelajar akan dididik untuk mengeratkan tali persaudaraan bagi sesama muslim serta semangat perpaduan antara variasi kaum.
Guru juga akan lebih mudah untuk mengawal keadaan kelas dengan ada pembantu setiap ketua kumpulan yang mengawal setiap perbincangan dalam kumpulan. Peluang untuk mereka bermain-main adalah sangat nipis kerana guru telah menyibukkan pelajar dengan tugasan perbincangan. Jadi, berkuranglah masalah disiplin dalam kelas.
Guru juga boleh mengambil peluang untuk menilai kemampuan serta bakat kepimpinan para pelajar, tahap kecerdikan serta kecergasan pelajar disamping mudah mengetahui tahap kefahaman isi pelajaran yang telah disampaikan. Kadang-kadang pelajar akan lebih menonjolkan kefahaman sesama mereka dan ada juga dalam kalangan mereka yang membuat persaingan secara sihat dalam mengeluarkan pendapat.
Masa yang sangat sedikit diperuntukkan untuk mencapai sesuatu objektif yang digarapkan berkemungkinan menyukarkan dan mengganggu proses pembelajaran. Justeru, aktiviti perbincangan dapat mengisi kelompangan ilmu dengan bantuan pelajar sendiri. Hal ini kerana guru tidak sempat untuk memberi fokus kepada semua anak muridnya yang ramai, oleh itu kaedah perbincangan akan dapat menampung kekurangan tersebut.
Disamping itu juga, pelajar akan lebih mempercayai antara satu sama lain disamping mempercayai dan menyanjung tinggi guru tersebut kerana proses pengajaran yang lain daripada guru-guru yang lain. Mereka akan sentiasa mengingat pada isi perbincangan dan akan sering memperkatakan tentang guru tersebut kerana menggunakan kaedah yang merangkumi semua pelajar.
 Kesimpulannya, cabaran guru pada zaman globalisasi ini semakin tinggi sejajar dengan tahap kognitif pelajar yang meningkat akibat daripada gerbang informasi yang meluas. Justeru, guru hendaklah lebih bersifat dinamik dan inovatif serta bersungguh-sungguh dalam membentuk pelajar yang akan memberi khidmat kepada agama, Negara dan masyarakat kerana proses pembentukan sakhsiah manusia adalah bersifat sepanjang hayat.

MANE YANG PENTING???

FIQH AULAWIYAT
Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Justeru apabila dikatakan “Fiqh Solat”, bererti subjek yang memberi kefahaman kepada hukum, hikmah dan objektif solat dalam suasana biasa dan tidak biasa. Ada pun kebiasaan silibus tempatan yang menekankan hafalan hukum-hukum berkaitan solat, ia tidak dapat disebut sebagai “Fiqh Solat” tetapi lebih kepada “Hafazan Solat”.

      Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut.

      Dalam perbicaraan Fiqh al-Awlawiyat, para pembaca juga perlu beramah mesra dengan dua istilah yang lazim digunakan, iaitu maslahat dan mafsadat. Secara mudah, maslahat ialah kebaikan atau faedah manakala mafsadat ialah keburukan atau kerosakan. Setiap sesuatu yang dilarang oleh syari‘at sebagai haram atau makruh pasti memiliki sesuatu mafsadat yang ingin dijauhkan. Manakala setiap sesuatu yang disuruh oleh syari‘at sebagai harus, sunat atau wajib pasti memiliki sesuatu maslahat yang ingin dicapai
Secara kesimpulannya, Fiqh Al-Awlawiyat ialah meletakkan sesuatu pada ukuan yang sepatutnya semasa melakukan sesuatu tindakan. Tidak didahulukan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan dan tidak dikemudiankan sesuatu yang sepatutnya didahulukan. Tidak diperkecilkan perkara yang besar dan tidak diperbesarkan perkara yang kecil. Fiqh Al-Awlawiyat ini mempunyai hubungan erat dengan fiqh Al-Muwazanat.

Contohnya amalan fardu kifayah tidak boleh didahulukan dari amalan fardu Ain. Amalan fardu Ain didahulukan dari amalan fardu kifayah. Amalan fardu kifayah yang tidak dilakukan oleh seseorang, hendaklah didahulukan dari fardu kifayah yang sudahpun dilakukan oleh beberapa individu. Perkara wajib yang telah ditetapkan waktunya didahulukan dari perkara wajib yang diluaskan waktu pelaksanannya. Amalan fardu Ain yang melibatkan kepentingan jamaah, mendahului amalan fardu Ain yang melibatkan kepentingan individu.

Antara perkara yang tidak wujud pada pendakwah dan muballigh di zaman ini ialah kefahaman terhadap fiqh Al-Awlawiyat. Kebanyakan mereka menumpukan kepada persoalan cabang dari persoalan dasar, persoalan juz’iyyah dari persoalan kulliyah dan persoalan yang diperselisihkan oleh ulama dari perkara yang telah disepakati oleh ulama. Kadang-kadang perkara yang ditanya ialah persoalan berkaitan dengan hukum darah nyamuk, sedangkan isu lebih besar seperti hukum darah Sayyiduna Husain yang dibunuh di Karbala dibiarkan begitu sahaja. Kadang-kadang sesuatu amalan sunat menimbulkan pertikaman lidah yang sengit dan menyebabkan amalan fardu tergendala. Kadang-kadang perkara luar, dibahaskan, tetapi isi diketepikan.

Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Larangan Yang Saling Bertembung.

      Katakanlah kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa, larangan pertama hukumnya makruh manakala larangan kedua hukumnya haram. Maka tindakan yang benar ialah menjauhi kedua-duanya. Seterusnya, katakanlah kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya, maka tindakan yang lebih utama ialah menjauhkan larangan yang hukumnya haram. Tentu saja ini mudah untuk kita pertimbang dan utamakan.
      Namun bagaimana jika kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa dimana kedua-dua hukumnya adalah haram dan kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya? Di sinilah terdapatnya kepentingan Fiqh al-Awlawiyat. Kes seumpama ini pernah disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya

217. Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang Dalam bulan Yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
 [al-Baqarah 2:217]
Dalam ayat di atas, umat Islam berhadapan dengan dua larangan yang saling bertembung dalam satu masa:

* Larangan # 1: Berperang dalam bulan-bulan yang dihormati, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Peperangan memiliki mafsadat di sebaliknya seperti kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, maka larangan berperang pada bulan-bulan yang dihormati adalah bagi mengurangi mafsadat tersebut.

* Larangan # 2: Membiarkan musuh-musuh menghalangi umat Islam dari jalan Allah, khasnya menghalang umat Islam dari memasuki Kota Mekah untuk beribadah di Masjid al-Haram sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati. Jika dibiarkan, tindakan musuh ini akan memberi mafsadat kepada Islam dan umatnya.
      Antara dua larangan di atas, mafsadat yang kedua lebih berat dari yang pertama. Ini dapat diketahui dengan membandingkan antara mafsadat pertama yang Allah sifatkan sebagai “…berdosa besar” dengan mafsadat kedua yang Allah sifatkan sebagai “…lebih besar dosanya di sisi Allah.” Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menerangkan bahawa fitnah dari membiarkan tindakan musuh menghalangi umat Islam adalah lebih besar kesannya berbanding bunuh-membunuh yang berlaku dalam peperangan, sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati.

      Berdasarkan ayat di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih larangan dalam satu masa dan dia tidak mampu menjauhi semua larangan tersebut, maka:

* Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.
* Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.

* Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.
      Sebagai contoh katakan seorang wanita telah terlanjur berzina sehingga menyebabkan dia hamil. Lelaki yang menzinainya tidak mahu bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dan terus menghilang diri. Wanita tersebut berfikir sama ada untuk terus mengandung, melahir dan membesarkan anak itu atau menggugurkannya. Di sini terdapat dua larangan yang saling bertembung:

* Larangan # 1: Menggugurkan janin (fetus dalam kandungan).

* Larangan # 2: Membiarkan diri dan anak difitnah oleh masyarakat dalam suasana dia mengandung tanpa suami dan anak pula membesar tanpa ayah.

      Larangan yang manakah yang patut diutamakan, maksudnya dijauhkan? Individu yang berbeza mungkin memiliki pilihan keutamaan yang berbeza. Bagi wanita yang hidup dalam lingkungan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang saling memberi sokongan moral, dia akan mengutamakan Larangan # 1, iaitu tidak menggugurkan anak. Adapun fitnah dari masyarakat terhadap diri dan anaknya, ia adalah mafsadat yang bersifat kemungkinan sementara menggugurkan anak adalah mafsadat yang bersifat pasti. Maka berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, adalah lebih utama menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.

      Berbeza bagi wanita yang hidup dalam lingkungan orang-orang yang tidak lekang dari mencela dan menghina atas keterlanjurannya itu. Maka mengutamakan Larangan # 2 mungkin menjadi pilihannya, iaitu menggugurkan anak. Dia merasakan tidak sanggup menghadapi fitnah yang berterusan, apatah lagi diyakininya bahawa fitnah itu akan bertambah hebat ketika dalam peringkat membesarkan anak. Maka wanita ini cenderung kepada kaedah Fiqh al-Awlawiyat yang menyatakan adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.

      Di sini ingin dijelaskan, sama ada bagi contoh di atas atau selainnya, bahawa dalam mempertimbangkan apakah tindakan yang lebih utama, individu yang berbeza akan memiliki pilihan yang berbeza. Banyak faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut, seperti tahap ilmu, kadar jatidiri, lokasi dan keadaan masyarakat sekeliling. Faktor-faktor ini akan sentiasa berbeza antara individu yang berbeza, maka dengan itu pilihannya tentang apakah yang lebih utama akan berbeza juga.
Fiqh al-Awlawiyat Antara Dua Suruhan Yang Saling Bertembung.

      Apabila berhadapan dengan dua atau lebih suruhan agama, maka yang terbaik ialah melaksanakan kesemua suruhan tersebut. Apabila tidak mampu melaksanakan keseluruhan suruhan agama yang berbeza-beza hukumnya antara harus, sunat dan wajib, maka yang utama ialah melaksanakan yang wajib, kemudian yang sunat dan kemudian yang harus.

      Akan tetapi bagaimanakah sikap kita apabila berhadapan dengan dua suruhan yang sama darjat hukumnya dan kita hanya mampu melaksanakan salah satu darinya? Sekali lagi, kemahiran dalam subjek Fiqh al-Awlawiyat akan dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. Perhatikan hadis berikut:

      Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata: “Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:

لاَ تَفْعَلْ فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ سَبْعِينَ عَامًا. أَلاَ تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ الْجَنَّةَ ؟ اغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ قَاتَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
        Jangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]

      Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:

* Suruhan # 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang yang bersolat.

* Suruhan # 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.

      Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”.

      Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:
  •   Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan.
      Sebagai contoh bagi Fiqh al-Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung ini, ingin saya kongsi persoalan yang agak lazim saya terima daripada para pelajar pusat pengajian tinggi. Mereka lazim bertanya, manakah yang patut diutamakan, pelajaran atau aktiviti agama bersama jamaah masing-masing di kampus? Atau adakah pelajaran dan aktiviti agama diletakkan pada tahap yang sama? Ini kerana dalam persoalan ini kelihatannya ada dua suruhan agama yang saling bertembung:

* Suruhan # 1: Belajar.
* Suruhan # 2: Membela agama.

 Antara dua suruhan ini, yang utama ialah pelajaran. Sebabnya:

1. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat jangka masa yang panjang. Empat tahun (purata) di pusat pengajian tinggi akan memberi maslahat kepada dirinya sehinggalah dia meninggal dunia. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar maslahat dalam tempoh empat tahun dia berada di kampus itu. Jarang-jarang ditemui pelajar yang aktif di kampus akan aktif setelah tamat dari kampus dengan aktiviti agama.

2. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat kepada orang yang besar jumlahnya. Kelulusannya cemerlang dalam pelajaran akan membolehkan dia bekerja dan menjadikan kerjayanya sebagai sarana melakukan kerja-kerja dakwah dan islah kepada orang ramai sehinggalah ke akhir hayat. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia sekadar mencapai maslahat untuk warga kampus.

3. Pelajaran, yakni ilmu, akan memberi maslahat yang bersifat pasti. Ini kerana apa saja yang dilakukan oleh seseorang, kemaslahatan yang hakiki hanya akan tercapai jika ia berdasarkan ilmu yang sahih. Ada pun aktiviti agama di kampus, ia lebih kepada semangat dan pengisian jiwa yang kosong akibat jauh dari keluarga tersayang. Maka jika ada maslahat, ia adalah maslahat yang bersifat kemungkinan.

      Justeru berdasarkan pertimbangan Fiqh al-Awlawiyat, pelajaran adalah lebih utama dari aktiviti agama. Namun saya tidaklah bermaksud seseorang itu meninggalkan aktiviti agama secara keseluruhan. Hanya hendaklah ia disusun mengikut tertib keutamaan. Sekadar cadangan, hendaklah tenaga dan masa dibahagikan pada kadar 40% untuk pelajaran dalam jurusan masing-masing, 40% untuk meningkatkan ilmu agama dan 20% untuk aktiviti agama.

      Ilmu agama tidak sama dengan aktiviti agama. Ilmu agama ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan penjelasannya oleh para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Aktiviti agama hendaklah bertepatan dengan ilmu agama kerana ilmu memimpin amal dan bukan sebaliknya. Betapa ramai orang yang melakukan aktiviti agama tetapi ia berseberangan dengan tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

      Renungilah! Anda masih mempunyai masa yang banyak untuk menambah kadar aktiviti agama selepas anda lulus pengajian dan selepas anda memiliki ilmu agama yang secukupnya. Maslahat jangka masa panjang hendaklah diutamakan dari maslahat jangka masa pendek
Fiqh al-Awlawiyat Antara Suruhan dan Larangan Yang Saling Bertembung.

      Bagaimana pula sikap kita apabila berhadapan dengan satu keadaan yang bertembung antara suruhan dan larangan agama? Hadis berikut memberi jawapannya:

فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.
        Apabila aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila aku menyuruh kalian dengan sesuatu urusan maka laksanakanlah sedaya upaya kamu. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 7288]

Hadis di atas menggabungkan antara larangan dan suruhan, iaitu:
* Larangan: Jauhilah ia, sekali pun yang kecil atau sedikit darinya.
* Suruhan: Laksanakanlah ia sedaya mungkin, sekali pun yang kecil atau hanya sedikit darinya.

      Berdasarkan hadis ini dirumuskan kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa apabila bertembung antara larangan dan suruhan dalam satu masa dan seseorang itu hanya mampu melakukan salah satu daripadanya, maka adalah lebih utama untuk menjauhkan larangan berbanding melaksanakan suruhan.

      Di sini timbul persoalan kedua yang lebih penting. Sama-sama diketahui bahawa di sebalik setiap larangan ada mafsadat yang ingin dijauhi oleh agama manakala di sebalik setiap suruhan ada manfaat yang ingin dicapai oleh agama. Lalu bolehkah kita berusaha mencapai satu matlamat yang disuruh oleh agama dengan cara yang dilarang oleh agama?

      Lazimnya kita akan menjawab “tidak” kerana “matlamat tidak menghalalkan cara”. Ini ialah jawapan yang selamat namun tidak semestinya tepat. Sebabnya, berdasarkan kaedah Fiqh al-Awlawiyat, boleh atau tidak dipertimbangkan antara maslahat di sebalik matlamat yang disuruh dengan mafsadat di sebalik cara yang dilarang. Ia seperti berikut:
  •   Jika mafsadat di sebalik cara adalah lebih besar berbanding maslahat di sebalik matlamat, maka adalah lebih utama untuk meninggalkan matlamat tersebut.
  •  Jika maslahat di sebalik matlamat adalah lebih besar berbanding mafsadat di sebalik cara, maka adalah lebih utama untuk melaksanakan matlamat tersebut.
      Dalilnya ialah peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku di antara umat Islam dan kaum kafir Mekah. Ringkasnya apabila perjanjian hendak ditulis, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada jurutulisnya, Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh agar surat perjanjian dimulai dengan: “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Wakil kaum kafir Mekah, Suhail bin Amr membantah dengan berkata: “Ada pun al-Rahman, maka demi Allah! Aku tidak tahu apakah itu. Akan tetapi tulislah: “Bismikallahumma”. Kaum muslimin yang hadir ketika itu membantah: “Demi Allah! Kami tidak akan menulisnya melainkan dimulai dengan Bismillahir Rahmanir Rahim”. Namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “(Tak mengapa), tulislah Bismikallahumma”.

      Kemudian Rasulullah berkata kepada jurutulisnya: “Ini adalah apa yang diputuskan oleh Muhammad, Rasul Allah”. Sekali lagi ia dibantah oleh Suhail: “Sekiranya kami mengetahui bahawa engkau adalah Rasul Allah, nescaya kami tidak akan menghalangi kamu mengunjungi Baitullah dan kami tidak akan memerangi kamu. Akan tetapi tulislah – Muhammad bin Abdullah.”

      Rasulullah menjawab: “Demi Allah! Sungguh aku adalah Rasul Allah sekali pun kalian mendustakan aku. (Tak mengapa), tulislah – Muhammad bin Abdullah.” Seterusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta: “Maka janganlah menghalangi kami untuk mengunjungi Baitullah agar kami dapat melakukan tawaf di sana.” Dengan permintaan ini perjanjian dipersetujui dan mulai tahun seterusnya, umat Islam dapat masuk ke Mekah dan tawaf di Baitullah dalam Masjid al-Haram. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2731-2732 secara ringkas]

 Dalam peristiwa di atas terdapat pertembungan antara matlamat dan cara:

* Matlamat: Melaksanakan umrah di Masjid al-Haram. Ia termasuk suruhan agama.

* Cara: Menafikan dalam surat perjanjian nama Allah “al-Rahman dan al-Rahim” dan menafikan kedudukan Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Ini termasuk larangan agama.

      Dalam menghadapi pertembungan di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui bahawa melaksanakan umrah memiliki maslahat yang besar kepada umat Islam berbanding penafian nama Allah dan kedudukan baginda yang memiliki mafsadat yang kecil. Ini kerana penafian tersebut hanya berlaku di atas kertas perjanjian dan tidak secara hakiki. Maka atas dasar pertimbangan antara matlamat dan cara, juga antara maslahat dan mafsadat, baginda mempersetujui perjanjian tersebut.

      Di sini dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyat bahawa dibolehkan mencapai matlamat yang disuruh dengan cara yang dilarang dengan syarat:
  • Maslahat di sebalik matlamat adalah jauh lebih besar sementara mafsadat di sebalik cara adalah jauh lebih kecil.
  • Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan jangka masa panjang sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan jangka masa pendek.
  •  Maslahat di sebalik matlamat memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya sementara mafsadat di sebalik cara memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
  • Maslahat di sebalik matlamat bersifat pasti sementara mafsadat di sebalik cara bersifat kemungkinan.
      Walaubagaimanapun penting untuk digariskan di sini bahawa kaedah-kaedah di atas bukanlah untuk diamalkan sesuka hati oleh orang awam dan para penuntut ilmu. Ini kerana tidak ramai yang mampu menilai secara adil dan luas antara matlamat dan cara, antara maslahat dan mafsadat. Sesuatu perkara mungkin dianggap matlamat yang memiliki maslahat padahal ia sebenarnya adalah satu mafsadat. Sesuatu cara mungkin dianggap memiliki kadar mafsadat yang sementara padahal ia sebenarnya memberi kesan jangka masa yang amat panjang.

      Justeru kaedah-kaedah di atas hanyalah layak diamalkan oleh para mujtahid dan ahli fatwa. Ada pun bagi orang awam dan para penuntut ilmu, kaedah yang selamat ialah “Matlamat tidak menghalalkan cara”
Tidak Termasuk Fiqh al-Awlawiyat.
      Ukuran sama ada sesuatu perkara adalah utama atau tidak bukan bergantung kepada semangat atau kecenderungan peribadi, tetapi bergantung kepada dalil dan hujah. Kadangkala kita mendengar orang-orang yang kononnya memiliki “wawasan besar terhadap agama” melaungkan kata-kata “Persoalan wudhu’ dan zikir hal kecil, persoalan negara Islam dan Palestin hal besar! Jangan disibuk-sibukkan dengan hal kecil!”. Kenyataan ini salah paling kurang dari dua sudut:

1. Jika dikaji sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan didapati baginda memberi perhatian yang besar sekalipun terhadap perkara yang mungkin di sisi sebahagian orang dianggap kecil. Ambil saja contoh bab wudhu’, baginda pernah melihat sebahagian sahabat berwudhu’ tetapi mereka tidak membasuh tumit kaki mereka dengan sempurna. Melihat yang sedemikian Rasulullah menegur beberapa kali dengan suara yang tegas lagi tinggi:

وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ!
  Celakalah tumit-tumit (yang bakal terkena) api neraka! [Shahih al-Bukhari, hadis no: 60]

Nah! Persoalan tumit yang tidak terkena air mungkin dianggap kecil oleh orang yang memiliki “wawasan besar terhadap agama”. Akan tetapi di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia tetap merupakan isu besar yang perlu ditegur serta merta secara tegas.

2. Jika seorang muslim cuai dan jahil dalam persoalan “kecil”, lalu bagaimana mungkin dia dianggap mampu bersikap cemerlang dan bijak dalam persoalan “besar”? Tentu saja tidak. Maka tidak hairanlah kita lazim mendengar atau membaca pandangan-pandangan yang lebih mafsadat dari maslahat dari orang-orang yang konon memiliki “wawasan besar terhadap agama” dalam isu negara Islam, Palestin dan pemulauan barangan negara Barat.

PENUTUP.

      Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram. Akan tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama untuk dijauhkan.

      Semoga risalah ringkas ini berkenaan Fiqh al-Awlawiyat mampu membawa kita ke arah ciri-ciri muslim yang bijak. Apatah lagi dalam suasana umat Islam sekarang ini yang mundur dalam serba serbi persoalan, janganlah pula kita menjadi mundur dalam persoalan agama kita sendiri.

Tuesday, February 22, 2011

~KEHILANGAN~

sambungan crite PRK UM.

sememangnya memang susah bagi pihak pro mahasiswa untuk berkempen di kolej2 kediaman dengan karenak birokrasi yang sangat melampau. 12 jam selepas pengesahan baru boleh kempen.  Hari sabtu, kempen diteruskan. Penulis sebagai salah seorang wakil calon kepada calon umum pro mahasiswa iaitu Masturah bt Abu Bakar. Selepas bersolat Zohor di surau API, kami bertolak ke kawasan perumahan flat Pantai Permai dimana ramai dalam kalangan pelajar UM yang menghuni di situ. Kami seramai 10 orang wakil calon bagi Masturah bersama dengan calon-calon lain pergi berkempen di sana. Pada awalnya,kami pergi ke blok c 4 tingkat. Namu,tanpa diduga, lif yang kami naiki telah tersangkutantara tingkat 3 dan 4. Jenuh kami menekan loceng kecemasan. Selepas 15 minit terperangkap, akhirnya pengawal keselamatan situ berjaya membuka pintu lif. Kami terpaksa melompat ke lantai tingkat 3. Alhamdulillah semua selamat. Akhirnya kami membatalkan niat untuk berkempen di blok tersebut.

Selepas insiden tersebut,wakil calon mule berpecah, dimana Masturah dan wakil calon muslimat telah mendahului kami dengan menaiki lif blok d ke tingkat 13.  Smpai sahaja di tingkat 13,tiba2 seorang wakil calon muslimat pengsan. beliau terpaksa dipapah masuk ke rumah pelajar Um yang berdekatan. 2 orang terpaksa menjaga muslimat yang pengsan tersebut. Masturah bercadang untuk meneruskan kempen dan diikuti dengan 2 orang wakil calon yang lain. ketika perjalanan ke tingkat bawah, Masturah berhasrat untuk membeli topap lantas menyuruh wakil calon menunggu di basement. selepas 20 ke setengah jam ditunggu namun kelibat Masturah masih lagi tidak kelihatan. Pada awalnya penulis buat dek je. Tapi selepas tunggu berapa lama, tetap tidak kelihatan. Wakil calon yang lain sudah berkumpul di tempat parking kereta dan berbincang. Selepas menunaikan solat asar Masturah tidak juga kelihatan. Kami semakin risau dengan keselamatan Masturah lantas mencari disetiap blok dan aras namun tidak dapat dikesan. Kami meminta pertolongan penduduk tempatan dalam usaha mencari Masturah. Pengumuman dibuat, budak2 kecil yang sedang bermain dikerahkan untuk mencari Masturah di setiap bilik namun gagal mengesan kedudukan Masturah.

Selepas maghrib kami membuat laporan polis tentang kehilangan Masturaah. Briged putra dikerahkan untuk mencari disekitar kawasan flat tersebut. Solat hajat dibuat untuk memohon diselamatkan Masturah dari perkara yang tidak diingini. Ustaz Zul yang tahu serba sedikit perubatan islam cuba mengesan wakil calon  yang pengsan tadi(meracau mengatakan Masturah masih ada di situ). Jam 1, keluarga Masturah datang. Ust Zul dan Amirruddin cuba scan tempat Masturah disembunyikan(mendengar tangisan) di bilik stor,tandas lame namun gagal. hinggalah ke jam 430 pagi, mendengar 1 jeritan perempuan yang kuat di blok e. Kami bergegas kesana dan mengenal pasti bahawa suara itu datang dari tingkat ats(10-15). setelah masing2 berada di setiap aras,bunyi tersebut hilang. Kami gagal mengesan tempat di mna ada suara jeritan tersebut. so,terpaksa menunggu di tingkat bawah agar penculik tersebut ditangkap. Namun, sampai ke subuh tidak dapat juga menangkap penculik tersebut. 1 sudut yang lain pula, us.zul mengesan bahawa Masturah disembunyikan di semak samun sebelah flat tersebut nmun gagal. Satu panggilan dr public tang mengugut agar tidak dilaporkan pada pihak polis sekiranya inginkan Masturah selamat. namun rohayu tetap melaporkan juga. petang sabtu tu, menggunakan seorang ustaz , dengan perantaraan sorang muslimat. ustaz tersebut menggunakan teknik hipnosis,(kosongkan minda,satukan jiwa dengan jiwa masturah)namun gagal juga. Pada malam tersebut, family Masturah datang ke UM dan solat hajat sekali dengan 300 dan lebih pelajar um demi keselamatan. selepas itu terus menuju ke flat tersebut. Tiba2 ibu Masturah mendapat panggilan dari masturah (pinjam nset pnduduk kawasn) dan penduduk menyatakan tempat Masturah ditemui iaitu di masjid teras jinang bangi. Lalu family bergegas ke arah Bangi. setelah berjaya mendapat Masturah mereka pun membawa Masturah pulang kerumah di sungai buloh.Sehingga kini Masturah masih trauma dengan kejadian tersebut dan beliau tidak mengingati ape2. Ape yg diingat ialah ketika inging membeli topap dan terus beraada di Bangi dalam keadaan menangis dan bingung.

keesokan harinya adalah hari mengundi. pada hari tersebut, masturah datang walaupun masih lagi trauma,namun beliau tetap mampu mengukir senyuman. Malam tu juga masturah disoal siasat namun beliau tidak mampu berkata ape2. namun,kes ini tetap diklasifikasikan sebagai menculik denga cara halus. Laknat allah sampypada pembuat sihir  tersebut. Banyak lagi yg saya ingin kongsikan. semoga kisah ini menjadi iktibar agar sentiasa menemani calon xkira dlm setiap keadaan.

Monday, February 21, 2011

TAHNIAH & TAKZIAH!!

Assalamualaikum!

nk update sekitar pilihanraya kampus UM. Start pada hari khamis 17 hb feb adalah hari penamaan calon dimana semua calon2 yg ingin bertanding hendaklah mendaftarkan diri sebagai calon. Sebenarnye kene daftar sebelum dr tu lg..khamis tu adelah secara rasminye..calon yg dah berdaftar hendaklah pergi berkursus slame 1 hari (ats desakan Pro-m untuk kurgkn drp 3 hari kpd 1hari je).. hari khamis tu dimulakan dengan perarakan pelajar. Parti pro-m bermula dari padang varsiti(depan fakulti engine) hingge ke KPS.Penggerak Mahasiswa pula just sekitar dataran sains ke KPS,lalu brtembunglah antara 2 gergasi ideologi ini..Bebas pula dok tengah2 tu kot..just minoriti.mulelah ucapan kate2 yg memberi semangat kepada ahli masing2,xlupe juge ucapan provokasi untuk menghangatkan lagi suasana PRK pada sesi ini.

kekacauan yg brlaku dr pihak penggerak tidak dirisaukan kerana kami lebih risau kekecohan yg dilakukan hep sendiri terhadap student. bermula dengan pengumuman undian seminggu sebelum itu melalui proses e-voting ditambah pula dengan 3 e lain yang dilihat akan mematikan demokrasi kampus itu sendiri.dan benarlah jangkaan apabila 7 calon pro-m ditolak mentah2 dlm senarai calon yang diterima. Sahabat saya yang menjadi calon fakulti juga ditolak gara-gara terlewat hantar borang. namun, calon penggerak yang dikatakan pada hari penamaan tu baru hantar borang..tak dikenakan ape2 tindakan pon..nampak sangat double standard. Demo sbgai protes kepada korupsi oleh TNC dihalang..tak cukup suksis,pak guard,xckup pk guard maen polis n sb pula. hish!..kami dilayan seperti pengganas. Namun,itulah perjuangan sebenarnya.

Press Conferencs juga dibuat menandakan kita protes,moga suara yg dilaungkan (sbb xdilayan oleh tnc hep) sekurang2nye sampai dan mndapat perhatian masyarakat.akhhirnya ,3 calon dibenarkan bertanding,namun 4 lagi dibuang treus. Jentera mengarahkan protes. 4 arca mayat dijadikan sebagai simbol pembatalan calon dan kematian demokrasi kampus. Petang,ribut melanda menandakan kuasa Allah, pokok2 besar tumbang melintang jalan menandakan korupsi yg paling teruk oleh TNCyang baru. Ribat dan doa wehdah dilaungkan melihatkn kesatuan penyokong dan pendokong pro mahasiswa. lewat petang,manifesto akhirnya berjaya di hantar untuk mendapat cop. Malam pula calon dan wakil calon brtungkus lumus mendapatkan cop hep untuk pada banner dan poster kempen serta borang kebenaran kempen di kolej2 kediaman. Namun, sistem juga menyebabkan terbantutnye gerakkerja. Pengesahan hanya boleh dapat selepas 6 jam dihantar. untuk kolej pula, tambahan 6 jam lagi selepas dihantar ke kolej. means untuk kempen dikolej mengambil mase 12 jam,baru dapat kebenaran berkempen. Memang giler!..

Beberapa wakil calon(penulis sekali) mendesak agar pegawai sendiri turun dan cop serta merta,xperlu tgu smpai 6 jam. Kelihatan semua wakil calon pro mahasswa brtungkus lumus, namun tiada pula kelihatan dari wakil calon penggerak untuk membuat semua krja2 trsebut. Nampaksangat mereka di support hep. Banner diorang pon berprint,diambil dari bilek hep. memang sah hep yg taja. Kecewa dengan campurtangan trsebut!!. namun,perjuangan tetap diteruskan. Kempen bermula pagi jumaat di fakulti2(hari jumaat je ade kelas, sabtu ahad xde klas dah). malam pula gempur kolej yang sangat susah nak masuk. Melihatkan bahawa ketidak adilan dan campur tangan hep lagi.. after nego baru boleh masuk. tupon speeck kt dataran yg xde orang. Memang zalim!!..

continued...

Friday, January 28, 2011

LAKI KAWEN BANYAK???

Assalamualaikum!,..

Teringat satu ketika dalam majlis ilmu. Penceramah tiba-tiba bertanya sesuatu kepada sidang dewan tentang perkahwinan. Soalan beliau, "siapa diantara kamu(lelaki) yang ingin berkahwin lebih dari 1 (poligami)?, semua saling memandang seperti tak caye dengan ape yg ditanya. Apabila sekali lagi ditanya sambil meminta mengangkat tangan, maka ramailah yang ingin beristeri lebih,mayb madu 2,3,4.(5ke atas haram!!). Apabila ditanya kepada group wanita untuk membenarkan suaami kahwin lebih dari 1,maka ramailah yang tidak bersetuju. Kemudian di tanya lagi kepada sorang wakil lelaki jika isteri pertama tidak setuju, ape yang perlu dilakukan? jawapan lelaki tu,"xkanlah kamu nak lawan sunnah nabi??" peeeeeh!(dalam hati ni ckp,hamba Allah ni nk amal sunnah tang tu je, sunnah yg laen tak amal pon)..pihak perempuan diam seribu bahasa. Lalu penceramah pon meredakan keadaan lantas mula menerangkan 1 per 1 tentang poligami.


Poligami ni maksudnye sorang suami ade lebih dari seorang isteri. Persoalannya, benarkah Islam menggalakkan lelaki untuk beristeri lebih dari 1,berdasarkan kepada qudwah nabi yang beristeri ramai sehingga dikatakan 11 orang, dan orientalis barat terus melabel nabi ini sebagai kuat seks?? jawapannya;(jeng3x)hehe..nabi berkahwin bukan semata-mata memenuhi tuntutan nafsu semata, bahkan untuk menjaga kemaslahatan dan maruah wanita serta mengembangkan Islam. beristeri lebih dari 4 dalam 1 masa itu hanyalah khusus kepada nabi Muhammad sahaja. Ummat baginda hanya dibenarkan beristeri limited 4 sahaja dlm 1 masa,sekiranya ingin beristeri lagi hendaklah diceraikan isteri yang lain. Namun,tak semudah dalam Islam untuk membenarkan lelaki mengamalkan poligami. bahkan Islam lah satu-satunya agama yang menyuruh pengaunutnya untuk berkahwin 1 sahaja..aik??ini sudah bercanggah dari maklumat asal ni>...nape, tak caye ker??(gaye Azli senario)

 surah an-nisa' ayat 3 memerintahkan untuk lelaki hanya berkahwin 1, abes tu masna wa sulasa wa ruba' tu ape kes?? ha..itu yg nak dibincangkan ni. Sebenarnye, poligami ini bukanlah berasal daripada Islam dan bukan diperkenalkan oleh Islam. Bahkan amalan poligami ini telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam lagi di mana raja-raja besar seperti Firaun,Namrud, dan yang lain mengamalkan poligami lebih daripada 4. Amalan menyimpan gundik, perempuan simpanan,pelacur adalah menjadi kebiasaan bagi kaum lelaki sebelum kedatangan Islam. Namun apabila Islam hadir, Islam tidak boleh menyekat keinginan lelaki untuk beristeri ramai, tetapi Islam memberi guide,panduan dan batasan untuk beristeri ramai,iaitu menghadkan  kepada 4 orang sahaja. Itupun dengan bersyarat. Lihatlah ayat Quran di atas (surah an-nuur ayat 3) menjelaskan bahawa sekiranya mampu, nak jage kemaslahatan wanita yang dikahwini , maka di bolehkan untuk beristeri lebih dan hadnye adalah 4 sahaja. Haram lebih-lebih. Itu sekiranya mampu. Jika tak mampu, wajib kahwin 1 je..tu maksud ayat Quran yang sebenar yang telah di salah fahamkan oleh bukan sahaja orang orientalis, bahkan orang Islam sendiri keliru dengan ayat tersebut. Islam datang menyelamatkan keadaan daripada membolehkan suami beristeri banyak mane pon(1 juta barangkali) kepada 4 sahaja. Persoalan: undang-undang negara barat pon menghadkan 1 je isteri? jawapannye: Memanglah dibenarkan 1 je isteri, tapi suami dalam  boleh mengadakan hubungan sulit dengan perempuan simpanan dan ianya dibenarkan(tak de peruntukan undang-undang untuk melanggan pelacur). so, kepada para wanita sekelian!.. Mane 1 pilihan korang? nak cara barat atau cara Islam?? haha.. pilih2..

KESIMPULAN:
1) Islam datang membawa rahmat, keamanan, kesejahteraan hidup bersesuaian dengan keinginan manusia.
2)Tiada dikriminasi terhadap perempuan, bahkan Islam mengangkat tinggi martabat wanita dan menjaga maruahnya daripada dieksploitasi oleh gender lain.
3)kamu orang fikirlah sendiri..Assalamualaikum!!(gaye nabil)

E-VOTING?E-CALON?E-BANTAH? EEEEEEEEEE-LECEH!!!..

Assalamualaikum!!(gaya proff ezy):)

Sekian lama tidak menaip, Alhamdulillah diberi kekuatn oleh Allah untuk mencoret kisah suka duka pnulis.. semalam telah berlangsung 1 taklimat khas jawatankuasa pilihanraya kampus um berkenaan dengan E-voting yang telah pon di laksanakan bermula pilihanraya kampus tahun 2009/2010. Jelas pilihanraya lepas yang menggunakan tenaga mesin banyak memberi masalah smase proses  mengundi di laksanakan. Antaranya: komputer jem lebih kurang sejam di kk12 dan kk yg lain menyebabkan pelajar yang keluar mengundi membatalkan hasrat kerana terpaksa menunggu hampir sejam. Antara lain, apabila terjadi bantahan, sukar untuk mengira kembali disebabkan sistem yang agak kompleks dan kurang kecekapan oleh pegawai PTM yang bertanggungjawab dlm mmbekalkn fasiliti. Apabila komputer menjadi hang, sepatutnya pihak PTM menyediakn backup lain., Lagi 1,penulis memandang bahawa keputusan untuk menggunakan e-voting ini dibuat agak terburu-buru..Inilah antara post-mortem sekitar proses undian berlaku menggunakan e-voting.

Ini pula berkenaan dengan Taklimat e-voting semalam. Penulis terkejut kerana tahun ini, pencalonan juga hendaklah di lakukan by internet, e-pencalonan..nak bantah juga kena gunakan e-bantah..ape cerrr??? eeeeeee-leceeeeehnyer.. sekiranya berlaku lagi hang, collepse semua yang ade..apakah pihak pntadbiran hep tidak melihat kesan buruk daripada pilihanraya yang lepas,malah nak menambah lagi eee-kusut yang sedia ade..Penulis menolak 100% sume sistem yang diwujudkan. Mesti ada batu disebalik mee(peribahasa baru). Sedap di luar, dah masuk perut tu trus jd batu karang..pulak tu jawatankuasa pilihanraya yang ditubuhkan juga merupakan pegawai2 hep walaupun ade jaminan bahawa tiada kecenderungan ke arah pihak tertentu..hmm..boleh caye ker?? dahla stiap bakal calon wajib menghadiri kursus kepimpinan anjuran hep lg tu, padahal baru sahaja bbrapa wakil pro-m berjumpa dengan NC dan mendapat jaminan bahawa bakal calon tidak wajib untuk pergi(agaknyer klu pegi tu mesti nk brainwash bakal calon agar berundur dan menyokong penggerak@aspirasi)huuu. kita boleh lihat pertindihan maklumat dan arahan dripada orang atasan..sedikit sebanyak kewibawaan mereka telah diragui...very dangerous.

sebenarnye banyak lagi keburukan sistem ini yang akan berlaku tetapi sengaja diselindungkan agar mahasiswa hanya melihat pada kemanisannya sahaja. Antara yang manis= jimat kos(sumber manusia-gaji, kos sekateriat), jimat masa(cepat kiraan dan umum keputusan), seiring kemajuan era siber dan ntah ape2 lagi.. tapi banyak gak yang pahit kelat= ketelusan(undi anda rahsia ker??,manipulasi sistem), terdedah dengan masalah teknikal(komputer jem,blackout,litar pintas,), mood prk hilang menyebabkan mood pru di luar pun hilang dan macam2 lagi..so,adakah anda masih lagi mahu menyokong e-poning eh!, tersilap..e-voting ni??
tepuk dada tanye la akal ni. Tuhan beri kita akal agar digunakan pada tempatnya, bukan diperbodohkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Harapan penulis agar kesemua pihak students tak kira daripada pro-m, gerak, atau bebas bersama-sama menuntut pilihanraya bersih, menolak sistem e-voting yang boleh mematikan sistem demokrasi kampus.

undi anda kami clear,bukan rahsia...

mahasiswa berarak sambil membawa sepanduk serta model pc tanda protes e-voting..


sistem yang boleh dimanipulasikan..

harapan akhir, agar NC dapat mendengar pandangan mahasiswa dan pandangan ahli yang pakar komputer. Kami tuntut pilihanraya bersih!! hidup2!!, mahasiswa!!, mansuh2!!, mansuh e-poning@e-voting!!
-wassalam-

Saturday, January 1, 2011

TAHUN BARU ANAK BARU MAYAT BARU

Assalamualaikum, sihat semua?
 kali ni penulis ingin berkongsi kisah hal ehwal muda mudi ketika menyambut perayaan baru (1Jan ). Sambutan tahun baru ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 ketika zaman kepimpinan Tun Mahathir. Bertukarnya abad dari 19 kepada 20(alaf baru). Ape yg best sangat tentang sambutan tahun baru ni? Adakah kerana ianya simbolik kepada kekuatan azam baru yang ingin di niatkn dalam hati, atau sekadar ikutan saja tanpa ada tujuan, dan yang lebih teruk menjadikan sambutan tahun baru sebagai peluang untuk menempiaskan nafsu yang sentiasa dahagakan kecurangan anak-anak adam terhadap Allah? ? USELESS!!

Virus alaf baru yang dilakonkan oleh sebahagian besarnya golongan syabab (pemuda) seringkali  berlegar diruangan massa sebagai contoh: hedonisme(hiburan melampau), seks bebas(couple,zina), jenayah dan lain-lain. Dan makin menjadi-jadi dengan adanya sambutan tahun baru yang diadakan tanpa sebarang undang-undang syar'ie. Penulis bukan tidak bersetuju dengan sambutan tahun baru, malah penulis sendiri menyambut tahun baru tetapi mengikut landasan yang dibenarkan syara'. Masaalahnya rata-rata yang menyambut tahun baru tak kira di KLCC, KL Tower, Dataran Merdeka mahupun di mana jua tempat tak tahu  halatuju sambutan tahun baru yang disambut bagai nak rak. Ibarat orang giler, pabila disuruh makan, makan tak kira didepannya kfc, friskies, atau taik. semua dimakan. Inilah yang sebenarnya berlaku di negara 1 Malaysia.

Exspidisi Dakwah anjuran Gamis (penulis xjoin,tapi dengar laporan mber yg join) dan NGO lain dimalam tahun baru melaporkan pelbagai ragam manusia. Boleh dikatakan semua yang pergi ke KLCC dan tempat sambutan lain bila ditanya tentang azam tahun baru, masing-masing kene parkinson di kepala, ditanya kenapa datang? dijawabnyer suker2, jawapan laen =nak tengok bunge api..(dalam ati ni trus melabel budak ni batak), de lg jawapan teruk= cuci mate, nak suasana romantik dan macam2 lagi(jap lagi hilang la tu daranya,kalau ade dara la..). Bejat x budak2 ni?(mak budak,bapak budak sume ade).. So member sorang ni bagi la risalah dakwah dan ckp2 sket pasal sumbang mahram. Memang jadi lumrah , ade yg  tunduk, ade yg respon sinis dan lain2. Standard la.. nabi dulu lagi dahsyat, dibaling najis , baling batu. Kita ni kira ok, hanya kate2 sinis je. Sunnah orang berjuang, kalau dah hati setan maner nak dengar kata2 dakwah, lagi2 bile awek ade kt sebelah..Jatuh maruah konon. Maruah depan Allah nanti xkira ker?(ops..ter emo plaak)

Sebenarnye ape yang penulis nak take note disini ialah tentang sumbang mahram di malam sambutan sama ada sambutan merdeka, tahun baru dan sebagainya(aidilfitri? na'uzubillah). Sambutan tahun baru ni simple je tentatif nyer.. ucapan menteri, prsembahan artis,countdown new year. Pastu last acara pembakaran duit secara besar-besaran. Canteeek je duit tu..de kluar warne merah, biru,kuning ,hijau(naseb baek ade..), hitam(eh, ade ker?)..dah berjuta duit di bakar, semua brsurai ke "sarang" masing2 untuk "beraksi". Yang mat motor ni pegi la merempit di jalanan tanda membakar semangat tok jadi rempit terhandal. Mat zina..ops, bhsa indahnye mat bunga pon bawa itik betina yang tergedik-gedik ke lokasi "pengembaraan". Berlaku lah upacara perasmian pecah tanah sambil minum kencing setan. pastu itik betina tu mengembang sampai  9 month later, meletop la belon tu, terhasilnyer anak zina hasil daripada mak bapak yang haram jadah (xnak sebut anak haram sebab anak tu xdose,mak bapaknyer yang dose dan haram jadah). Itik tu xtahan dengan malu, so die bunuh anak zina tu...(babi pon xbunoh anak). So sape yang lagi haram?babi ke itik gedik tadi? xpaham?? xpe// penulis bagi plot citer yg menjadi "Qudwah" dholalah anak muda alaf baru ni di bawah ini:

1) sambutan tahun baru
2) azam tahun baru= zina
itik betina ni bile dah membusung perutnyer mule malu, ade yg teruk lg xsempat nk mengembang dah buat pengguguran janin. (gambar hiasan)
dah selamat lahir, buang plak bayi tu hidup2 kt jamban,semak, tong smph dll. memang sampah mak ko tu..


so, inilah antara plot cerita yg sering di lakonkan oleh umat manusia zaman ini. berbekalkan slogan tahun baru, awek baru, zina baru, anak baru, mayat baru= terharu.. dah jadi haru biru...(biru memang haru...)

kesimpulan:
1) beriman dan beramallah dengan ayat "la taqrobu zina" means sekecil-kecil bnda yg boleh mendekatkn zina tu pon Allah dan larang, inikan pula perlakuan zina itu sendiri yang merupakan satu dosa yang berpanjangan (menyebabkan keturunan yang tidak diiktiraf)sayang betul, anak pula jadi mangsa..
2)yang lain pembaca boleh la fikir sendiri. Fikirlah dengan mata hati, jangan fikir gune logik dan fantasi je..

pape komen n cadangan(sory, vocab penulis sgt lemah) sila gtaw ek.. namun begitu xmenjadi penghalang bagi penulis untuk menyampaikan walaupon 1 ayat daripada Quran yang memasng wajib kita mengimani di samping mengamalkannya kerana "ad-dinu nasihah"-

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.. MOGA TAHUN INI LEBIH MENDAPAT MARDHOTILLAH BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA.. :)